بسم الله الرحمن الرحيم
Hari ini saya merancang memandu hidup ke destinasi yang bernama Klang. Sampai di Klang jam 6.15 petang. Saya menunggu adik saya Mujahidul Amin yang baru menghabiskan kelas tambahan di sekolah.
KISAS-Kolej Islam Sultan Alam Shah ialah sebuah sekolah yang mempunyai lima ciri yang sangat terkenal iaitu:
1. biah solehah yang bermaksud suasana atau keadaan yang baik dalam erti kata lain indahnya suasana yang dikelilingi dengan cara hidup Islam sepenuhnya.
2. disiplin yang tinggi diperkemaskan di sekolah ini ketika di sekolah mahupun di asrama.
3. guru yang dedikasi lagi terbilang, sebenarnya ramai dari kalangan guru di sekolah ini adalah ketua pemeriksa kertas di peringkat SPM, STAM dan STPM.
4. Badan Dakwah yang mantap! Jika saya perhatikan kebanyakan sekolah yang punya badan dakwah yang bergerak aktif dengan program-program akan membentuk sekolah tersebut dengan BIAH SOLEHAH.
5. surau yang hidup dengan aktiviti-aktiviti yang melahirkan seorang muslim yang mukmin.
Sementara merenung suasana sekolah tempat adik saya belajar ini, saya mula memasang angan-angan akan mengajar di sekolah ini suatu hari nanti, mahu berbakti juga!
Amin pun datang dengan membawa buku-buku yang akan diajari oleh saya nanti. Kami tiba disebuah tempat yang menyediakan tempat belajar yang berhawa dingin di daerah Klang itu.
------------------------------------------
Jam menunjukkan sudah pukul 9.00 malam.
"Amin, kakak kena gerak dah ni."
"Em jom la malam-malam macam ni bahaya juga."
---------------------------------------------------------
Setelah mengajar adik saya yang seorang ini Bahasa Arab, saya pun menghantar Amin yang dipinjam dari KISAS itu ke tempat asalnya. Alhamdulillah selesai amanah ini!
Pulang ke rumah acik di Putrajaya. Perjalanan yang tidak pernah saya lalui. Tidak langsung saya terfikir akan ke rumah acik ini!
Ya, saya sudah menerima mesej dari acik : ikut lebuhraya KESAS-KLANG-SHAH ALAM-PUCHONG-PUTRAJAYA.
Saya berasa amat gementar ketika melihat kereta-kereta di sekeliling yang laju ibarat mengejar sesuatu di hujung jalan. Saya mula memecutkan sedikit kelajuan kereta sambil mencari papan tanda PUTRAJAYA.
Gelagat manusia yang pelbagai ragam, memotong tanpa signal, memecut di lorong bas dan lori, mendekati dari belakang kereta kita dengan lampu tinggi dan pelbagai perangai manusia akhir zaman ini yang sangat memeningkan kepala. Saya yang keseorangan terfikir sendiri, analoginya kita di dunia ini punya perjalanan atau trek yang Allah susunkan untuk kita, perlulah berakhlak dalam semua perkara. Usah menyangka bila kita memotong orang lain kita lah juara segala-galanya. Usah juga merasa kitalah yang paling hebat di atas jalan raya memotong dengan lajunya. Dunia ini hanya pinjaman! untuk menguji keimanan!
Alhamdulillah Putrajaya Persint 14. Saya tiba dengan selamatnya ke rumah acik yang sudah lama tidak dikunjungi.
Hidup ini perlu berani
saya tidak yakin pada mulanya akan memandu sendiri, tetapi menerima mesej restu dari ibu, maka saya gagahkan kaki!
Hidup ini perlu berisiko
kalau tidak sanggup menerima risiko mana mungkin kita dapat menempuh pengalaman baru
Hidup ini mesti mencuba
Mencuba dan mengkaji jalan-jalan yang banyak disediakan di atas lebuhraya yang punya puluhan simpang
p/s: mood perjalanan seorang diri dengan ditemani lamunan jua ilusi!
2 comments:
red bottom shoes, michael kors outlet online, true religion, tiffany and co jewelry, nike air max, oakley sunglasses, ray ban outlet, tory burch outlet online, tiffany jewelry, michael kors outlet, louis vuitton, nike outlet, oakley vault, kate spade outlet online, prada handbags, nike free, longchamp outlet, ray ban sunglasses, nike air max, coach outlet store online, burberry outlet online, christian louboutin, coach outlet, christian louboutin shoes, christian louboutin outlet, louis vuitton handbags, michael kors outlet store, michael kors outlet online, polo ralph lauren, cheap oakley sunglasses, chanel handbags, coach purses, coach outlet, prada outlet, kate spade outlet, polo ralph lauren outlet, burberry outlet online, longchamp handbags, true religion outlet, louis vuitton outlet online, gucci handbags, jordan shoes, longchamp outlet online, michael kors handbags, louis vuitton outlet, michael kors outlet online, louis vuitton outlet
uggs canada, louis vuitton canada, wedding dress, moncler outlet, vans, toms outlet, moncler, oakley, moncler, coach outlet, lancel, moncler, supra shoes, hollister clothing, pandora uk, montre femme, ray ban, ralph lauren, canada goose, canada goose, pandora charms, pandora jewelry, juicy couture outlet, parajumpers outlet, baseball bats, iphone 6 case, thomas sabo uk, canada goose pas cher, hollister, juicy couture outlet, converse, ugg, converse shoes, replica watches, moncler, canada goose, air max, nike air max, gucci, links of london uk, moncler outlet, louboutin, swarovski jewelry, swarovski uk, moncler, timberland shoes, hollister canada, karen millen
Post a Comment