~semoga mereka dirahmati Allah~

Dimulakan dengan....

Photobucket

Saturday, February 11, 2012

استقامة






استقامة  


Istiqamah!satu perkataan..punya makna yg mendalam.
Istiqomah menurut bahasa ertinya tetap teguh, terus menerus, konsisten atau teguh pendirian. Umar al-Khattab menjelaskan tentang istiqamoh dengan berkata:

“Istiqomah itu tetap menurut perintah mengikuti perintah dan menjauhi larangan serta tidak menyimpang daripadanya”

Secara konseptual: Istiqamah adalah berterusan dijalan yang betul dengan prinsip yang betul,walaupun orang dan masyarakat sekeliling tidak sehaluan.

  • Belajar
Mungkin kita buat sesuatu itu dengan berterusan akan menghasilkan kerja yang baik dan natijah yang berkualiti. Sebagai contoh, jika kita berterusan mengulang kaji pelajaran, kita akan bersiap sedia untuk menghadapi sebarang peperiksaan atau apa jua risiko. Kita tidak menjadi ulat buku di saat saat akhir kerana ketidakhabisan mengulang kaji semua yang perlu dibaca sebelum ini! Nah, lihatlah hasil konsisten itu satu yang perlu ketika belajar.Dengan mengulang kita ingat, ingat dan hafal, hafal dan amalkan, amal dan sampaikan, insya allah jadi amal jariah.

  • Susah 


Kenapa Allah lahirkan nabi tiada ibu, tiada ayah? kenapa Allah tak lahirkan nabi kita dengan kaya raya? Sebab semua ini adalah tarbiah-didikan, yang mana diri itu akan menjadi lebih berdikari dan jiwanya menjadi jiwa yang besar bukan pengecut terbuang.


Mesti lalu kesusahan. Kalau tidak 'dia' jadi orang yang gugur. Suka saya membawa perjuangan seorang mujahid Islam yang bernama Mohd Fadhil Nor Presiden PAS <<--klik untuk baca,sebelum ini, beliau meninggal dunia dalam perjuangan Islam. Subhanallah, indahnya bila kita mati dalam perjuangan Islam. Istiqamah beliau dalam perjuangan Islam hingga akhir hayat. Berterusannya beliau hingga dipenghujung usia masih terlibat menyambung rantai-rantai perjuangan ISLAM.Tidakkah kita mahu hidup kita di dunia ini dinilai dengan pahala yang banyak dan berakhir dengan baik?


  • Ibadah

“Daripada Aisyah r.ha., Nabi Muhammad SAW bersabda: “Wahai manusia lakukanlah amalan mengikut keupayaan kamu. Sesungguhnya Allah tidak jemu sehinggalah kamu jemu. Amalan yang paling Allah sukai ialah amalan yang berterusan walaupun sedikit.”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Menurut keterangan daripada Syarah Sahih Muslim:
“Amalan yang sedikit tetapi berterusan adalah lebih baik daripada amalan yang banyak tapi terputus. Ini kerana amalan berkenaan menyebabkan seseorang itu melakukan ketaatan, berzikir, berwaspada dan mendampingkan diri kepada Allah secara berterusan.”
Ilmu tanpa amal adalah ibarat pokok yang tidak berbuah.
“Ilmu tanpa amal, gila dan amal tanpa ilmu, sia-sia.” (Al-Ghazali)
Kaitan Istiqomah dengan Niat.
عن أمِيْرِ المُؤْمِنِيْنَ أبِيْ حَفْصٍ عُمَرَ بْنِ الخَطَّاب رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: سَمِعْتُ رَسُولَ ا للهِ
صلى الله عليه وسلم یَقُولُ: إِنَّمَا الأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى فَمَنْ كانت
هِجْرَتُهُ إِلىَ اللهِ وَرَسُولِهِ فَهِجْرَتُهُ إلى اللهِ ورَسُولِهِ وَمَنْ كانَتْ هِجْرَتُهُ لِدُنْيَا یُصِيْبُهَا أَوِ امْرَأَ ةٍ
یَنْكِحُهَا فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْه
Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin ‘Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
“Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
عن أبي عمرو وقيل أبي عمرة سفيان بن عبد الله قال: قلت یا رسول الله! قل لي في
الإسلام قولا لا أسأل عنه أحد غيرك. قال : قل آمنت بالله ثم استقم
Daripada Abu `Amru atau digelar juga Abu `Amrah Sufian ibn Abdullah r.a. beliau berkata:
Aku berkata: Wahai Rasulullah! Ajarkan untukku dalam lslam suatu ucapan yang aku tidak perlu lagi bertanya kepada orang lain selainmu. Baginda bersabda: Ucapkanlah: Aku beriman kepada Allah. Kemudian hendaklah engkau beristiqamah.
(Riwayat Muslim)




Cara-cara memupuk sikap Istiqomah.
Terdapat beberapa faktor lain yang dapat menjana sikap istiqamah dalam beribadat:
  1. Ilmu yang mantap tentang ibadah tersebut.
  2. Bersahabat dengan orang yang istiqamah
  3. Menghayati sirah orang-orang yang istiqamah
  4. Mujahadah melawan nafsu
  5. Doa memohon pertolongan Allah SWT






p/s: Semoga kita menjadi orang yang ISTIQAMAH dalam semua kebaikan yang kita usahakan untuk menjawab semua amanah yang diberi oleh Allah dengan baik di Akhirat nanti. 


3 comments:

Siti Safiyyah said...

<-- sedang berusaha utk istiqamah dalam semua perkara. doakan saya berjaya ye :')

zinnirah said...

insya allah SS...siapa usaha dy dapat..moga kamu terus istiqomah!

yanmaneee said...

huaraches
retro jordans
lebron 16
yeezys
air jordan
air max 97
golden goose sneakers
air max 97
cheap mlb jerseys
moncler jacket

::Halwa Telinga::

Bloggers Chat Room

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...