~semoga mereka dirahmati Allah~

Dimulakan dengan....

Photobucket

Monday, August 3, 2009

'UCAPAN OBAMA' = PERUBAHAN ATAU RETORIK?

Pada 4 Jun lalu, sejarah telah tercipta apabila Presiden USA, Barack Obama berucap di Universiti Kaherah. Saya memuji tindakan beliau yang ingin berbaik-baik dengan umat Islam. Beliau yang mendapat tepukan gemuruh ketika berucap sehinggakan ada yang menjerit 'saya cinta kamu' menjelaskan misi utamanya ialah untuk memulihkan imej USA yg tercalar di mata 1.5 bilion umat Islam di seluruh dunia.

Usahanya seperti yang kita sedia maklum, diterima baik oleh masyarakat seluruh dunia. Tetapi, sejauh mana misi tersebut bakal digerakkan oleh Obama selepas ini bagi memulihkan hubungan USA dengan Islam yang dilihat terlalu tegang? Untuk berbaik-baik dengan umat Islam, Obama perlu melakukan usaha yang amat besar setelah banyak kekejaman dan misi USA sebelum ini menindas dan menimbulkan keberangan umat Islam.

Dengan melihat apa yang dilakukan oleh Obama sekarang, ia masih belum menunjukkan tanda perubahan akan berlaku. Jikalau setakat berucap dan memberi harapan tidak akan mengubah apa-apa. Mesej yang disampaikan Obama disanggah pemimpin tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khomeini yang menyifatkan USA amat dibenci dan HANYA TINDAKAN BUKANNYA SLOGAN DAPAT MENGUBAHNYA.







Walaubagaimanapun, jika kita meneliti ucapan beliau, ia menunjukkan yang Obama masih menyebelahi Israel dan hubungan USA dengan Israel tidak mungkin dapat diputuskan. Obama masih komited kepada hubungan berterusan dengan rejim Zionis walaupun kata-kata manis disampaikan beliau kepada negara Arab dan umat Islam.

Jadi, kita tunggu dan lihat sahajalah apa yang akan dilakukan beliau selepas ini. Samada ucapan beliau satu retorik atau tidak, akan terjawab dengan usaha beliau selepas ini. Dengan perkembangan terkini, saya melihat nasib umat Islam seperti berada dalam tangan kuasa-kuasa besar seperti USA, dan bukannya ditentukan oleh usaha umat Islam itu sendiri. Jika kuasa-kuasa ini melanyak kita, hancurlah kita; jika tidak, selamat dan bersyukurlah kita. Setakat itu sahaja yang umat Islam mampu lakukan. Tiada usaha daripada umat Islam sendiri untuk melepaskan diri daripada genggaman kuasa-kuasa besar laknatullah itu. Lihatlah, terlalu lemah kita ini sehinggakan nasib kita ditentukan oleh musuh. UMAT ISLAM.. AYUH! BANGKITLAH DARIPADA LENA KITA!! MARUAH KITA TERLALU HINA KETIKA INI!! AYUH LAKUKAN SESUATU!!





your sincerely:-
zinnirah

2 comments:

oakleyses said...

red bottom shoes, oakley vault, louis vuitton outlet, coach outlet, michael kors outlet online sale, longchamp outlet online, burberry outlet online, gucci handbags, cheap oakley sunglasses, nike air max, nike air max, louis vuitton handbags, true religion, jordan shoes, longchamp handbags, polo ralph lauren, tiffany jewelry, burberry outlet online, coach purses, michael kors outlet online, louis vuitton outlet, michael kors outlet, prada handbags, prada outlet, tiffany and co jewelry, michael kors outlet store, michael kors outlet online, chanel handbags, tory burch outlet online, kate spade outlet, louis vuitton, christian louboutin, louis vuitton outlet online, nike free, true religion outlet, christian louboutin shoes, michael kors handbags, coach outlet store online, polo ralph lauren outlet, christian louboutin outlet, nike outlet, oakley sunglasses, ray ban outlet, coach outlet, kate spade outlet online, longchamp outlet, ray ban sunglasses

oakleyses said...

mont blanc pens, canada goose outlet, celine handbags, north face jackets, soccer jerseys, giuseppe zanotti, hollister, asics shoes, wedding dresses, marc jacobs outlet, replica watches, ugg soldes, abercrombie and fitch, valentino shoes, ugg outlet, chi flat iron, soccer shoes, ferragamo shoes, north face jackets, mcm handbags, insanity workout, canada goose outlet, lululemon outlet, canada goose outlet, nike trainers, ugg outlet, vans outlet, herve leger, longchamp, nfl jerseys, jimmy choo shoes, instyler ionic styler, ghd, nike roshe, ugg boots, uggs outlet, new balance outlet, bottega veneta, ugg boots clearance, babyliss, mac cosmetics, beats headphones, reebok shoes, canada goose, uggs on sale, ugg, nike huarache, p90x workout, birkin bag

::Halwa Telinga::

Bloggers Chat Room

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...