~semoga mereka dirahmati Allah~

Dimulakan dengan....

Photobucket

Sunday, June 4, 2023

Part 2: Zinnirah Mukminah

"Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.. perhatian kepada semua penumpang fligh ZM0808 adalah dimaklumkan bahawa waktu solat Zohor telah masuk jam 1.15 petang waktu Malaysia. Sekian dimaklumkan terima kasih." Lancar lantunan suara pramugara menyantuni para jemaah umrah.

Zinnirah memandang semua anak usrahnya sambil tersenyum. "Kak Zin, saya kali pertama solat di atas kapal terbang..saya tak sabar!" Ujar Jannah Yusra saat Kak Zin mereka memandang mereka.

"Jom, kita solat!". Ajak Zinnirah kepada Jannah Yusra. Mereka bergilir-gilir bangun ke tandas untuk berwuduk dan solat. Alhamdulillah kapal terbang ini menyediakan ruang dan tempat yang selesa untuk solat.

Bangun Khadeeja Safiyyah lantas menyebut: "Kak Zin, susah la tandas tu nak berwuduk, sempit kan?". Kak Zin tersenyum dan menghulurkan spray botol air yang mengandungi air. "Ini Khadeeja.. kamu masuk ke tandas, spray la anggota wuduk wajib, saat ini perkara sunat kita tak dapat buat dengan sempurna, yang wajib lebih utama. Jadi, wuduklah anggota wajib dengan spray semua anggota wajib wuduk, muka, tangan, rambut dan kaki." Panjang lebar penerangan Kak Zin buat Khadeeja sambil didengari oleh dua tiga orang sahabat usrah yang lain.

Mereka solat berjemaah berganti-ganti sambil yang lain menjaga barang-barang sahabat yang solat demi keselamatan bersama. Usai solat masing-masing mula membuka Quran dan memegang tasbih digital masing-masing, meneruskan tugasan khas yang Kak Zin berikan sebelum bertolak di lapangan terbang tadi.

Zinnirah Mukminah mula nampak tenang selepas solat. Tiba-tiba perutnya mula sakit. Dia merasa tidak selesa. Bingkas dia bangun untuk ke tandas bagi melepas hajat.

Saat bangun ke tandas itulah dia berselisih bahu dengan seorang lelaki. Berpakaian jubah hitam dan berkopiah. "Maaf ya, saya tak sengaja terlanggar.." Ujar Zinnirah. Lantas si lelaki itu menjawab:" Oh tidak mengapa." Namun lelaki itu memandang ke muka Zinnirah dengan tenungan yang agak lama dan tajam. "Awak Zinnirah Mukminah kan?".

Sambungan part 3..

No comments:

::Halwa Telinga::

Bloggers Chat Room

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...