|Bismillah...|
Alhamdulillah,
Wassola ala Rasulillah
Belajar jauh-jauh, supaya tak pulang rumah selalu.. itu nasihat nenek dalam satu kesempatan kami berjumpa,namun Allah tahu apa yang terbaik buat hambanya. Aku melangkah dengan derapan sabar masuk ke kelas Bahasa di UIA Gombak ini.
Peluang kena cari, rebut peluang yang ada..itu pesan ayah dalam satu pertemuan tika ayah dan ibu datang sekejap menziarahi ku selepas mereka habis bermesyuarat. Ya, kalau masih berbaki 3 sem ini saya sangat berharap untuk mendapatkan beberapa perkara penting.Antaranya adalah:
1. Public Speaking yang mantap, hal ini kerana saya amat suka bercakap, tetapi saya kurang berkeyakinan jika diprovok atau di 'pandang rendah'.
2. Memasak banyak resepi, yang saya tahu hanya masak tomyam dan masuk tempoyak ikan patin, itupun kalau lulus seperti kata ibu, bukan tahap cemerlang, Allahurabbi, bagaimana mahu menambat hati suami ni Husna oi. Astaghfirullah, betulkan niat, saya mahu pandai memasak kerana saya mahu jadi ibu dan isteri yang mithali, bukan hanya berdegar di luar tetapi mestilah kencang di dalam. Didalam rumah maksud saya =)
3. Design dan edit video, ya satu lagi kemahiran yang saya masih belum mahir, pernah dipertanggungjawapkan kepada saya untuk menguruskan media Baru di UIA ini, saya hanya pandai mengurus manusia belum pandai mengurus media. macam mana ni Husna...Mesti kuasai!! Kemahiran ini Islam perlukan di ceruk kampung yang mahukan poster-poster di tampal, dimanakah aku?=)
4. Saya amat segan kalau orang tanya saya tak tahu, sedangkan soalannya amat mudah sekali, maka saya cuba mencari ilmu, ke mana sahaja ada majlis ilmu saya singgah, cari ilmu, kutip ilmu, cuba gagahi diri melawan sedapnya nikmat tidur di tilam yang empuk berbanding majlis ilmu yang pasti bersila atau bertentang mata yang makan masa lama. Cari kelas tajwid, kelas Fiqh nisa', tafsir, talaqi, kuliah haraki,dll.
5. Hafal Quran, doakan saya menerima tarbiah dan ta'lim dari 'guru' yang direct dalam menghafal Al-Quran. saya usaha, saya berdoa moga saya bisa menghafal walau pun masih merangkak-rangkak mengulang dan ulang! Berapa juzuk itu tidak penting, tetapi yang penting berapa banyak yang sudah di amalkan intipatinya ??
6. Saya menyediakan pelapis bila saya keluar dari kampus ini, doakan saya membawa 2 usrah serentak dalam sem sem yang lalu dan akan datang dan sekarang. Masih terfikir bagaimana ibu saya membuat kelas-kelas pengajian bersama kaum ibu di kampung setaipa hari, berlari-lari atau sambil berjalan sahaja ibu menanggalkan stokingnya selepas pulang ke rumah balik dari mengajar, ibu kemudian memasak, mengemas, membasuh dan kemudian solat Asar. Kuliah dan kelas-kelas pengajian ibu tak pernah putus, jika ibu sakit atau bertembung dengan mesyuarat lain ibu pasti meneruskan kelas itu dengan mencari pengganti. Sempat beberapa kali saya menggantikan ibu, debor wase!! Ibu inspirasi saya untuk saya bawa usrah setiap minggu di kampus tercinta ini =D
7. kemahiran yang saya mahu yang lain adalah kemahiran memimpin, atau kemahiran bersosial, saya sudah pernah masuk dalam beberapa program besar dalam UIA ini, namun saya semakin dahagakan kemahiran ini untuk di asah lagi, saya perlu belajar, supaya teori itu menjadi praktikal, doakan saya =)
dalam sela nafas
aku rasai tabiah ilahi
aku kayuh lagi
mungkin belum jumpa
namun ujian yang ku jumpa
belum lagi
ya masih belum lagi
sabar
Tuhan itu tak pernah zalim
dia bagi pada saat dan masanya
istiqamah!
.
Oleh :
Zinnirah Mukminah