beratnya terasa menghukum jiwa…
tiada hentinya memaksa diri ini
melutut menyembah bumi
kerana terlalu lelah
dalam menghadapinya..
peritnya terasa
bagaikan merampas
segala kekuatan yang dibina selama ini..
lemah longlai jasad memikirkan ujian ini
yang tidak habis menghimpit jiwa..
berderai airmata menyambut sendu
dalam berhadapan dengan ujian ini..
terasa keteguhan hati ini
diragut oleh rasa berputus asa..
tidak dipinta dugaan ini
hadir menggamit laluan kehidupan
namun,seringnya ia menjenguk mengetuk
pintu iman yang selalu terbuka…
meski ia hadir silih berganti,
meski ia hadir tanpa jemu menghimpit diri,
meski ia hadir menggamit luka yang tidak terperi sakitnya,
meski ia hadir memberi kesan sakit
yang mungkinkan tidak terpadam
namun harus jua diri ini teguh menghadapinya..
tiada jalan lain melainkan cuba mengatasinya
dengan jalan Iman yang tenang..
harus digagahi jua hidup ini dengan rasa kehambaan
yang penuh keredhaan..
biarpun jalannya beronak berliku,
pasti ku lalui jua dengan tabah dan senang hati
kerana ganjarannya ku pasti..
janji Ilahi tidakkan lari..
ku yakini Ilahi untuk meghadirkan dugaan dengan kekuatan..
ku pinta darimu Ilahi Rabbi..
andai dengan ujian ini adalah satu-satunya
jalan untuk menghampirkan diriku denganMu
maka hambaMu ini lebih memilih derita diuji
daripada dibiar melara dalam noda
yang hanya membuatMu jauh dariku..
biar hamba menangis ditelan dugaanMu
jika itu jalan untuk hamba meraih cintaMu..
biar hamba menderita jasad menelan mehnah
yang tiada noktahnya janji RahmatMu
sudi memayungi hidup hamba..
kerana hamba ini pacal yang hina..
menagih cintaMu padahal hamba tidak layak untuknya
jadi biar hamba melara deminya..
walaupun sedikit hamba rela asalkan ada ruang untuk hamba..
hamba tidak layak untuk meminta banyak dariMu
kerana hamba juga tidak memberi banyak kepadaMu..
jadi cukup sekadar sisi daripada
CINTA,RINDU,KASIH DAN SAYANGMU
yang menemani perjalanan hidup hamba..
itu sudah cukup Allah..............