~semoga mereka dirahmati Allah~

Dimulakan dengan....

Photobucket

Tuesday, April 30, 2013

oh ayah dan ibu~




Alhamdulillah ya Allah,
tiap kali aku pulang ke rumah, aku berasa pilu,
pulang setiap minggu kerana menjalankan amanah .apa yang ku rasa adalah aku pasti tak sanggup pulang ke rumah lagi.

aku tak seperti yang lain
bila pulang ayah dan ibu mula keluar,

meneruskan kerja dakwah.
masih tak sempat nak bersalam dan berpeluk sperti sblm pru.

kesibukan itu mengajar aku erti berdikari, belajar erti kesabaran. memasak sendiri mana yang ada.

pernah suatu hari aku sedang bertugas bersama2 sahabat lain, aku nampak kelibat kereta ibu yang lalu, hanya mampu menjerit  IBUUUUUU..

apakan daya ibu tidak mendengarkannya...  aku cuba menelefon ibu, ibu tidak angkat. beberapa kali ku cuba, masih tidak angkat, ku cuba mendail no tel kawan ibu, alhamdulillah ya allah setelah sekian lama tidak berjumpa ibu, hari ini aku mendengar suara ibu..

ibu baru pulang memberi ceramah di 5 tempt sejak dari pagi, kata ibu mahu ke tempat yg terakhir mlm ini, aku hanya mndgr tak sanggup ku luahkan apa2 lg..

aku pulang ke rumah mahu melihat wajah ibu ayah, apakan daya aku tidak diizinkan Allah, aku pulang ke rumah mahu menyerikan rumah, tapi apakan daya kesibukan ibu dan ayah buat aku tak kisah dah.


bila terdengar kawan2 ku bercerita mereka meluahkan apa yang ibu/mak mereka masak menu apa, apa yang mak ayah bg nasihat.

sedang aku, siang malam ibu dan ayah membuat kerja ISLAM.
hanya beberapa hari lagi...
aku rindu suasana dulu

T.T T.T.T

apabila ku renung kembali, Allah bantu dari sudut lain-lain. adik beradikku berjaya dengan cemerlang tiap kali exam, Allah lapangkan masa ketika usrah keluarga ku selepas solat subuh.

Allah..Allahurabbi
Allah dah susun semuanya. aku tak perlu risau, aku kena kuat, jangan mudah emosi !!

moga2 ibu dan ayah dalam dakapan rahmat dan kasih sayang Allah..



hanya luahan dari hati buat hati!
http://zinnirah08.blogspot.com

Thursday, April 18, 2013

di hari lahir yg ke 21~

| Bismillah...|
::UMUR itu AMANAH::

Sabda Nabi:
" Sebaik2 kamu ialah yg panjang umurnya, dan baik amalannya "

terima kasih semalam kepada yg wish, yg bg semangat, yg bg ucapan tak dilupakan yg mndoakan..moga kalian dlm RAHMAT Allah..

Hari lahir yang tak boleh dilupakan..
tengah2 nak habis meeting dah, ade org dtg bwk kek, gimik betul, terkejut la jugak..mereka nyanyi, dan suruh bg ucapan pulak...terharunya...terima kasih kalian.. terutama kak Mahfudzah Mohamad Tarmudi.

Adik beradik ku yg lain di Pahang, kakak balik minggu ni, nnti kakak tuntut kek yg korang janji tu.


Monday, April 8, 2013

sungguh jalan ini panjang................


Jalan Ini Sumpah Panjang 2.0


Sebelum kita dijerat, ditangkap dan ditarik masuk untuk bersama-sama gerabak dakwah ini, kita berhadapan dengan cabaran jahiliyyah yang amat getir. Kita amat sukar untuk meninggalkan jahiliyyah-jahiliyyah yang cukup berkarat dalam diri. Baik permainan video, kapeling ilapu ulapme, rokok dan cerut Cuba, video-video lucah, wayang, shoping tak hengat dunia, sifat-sifat mazmumah dalam diri dan ok banyak lagi penatlah saya nak menulis kesemuanya hey! Peluh kecil.

Jahiliyyah ini menarik kita ke belakang, melambatkan perjalanan kita berubah dari seekor raksasa gorgon menjadi manusia suci mata bersinar-sinar. Syaitan yang membisikkan rasa was-was, bersungguh-sungguh menghasut kita supaya berfikir lapan puluh lapan kali sebelum benar-benar mahu komited atas jalan ini. Mampukah aku? Uish banyak benda tak boleh buat; ni tak boleh, tu tak boleh, leceh lah! Banyak benda aku kena berkorban atas jalan ni.. Aku tak cukup ilmu, aku tak baik. Bla bla bla..



Tapi alhamdulillah, berkat kesabaran dan keazaman kita, berkat bimbingan habang-habang dan hakak-hakak serta sahabat-sahabat hoyeeaaahhh yang lain, juga berkat doa, usaha dan tawakkal kita, kita berjaya mengharungi cabaran-bacaran jahiliyyah ini. Karat-karat yang ada berjaya kita kikis; walau tak banyak, sedikit demi sedikit pon dah kira orait apa. Kita lega. Kita mula mahu menghargai riang gembiranya jalan dakwah ni.

Namun belum sempat kita duduk untuk melepas lelah, belum sempat kita melabuhkan punggung untuk berehat seketika, datang pula cabaran baru yang lebih menggegarkan jiwa dan raga. (Lagu latar belakang: "Dia datang.. Teng teng teng!) Perbezaan antara jemaah membuatkan kita betul-betul pening, gelisah dan gundah. Kita diserang bertalu-talu, bertubi dari pelbagai arah.

Habang ni cakap jemaah dia yang betul, jamaah lain semuanya sama ada tak betul atau salah (eh bukan sama je ke..?). Hakak tu pulak dok claim yang cara jemaahnya berdakwah adalah yang paling bagus di seluruh galaksi bimasakti. Belum lagi dihitung menggunakan sempoa, kutukan, cacian dan jatuh-menjatuhkan yang tampak begitu meriah, riang dan rancak dilakukan oleh mereka-mereka yang konon-kononnya mahu menegakkan agama Allah di muka bumi ini. Rakan-rakan kita yang baharu sahaja 'terjerat' sama turut seronok menyertai pertunjukan sarkis ini; walhal mereka juga masih baru dan mentah di atas jalan ini. Allah..

KIta langsung jadi keliru. Pening. Bukan sekali kita menjadi ragu-ragu, tidak keruan sama ada keputusan kita dahulu untuk menyertai gerabak dakwah dan tarbiyyah adalah betul atau tidak. Kita ditarik dari pelbagai arah; kita didesak untuk membuat keputusan segera, sama ada mahu sertai jemaah X, jemaah Y atau jemaah Z. Dan kita menjadi bawah, sangat bawah sehinggakan syaitan dan hawa nafsu sekali lagi mengambil peluang ini untuk menembak bisikan-bisikan keji dan syaitonirojim.

Tetapi entah mengapa, Allah rupa-rupanya masih sayang kepada kita. Dia masih mahukan kita untuk berada di atas jalan ini. Kita berjaya karate dan patah-remukkan bisikan-bisikan jahat syiatonirojim yang menyerang kita bertubi-tubi. Alhamdulillah.. (Mode terharu air mata mengalir perlahan). Kita buat keputusan dan kita berazam untuk tajarrud dengan jemaah dan gerak kerja yang telah kita pilih. Dan insha-Allah, kita yakin itulah yang terbaik untuk kita. Selebihya kita serahkan padaNya untuk bimbing dan tunjukkan jalan kepada kita. Kita yakin dan beriltizam yang dakwah kita adalah mengajak orang kepada Allah dan Islam yang pertama, baharulah ajakan kepada dakwah dan jemaah itu yang kedua dan ketiga.

Baharu sahaja kita mahu menarik nafas lega, baharu sahaja kita mahu mengelap peluh dan keringat yang membasahi dahi, ketiak dan tubuh badan kita, jeng jeng jeng, rupa-rupanya kita bakal berdepan dengan cabaran yang jaaauuuhhh lebih getir dan mengalirkan peluh besar dengan begitu banyaknya. Kita sangkakan selesai sudah jahiliyyah, selesai sudah isu jemaah, kini kita boleh bergerak dengan lebih laju dalam dakwah dan tarbiyyah. Kita fikir setelah berjaya mengharungi dua cabaran yang awal itu, kini kita boleh benar-benar fokus dan menumpukan sepenuh tenaga, keringat dan kemahuan kita pada the core business kita ini.

Ku sangka panas hingga ke petang kerana banyak dik oii akak jemur kain kat luar tu..! Err... Sekali lagi. Ku sangka panas hingga ke petang, rupanya salah tengok ramalan cuaca. Kali ini mehnah dan tribulasi yang menimpa benar-benar berat, sehingga terduduk kita dibuatnya. Terkesima. Masalah apa itu yang sungguh berat lagi menghentam jiwa..? Masalah dalaman; tikaman dan serangan yang berpunca dari dalam. Adeh.

Kita sangkakan bila sudah berada dalam satu jemaah, semuanya mempunyai gelombang otak yang sama; semuanya boleh riang gembira untuk bekerja bersama-sama bagi mencapai halatuju yang sama. Kita pasti yang semua yang berada dalam jemaah ini benar-benar seriyes dan komited untuk menegakkan kalimah Allah di muka bumi ini, maka sudah tentu setiap daripada ahli jemaah sudah sanggup untuk berkorban kepentingan diri sendiri. Kita fikir dalam mencapai matlamat yang telah ditetapkan oleh jemaah, sudah pastilah ahli-ahlinya memegang erat antara satu sama lain, saling membimbing, saling mengingatkan dan saling berlapang dada dan sanggup untuk mengenepikan apa-apa sahaja yang boleh menghalang daripada matlamat ini tercapai dengan jayanya.

Rupa-rupanya kita tersilap; tersilap tahap tersungkur dan batu besar menghempap kepala. Kita tidak berpijak di bumi yang nyata. Kita terlalu ideal. Masalah ukhuwwah yang melanda benar-benar menjadikan kita sukar untuk bernafas; hati kita berat dan jiwa kita resah. Berkali-kali kita cuba mencari penjelasannya, dan setiap kali itu juga kita gagal menemuinya. Jika ada pon, itu tidak lebih sebagai penyedap hati, halwa perasaan dan gula-gula jiwa.

Jauh di dalam hati, kita tahu yang masalah ini amat sukar sekali untuk diselesaikan. Kita rasakan kita betul; orang lain juga merasakan mereka yang betul. Yang menjadikan masalah ini lebih pedih lagi adalah kerana masing-masing berada di dalam pasukan yang sama. Tiada penyelesaian. Jalan buntu. Ego yang menguasai diri menjadikan masalah lebih teruk lagi. Allah.. Belum lagi diambil kira masalah-masalah hati yang sudah parah, membarah sehingga peringkat kesembilan. Dengki, takabbur, buruk sangka, hasad dan entah bermacam lagi penyakit hati... Semua ini menjadikan lutut kita lemah, langkah kita berat dan tubuh badan kita longlai untuk terus berada di atas jalan ini. Air mata mengalir laju.

Kita sedih. Kecewa. Buat pertama kalinya setelah sekian lama, kita ragu-ragu dengan jalan ini. Kita tidak pasti keputusan kita di awal-awal dahulu untuk bersama-sama dengan saf perjuangan ini adalah keputusan yang tepat. Beberapa kali kita bermuhasarawak mencari-cari jawapan, dengan harapan ketenangan akan datang mengetuk pintu hati. Gagal. Kita resah. KIta menjadi gundah. Kini kita faham mengapa tidak kurang orang yang keluar jemaah semata-mata tidak tertanggung dengan masalah ukhuwwah. Astaghfirullah..

(Jujur, sukar untuk saya menghabiskan tulisan ini.. Tarik nafas dalam-dalam)

Tetapi, kita sedar dan faham, keluar daripada jemaah, apatah lagi dakwah dan tarbiyyah bukanlah jalan penyelesaiannya. Malah itu akan lebih memburukkan keadaan. Masalah lama tidak selesai dan kita bakal pula mengumpul bermacam-macam masalah-masalah lain kelak. Kerana itu kita kena kembali kepada asas dan batu-bata perjuangan ini; dakwah dan tarbiyyah kita hanya untuk dan kepada Allah semata, tidak kurang dan tidak lebih daripada itu.

"Dan berpegang teguhlah kepada Tali Allah (agama Islam) dan janganlah kamu bercerai berai, dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu) lalu Allah menyatukan antara hati kamu (hingga kamu bersatu padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Kamu dahulu berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran) lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (melalui Islam). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keterangan-Nya supaya kamu mendapat petunjuk hidayat-Nya."
[ali-Imran, 3:103]

Dalam keadaan diri kita yang masih lemah, tenaga yang telah banyak dihabiskan dek melayan emosi dan sakit kepala juga kecelaruan otak yang masih berselirat, kita bangkit semula. Kita kumpulkan sisa-sisa tenaga yang ada. Kita tanamkan semangat dan azam yang baru; perjuangan ini mesti diteruskan. Berputus-asa bukan moto kita. Kembali ke zaman dolu-dolu sekali-kali bukan pilihan yang ada.

Kita amat bersyukur kepada Allah kerana kita diizinkanNya sekali lagi untuk masih sama-sama berada di dalam saf perjuangan ini.
"Ya Rabb kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau; karena sesungguhnya Engkau-lah Maha Pemberi (kurnia)."
[ali-Imraan, 3:9]


Terima kasih ya Allah.

Ayuh ikhwah wa akhawat! Ya, jalan ini sumpah panjang, tapi jalan ini sahajalah yang kita benar-benar yakin dapat membawa kita ke sorgaNya yang hakiki dan abadi. Ya, jalan ini sukar, penuh dengan ranjau, onak dan duri tapi di sebalik fitnah dan mehnah yang ada, jalan inilah yang suatu ketika dahulu telah menyelamatkan kita daripada jurang api nerakaNya!

Bangkitlah wahai pejuang-pejuang agama sekalian! Jadilah seperti hawariyyun yang ketika mana Nabi Isa AS menyeru mereka untuk bersama-samanya di atas jalan yang sumpah panjang ini, mereka pantas menyahut seruan suci itu! Ketepikan segala emosi, kepentingan diri, lelah dan penat pada diri juga masalah-masalah ukhuwwah yang memedihkan sanubari dan terus maju ke hadapan! Ketahuilah, Dia, malaikat-malaikatNya yang setia, para anbiya', dan para salafus soleh sedang menanti kita dengan terujanya di sorga sana..!

Ayuh!


Moga jalan yang aku pilih ini jalan ynag diredhaiMu ya Rab !

"Two roads diverged in a yellow wood, and I - I took the one less traveled by. And that has made all the difference." - Robert Frost

::Halwa Telinga::

Bloggers Chat Room

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...