“Sekalipun aku dibunuh, kepercayaanku masih tetap pada Allah yang Esa" "Ini untukmu Ya Allah. Aku mengharungi kesengsaraan ini untuk mendapat kesenangan di akhirat kelak. Perjuangan ini sememangnya berat, selalu menderita dan sengsara kerana aku sedar untuk mendapat syurga. Aku terpaksa menagih ujian berat, sedangkan neraka itu dipagari oleh pelbagai kesenangan." kata-kata Zinnirah-srikandi Rom
~semoga mereka dirahmati Allah~
Thursday, June 7, 2012
perjalanan ke 5 negeri
perjalanan ke Kelantan
Zinnirah bersama Kakak Naqibahnya telah bermusafir ke negeri Darul Naim. Perjalanan bermula jam 10 malam di perhentian Greenwood.
Terlena dalam bas hampir 8 jam..tiba di Kota Bharu jam 6.30pagi.
Zinnirah dan Kak Jie menaiki kereta kakaknya yang sedia menanti di sana. Tiba dirumah itu Zinnirah disambut oleh mak Kak Jie. Bersarapan dan khidmat diri. Dirinya seperti terkenang kembali kampung halaman di Rawang, Darul Ehsan.
Tidak lama kemudian ibu Zinnirah menelefon dan bertanya,berlaku la perbualan seperti ini
i-ibu
z-Zinnirah
i: kakak, nak gi Kedah dok?
Em, terus di jawab tanpa alasan lagi.
z: Nak!
i: ok siap esok atau rabu kakak balik Pahang kita gerak pagi atau pas Asar hari Khamis.
k: ok beres bu, insya allah.
Zinnirah dan adik-adiknya di ajak oleh ayah dan ibunya ke Kedah kerana ada himpunan HIJAU.ha, HIJAU tu bukan BIRU..mana mungkin kami semua menolak ajakan ini...sape sanggup duk rumah sorang kan?
(sebenarnye memng dah tahu semua kena gi nye, tak de la peluang duk umah, memang ayah dan ibu akan sound siap2 la sape yg berani engkar tak mau p Kedah ni)
perjalanan ke Pahang
Tiket ditangan Zinnirah menunjukkan bas yang bakal dinaiki nanti akan tiba jam 9.30 pagi, masih menunggu...mengapa bas tidak tiba-tiba lagi..janji Melayu..
tidak lama kemudian,bas pun tiba, banyak tempat perhentian bas ini,perjalanan pun bermula sehingga masuk waktu Zohor, sampai di hentian Penyu di Kuala Terengganu..semua penumpang turun solat...yang si Zinnirah ni dalam kepala dah set td kate nak jama' ta'hir, sebb memng ingt bas ni tak berhenti, se lg takut tinggal beg laptop yg berat ni dlm bas mcm tu je..nak bw berat 3 kilo!
sedar2 semua org dah siap, maka bas pun berjalan...nak tidur ada lelaki ajnabi di sebelah, nak buat ape ni? em, diam je la, buat biasa,dan tak sangka dah pukul 5.30ptg masa tengok jam time tu,jauh perjalanan kali ni...
Zinnirah hanya mampu berdoa moga tiba di stesen bas Kuantan sebelum masuk Maghrib, ye la mane solat jama' lagi ni..
time tu dah 6.30 ptg, baru dekat sungai Ubi, em lambat lagi ni nak sampai bndar Kuantan...maka Zinnirah pun mesej la dengan kakak2 yg dy kenal untuk bertanyakan bagaimna untuk solat hormat waktu..
-selesai-
tiba di stesen bas , jam 7 terus ke surau. menyesal tak sudah..nape la aku tak turun je terus kat hentian Penyu tu...em ada hikmahnya, nak sruh aku belajar 'solat hormat waktu'...
Tiba di rumah jam 10malam setelah Zinnirah berhempas pulas mencari tiket ke Temerloh dari Kuantan,alamak duduk sebelah laki lg! dengan geng2 otai lg nakal! ye ke? ntah, tp dari segi luaran nampk la pakaiannya...bla...bla...Ya allah, lagu yg dipasang tak boleh tahan,ape ke mksdnye...em, la rupenye semua sekolah Chenor,adik2 la kira nye, tnye pd sorang adik ni, mereka baru pas jalan ke Ibu Negeri pahang...macam rusa masuk kampung..=(
Perjalanan ke Kedah
Punya smangat kemas barang, rupanya ibu Zinnirah ada kelas bersama muslimat di kampung sebelah, ya maka mereka (adik-beradik yg semangat)pun tetap bersabar dan menunggu ibu pulang.
next, setelah di atur semua barang ke dalam kereta, perjalanan dua kerata pun bermula..
--------------------------------------------------------
sampai di Darul Aman tepat jam 6.30pg..solat subuh then gi mandi kat masjd..jalan2 kat sawah padi, cantiknye..
perjalanan ke tanjung Dawai..melihat pemandangan di sana..
tiba waktu yang ditunggu jam 3petang mereka bergerak ke >STADIUM DARUL AMAN< melihat hijau..cantik dan tenang...
-selesai-
Perjalanan ke Perak
Terus bergerak ke Perak setelah habis program, ramai yang balik ke arah tujuan masing2 dalam lebuhraya yang sama..
banayk nye la bas...Subuh di hentian Gurun, terus khidmat diri dan mereka mula bersarapan seterusnya ke rumah kawan Amin adik kedua Zinnirah,hampir satu jam dirumah tersebut ,bergerak pula ke kenduri pak sedara mereka di Kedangsa.
Perjalanan ke Selangor
mlm itu juga mereka pulang ke rumah nenek untuk berehat dan beristirehat.
menghantar Zinnirah di UIA, Gombak kerana ada satu paper lagi belum habis..
p/s: jauh perjalanan luas pengalaman. Zinnirah dalam watak ini hanya rekaan tulisan.Semoga kita semua terus istiqamah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment