satu kata yang penuh makna
ku kutip kata ini ketika taklimat program "anak angkat"
hari ini dah masuk sebulan dah diriku mengajar di PASTI al-Amin, pasti nidepan rumah je,tapi rase jauh je..
rezeki ALLAH ada dimana-mana,tika aku merancang ingin menambah ilmu di pondok sementara menunggu U..ada panggilan yang meminta diriku mengajar...Alhamdulillah rezeki.
saat tiba di PASTi itu pada hari pertama,menjelma dalam memoriku...saat diriku dididik di pasti dahulu..belajar mengira,mengaji,membaca dan menulis..betapa besarnya pahal guru ku dahulu...mengajar dengan penuh sabar...semoga ustazah mendapat rahmat dan kasih sayang ALLAH..amiin..
pelajar-pelajar pasti ni mula-mula buat muka 'paner' dan blur..
aku yang tak pandai mengajar ni..mula rasa kekok dan kaku..
raungan dan tangisan menjadi biasa setelah beberapa minggu disini..
ialah ditinggal ibu dan ayah dalam pasti ni...
macam-macam watak dapat ku kenal pasti
ada yang suka menonjolkan diri,ada yang pasif,nakal,manja dan tak kurang juga ada yang sika bercakap..
setelah beberapa minggu di sini..
ku lihat sebenarnya kanak-kanak sentiasa gembira,
hari-hari datang dengan senyuman yang cukup menawan hati ku tang kadang-kadang sedih..
mereka ini ibarat gelas yang masih kosong,perlu didik dengan tarbiah yang sebaiknya..air yang memasuki gelas itu perlulah air yang bersih kerana jika air yang tidak bersih memasuki gelas itu sudah pasti akan memberi kesan yang tidak baik pada kanak-kanak itu sendiri..
mereka cepat belajar sesuatu...
jika berlaku pergaduhan dan perkelahian pasti pantas tangan dihulur dari 2 pihak...
"maafkan saya" dan disambut dengan "saya maafkan"...
mereka masih mentah untuk mencanai hidup ini..
jauh lagi untuk membina jet-jet pejuang..dan roket-roket..tidak seperti di Barat.anak-anak dididik dengan mencipta dan mereka..
saat yang paling mencabar padaku adalah ketika diberi latihan mewarna..semua mahu meminta diberi perhatian...
"ustazah, ni warna hijau ke?"
"ustazah, macam ni ke?"
"ustazah, Anas tak buat kerja,dia conteng buku saya..."
"ustazah,kenape buat huruf A macam ni?"
"ustazah, betul ke saya buat ni?"
itulah ayat yang ditanya ..serentak.. dalam masa yang sama...
semua nak bercakap...
semua nak tanya.tapi jiwaku berasa gembira sekali kerana anak didik ku suka bertanya..
kemahiran yang susah nak ada pada anak murid orang-orang melayu..
diriku masih belajar..belajar erti BELAJAR..
aku terpaksa mengingat maksud doa-doa yang dihafak murid..sangat berguna,kerana pada kebiasaanya orang menghafal sdoa dalam bahasa Arab sahaja..penghayatan pada maksudnya tiada..sangat rugi..sepatutnya kita faham dengan apa yang kita cakap..jadi sama-sama correct-see diri..
dalam masa yang sama MENGAJAR..
waktu petang itu,aku disuruh menggatikan kelas kuliah ibu di kg. Bachap..
itulah takdir..
ibu menghadiri satu mesyuarat di KERDAU..
satu pengalaman yang sangat berguna..sejam masa yang diberikan ku berceloteh..ilham dan idea yang mencurah-curah..datang dari Allah yang maha bijaksana..Alhamdulillah..
banyak lagi kuliah dan majlis-majlis ilmu yang kita perlu cari...ilmu tak datang bergolek..kita yang perlu cari ilmu bukan ilmu cari kita...
belajarlah dari kesilpan lalu,
belajar lah untuk menjadi manusia yg bertaqwa,
mengajar dan didiklah yang lain...
baiki diri dalam masa yang sama ajaklah orang lain..
konklusi: belajar dan mengajar perlu sepanjang hidup..