~semoga mereka dirahmati Allah~

Dimulakan dengan....

Photobucket

Sunday, August 30, 2009

HATI


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Hati itu raja segala anggota jagalah hati dengan semaian iman yg baik

Jika baik hati itu,baiklah keseluruhannya..

jika rosak hati itu, rosaklah keseluruhannya..

perbanyakkan berzikir, bersihi dgn taubat...

nescaya  Allah akan pandang hati itu...

perihalah hatimu dgn penuh kesempurnaan dan keikhlasan...

bersama-sama kita mencari keredhaan-Nya

tambahi amalan solih di bulan yg penuh barokah ini...

islah nafsak,wad'u ghoirak.."baiki diri dan serulah org lain"...

salam ramadhan Kareem, Ramadhan yg sama, natijah yg berbeza.....



your sincerely:-
zinnirah

Sunday, August 23, 2009

satu kisah menghayat hati..

Saturday, 22 August 2009

Kezaliman Ke atas Seorang Muslimah

Dengan Nama Allah swt Tuhan yang Maha Pemurah Lagi

Maha Penyayang .

Kezaliman Akan Ku Tentang

Insan Terinaya Akan Ku Bela .

1. Dengan segala kerendahan diri dan berat hati , saya tegaskan kenyataan saya di sini demi membela insan lemah yang bergelar muslimah sekalipun terpaksa merempuh dinding kebal keegoan seorang insan yang bergelar lelaki .

2. Kezaliman adalah suatu jenayah dan kesalahan yang besar terutamanya apabila ia dilakukan oleh seorang yang mengaku muslim pula seorang pemimpin . Justeru pemimpin akan menjadi ikutan ramai , maka peribadinya mesti mulia . Akhlaknya mesti tinggi . Moralnya terpelihara , sikapnya bertanggungjawab , tindakannya adil dan hatinya pula mesti bersih .

الناس على دين ملوكهم

Manusia berada di atas manhaj [ cara hidup ] para pemimpin mereka.

3. Isu yang saya dedahkan baru - baru ini adalah berkait kes penganiayaan dan kezaliman yang dilakukan oleh calon BN di N.11 Permatang Pasir ke atas seorang muslimah yang dikahwininya sebagai isteri kedua beliau , bukanlah bermotifkan politik tetapi melibatkan nafsu buas orang politik yang tidak kenal dosa dan pahala .

4. Isu yang saya timbulkan ini bukanlah bersifat peribadi tetapi melibatkan peribadi seorang pemimpin yang cuba melindungi kejahatan dan kezalimannya disebalik aksi berhemah seorang ahli politik yang ingin memenangi kerusi dalam pilihanraya untuk memimpin rakyat dan masyarakat .

5. Isu ini adalah isu keluarga besar kami . Keluarga muslim pula keluarga yang terlibat dalam perjuangan Islam . Isteri kedua calon BN di N.11 Permatang Pasir [ Puan Rafizah ] adalah adik angkat kepada Tok Guru saya [ Tuan Guru Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man ] . Sementara ayah dan ibunya pula anak angkat kepada ayah Tok Guru saya . Hubungan mereka sangat erat dan rapat seperti sebuah keluarga bertalian darah . Sementara saya adalah anak murid setia kepada Tok Guru malah saya seperti adik kandungnya sendiri. Kami berkeluarga dan hubungan kami melewati hubungan pertalian darah .

6. Sebenarnya sejak lebih setahun yang lalu , Puan Rafizah telah mengadu hal nasib malang yang menimpa dirinya kepada Tuan Guru tetapi teguh beliau merahsiakan suaminya . Sehingga Tuan Guru Dato' Tuan Ibrahim pun tidak mengetahui siapakah suaminya dan Tuan Guru tidak pula mahu mencampuri urusan keluarganya . Sekadar memberi nasihat dan tunjuk ajar agar bersabar dan tenang menghadapi ujian berat yang menimpa dirinya .

7. Sehinggalah beberapa hari yang lalu , Puan Rafizah memberitahu : " ustaz , Rohaizat [ calon BN ] itulah suami saya ! " pastinya Tuan Guru Dato' Tuan Ibrahim terkejut besar dengan pengakuan itu . Saya segera bertemu kedua - dua ibubapa Puan Rafizah bagi mendapat gambaran yang lebih jelas . Ya ! hanya linangan air mata dari sang ibu yang sangat memahami betapa derita yang ditanggung oleh anaknya sejak bertahun yang lalu .

8. Malah setiap kali mendengar rintihan dan keluhan derita dari Puan Rafizah , lebih banyak esak tangis berbanding kata - kata yang cukup menggambarkan derita dan sengsara hati seorang perempuan muslimah yang digantung tidak bertali malah diperlaku tidak ubah seperti perempuan simpanan [ maaf ] meskipun ia adalah seorang isteri yang dikahwini secara sah .

9. Tiada siapa yang dapat memahami jiwa Puan Rafizah selama ini termasuk suaminya yang tidak bertanggungjawab . Batinnya menjerit menyatakan kesengsaraan hidupnya yang pernah dibiarkan tanpa sebarang berita dan khabar , jauh sekali dititip nafkah zahir dan batin selama 7 bulan berturut - turut . [ Menurut pengakuan ibunya , dengan genangan air mata seorang ibu yang lemah tidak berdaya untuk berdepan pula dengan seorang politikus yang gagah meredah medan politiknya ]

10. Dalam tempoh beberapa bulan kebelakangan ini , ibunya berkata : anaknya hanya dikunjungi suaminya sebanyak 2 kali dan itupun hanya sekadar beberapa jam , kemudian terus bergegas pergi meninggalkan isteri dalam kesepian mengharapkan kasih seorang suami .

11. Bukanlah salah beristeri dua . Islam tidak melarang muslim beristeri dua . Apa yang saya dedahkan disini bukan isu Rohaizat beristeri dua . Beristeri dua bukan isunya di sini . Tetapi isu besar yang saya bawa ini ialah isu kezaliman dan penginayaan ke atas seorang wanita muslimah yang lemah tidak berdaya oleh seorang lelaki [ bergelar suami ] yang sepatutnya memberikan keadilan , kasih sayang dan haknya sebagai seorang isteri yang sah . Inilah perlakuan yang ditegah dan diharamkan oleh Allah swt.

12. Saya tidak berhasrat mahu meruntuhkan rumahtangganya malah berusaha mahu menyelamatkannya . Apa yang dikehendaki oleh Puan Rafizah ialah supaya suaminya mengakui beliau sebagai isteri yang sah dan kembali berlaku adil serta memberikan haknya sebagai seorang isteri bukan lagi digantung tidak bertali . Datang dan pergi seperti mengunjungi rumah di lorong maksiat . Jangan perlakukan Puan Rafizah sedemikian rupa . Saya membawa suara derita Puan Rafizah .

13. Malangnya sebelum ini , Rohaizat berkali - kali menafikan Puan Rafizah sebagai isterinya . Puan Rafizah berkata : kalau Rohaizat tidak akui dirinya sebagai isteri yang sah , maka selama ini dirinya sebagai apa ? akhirnya deraian air mata yang cukup memilukan hati kami membatasi kata - katanya .

14. Menurut pengakuan Puan Rafizah , betapa beliau telah menanggung derita ini sejak lebih 3 tahun yang lalu . Beliau dipandang serong oleh masyarakat sekitar dan teman - teman rapat yang mengetahui kedudukannya. Selain dari cengkaman perasaan yang terpaksa ditanggung , Puan Rafizah turut berdepan dengan fitnah ke atas dirinya yang dipandang serong oleh masyarakat gara - gara Rohaizat enggan mengakui dirinya sebagai isteri yang sah meskipun Rohaizat mengahwininya dan tidak pula mendokumenkan perkahwinan mereka .

15. Wahai insan yang Islam agamanya ! Wahai Insan yang memiliki Iman ! Wahai insan yang bergelar wanita ! Bukankah seorang perempuan itu dikahwini untuk memupuk kasih sayang , berada di sisi suami [ jika berpoligami - berlaku adil dalam giliran ] , dibelai , dipimpin dan dibimbing dengan penuh sakinah , mawaddah dan rahmah .

16. Wanita juga apabila berumahtangga , ingin sekali menimang cahayamata tetapi malang segala - galanya tidak dimiliki oleh Puan Rafizah . Beliau benar - benar hanya isteri simpanan . Hatinya derita melihat kebahagiaan orang lain disamping suami masing - masing jua bersama anak - anak menceriakan rumahtangga.

17. Dulunya , Puan Rafizah yang pernah bertugas sebagai ketua kerani di pejabat Rohaizat selama 8 tahun mendirikan rumahtangga bersama Rohaizat dengan harapan kebahagiaan dan keharmonian serta kesempurnaan hidup akan dapat dikecapi sebagaimana insan yang lain . Malang panas tidak sampai ke petang . Beliau dianiaya oleh suaminya sendiri yang tidak mahu pula mengakui beliau sebagai isteri yang sah kepada umum sehingga memaksa beliau menjalani kehidupan dengan murung , resah , rasa bersalah , kecewa dan derita .

18. Ke mana pergi pejuang wanita ? kemana perginya pejuang hak asasi ? saya yakin , bukan seorang Rafizah di luar sana . Mungkin ribuan lagi mangsa seperti Puan Rafizah . Mana perginya Sharizat Jalil yang kononnya beliau adalah serikandi membela hak wanita dari menjadi mangsa penderaan lelaki ? Apakah kerana ia isteri calon BN di N. 11 Permatang Pasir maka semuanya membutakan mata ? membiarkan Puan Rafizah menderita ?

19. Mana insan bergelar muslimah ? kalian nak biarkan Puan Rafizah terus derita ? Ya ! sementara kalian tidak merasai deritanya . Mana insan yang mewarisi ketaqwaan Fatimah ? tergamak kalian biarkan Puan Rafizah terus terbelenggu hidupnya semata - mata kerana nafsu dan kepentingan politik kalian ? mana semuanya ? Takut nak bercakap perkara ini ? bimbang mengganggu keputusan pilihanraya ?

20. Saya teringat kisah seorang wanita muslimah yang diinaya lalu berteriak memanggil nama sultan Mu'tasim yang memerintah pada waktu itu . Waa Mu'tasimaaah ! [ wahai Sultan Mu'tasim ... bantulah aku ] . Lalu rintihan derita itu disampaikan kepada sultan Mu'tasim lalu Mu'tasim bangun dari singgahsana lalu berkata : Labbaiki Yaa Ummaaaah ! [ Aku sahut seruanmu wahai Ibu ! ] lalu beliau mengerahkan bala tenteranya untuk membela wanita muslimah yang dianiaya .

21. Apakah hari ini telah tiada Mu'tasim ? maka Puan Rafizah di zalimi dan didera perasaannya . Malang ! sabar sajalah Puan Rafizah . Nasiblah dirimu hidup dizaman ramai manusia pengecut ! Tidak berani berkata benar !

22. Demi Allah ! jangan biarkan penginayaan ini berterusan . langkah pertama saya nasihatkan supaya Rohaizat sebagai orang tahu agama dan tahu hukum hakam agar tidak menzalimi isteri sendiri . Kembalilah kepangkuan isterimu dengan damai dan penuh kasih sayang . Berlaku adillah terhadap kedua - dua isteri kamu . Berikan hak mereka dan berikan kasih sayang kepada mereka . Biarpun mereka bergelar wanita , mereka juga berhak mendapat kasih sayang dan pembelaan khasnya dari orang yang bergelar suami .

23. Saya dedahkan perkara ini dengan izin isterinya yang telah puas menjerit tanpa didengar oleh siapa agar suaminya mengakui dirinya sebagai isteri yang sah dan berikan haknya untuk hidup sebagai isteri sebagaimana isteri - isteri yang lain . Telah banyak usaha dilakukan oleh Puan Rafizah agar dirinya diisytiharkan sebagai seorang isteri yang sah agar ia boleh hidup bahagia dan damai seperti orang lain tetapi gagal .

24. Ertinya masih terbuka luas untuk Rohaizat selamatkan rumahtangganya tetapi dengan syarat Rohaizat runtuhkan tembok keegoannya sebagai lelaki lalu segara kembali kepangkuan isteri dengan penuh insaf . Sempena bulan Ramadhan al Mubarak , Saya doakan rumahtangga kalian bahagian dan harmoni . Saya gembira jika rumahtangga Rohaizat dapat diselamatkan . Buat Puan Rafizah , sekadar itulah usaha dan pendedahn yang tergamak saya lakukan walau hanya menyebut 10% dari kisah penderitaan yang ditanggung olehmu . Maaf saya tidak tergamak hendak menyebut lebih dari itu . Selebihnya Puan Rafizah sendiri mesti ada kekuatan menghadapi situasi ini .

25. Jika Rohaizat masih enggan mengakui Puan Rafizah sebagai isteri yang sah dan masih meninggalkannya kesepian tanpa belaian kasih sayang dan giliran hak secara adil , maka demi Allah ! saya bersumpah dengan nama Allah yang maha suci bahawa Rohaizat tidak layak menjadi pemimpin . Tidak layak memegang amanah rakyat .

Saya cabar Wanita UMNO bangkit

membela wanita teraniaya ini !

Ayuh bangkit Sharizat !

Kezaliman seorang suami ke atas isterinya samalah dosa kezaliman kerajaan mengISAkan [ tahan tanpa bicara ] seorang insan tanpa bukti yang kita tentang ramai - ramai hari tu . Zalim tetap zalim dan ianya mesti ditentang . Apakah kezaliman ke atas wanita perlu disembunyikan dari pengetahuan umum agar dia terus derita sedang dia meronta minta dikasihani ?

Posted by Nasrudin Hassan at Tantawi at 04:44



your sincerely:-
zinnirah

Saturday, August 22, 2009

ANA DAN PILIHANRAYA-PERMATANG PASIR!

assalamua'laikum dan salam perbahasan..=)
alhamdulillah syukur buat tuhan yg maha PEmurah lg Maha penyayag kerana dgn izinnye dpt lg kita menikmati dua nikmat terbesar iaitu nikmat iman dan nikmat islam....tak lupe selawat dan salam buat junjungn besar nabi Muhammad s.a.w dan shbt2 perjuangn baginda..pd pilihanraya kali ini anan berkesempatan untuk terlibat secara tdk lgsung membantu ibu dan ayah yg diamanahkn untuk bertugas di sana..anak sorg pejuang..daan alhamdulilallah pd hari ni ana telah berkesempatan untuk menulis sedikit coretan dan pengalaman ana di sna buat tatapan pembaca...kisah anak seorang pejuang PAS....

SEDIKIT CATATAN DARI HAMBA YG KERDIL LG HINA..

JUMAAT 21-08-09


pukul 10.00mlm
first time naik kereta baru BALIK KAMPUNG..
maklumla..selalunye naik van..best! riuh-rendah adik2 ku..
bertolak dari Sungai Gau ke Rawang,Selangor (kerajaan Pakatan Rakyat)
sebenarnye ke rumah nenek sebelah ibu terletak di Felda Sungai Buaya yg mane Felda ini terletak di Rawang..

pukul 12.45 tengah malam
alhmdlah selmat sampai..
aljmdlh nenek sihat..makcik dan pakcik pun same.
rupe2nye kebuluran adik2ku...apelagi mkn tgh mlm...ish2
ana join sekaki..huhu

pkl 4.45pagi
ibu ana kejut bgn sahur..
kami merancang pergi ke Permatang pasir pg itu...

pukul 5.00pagi

bertolak dari rawang ke permatang pasir..

ayah,ibu,Amin,Muhaimin, dan ana je yg pergi yg lain dicicirkan di rumah nenek.....

solat subuh di r@r..

pukul 11.00pagi

sampai di rumah kontijen pahang..(muslimat)

muslimin 5 rumah muslimat 1 rumah...

1.00tghari

bersiap2 untuk solat zohor..

2.00ptg

prog "bubur lambuk"

edar pd semua penduduk kmpung

semangat semua petugas dari pahang

ana ditugaskan berada di bilik gerakan kampung sama gagah bersama kak Miera(s/u Jpn)

ana ditugaskan mengasingkan slip mengundi setiap pemilih...

6.45ptg

masjid dilimpahi dgn penduduk same gagah

seronok,biah solehah..

ahad 23-08-09

pukul 9.00pagi

kumpul,gerak gempur ke setiap rumah untuk merayu undi...

ana setelkan bilik gerakan and the geng...

PAS tu bukak untuk semak daftar pemilih untuk penduduk kampung...........

dalam 25 org la yg dtg untuk mnyemak nye...yg lain kebanyakan dah tahu saluran mengundi masing2

dalam kesibukan tu ade jugak yg buat jahat...

majlis pembandarn pulau punang telah mencabut banner PAS di simpang empat kampung sama gagah dgn alasan pihak PAS tidk meletakkn gmbar calon...

padahal dah terpampang dah gmbar calon saiz 1000% kot.........

pukul 12.45tghari

balik ke rumah kontijen Pahang

ana terus tertidur

pukul 5.00ptg

ana berada di bilik gerakan

tolong setelkan slip pengindi untuk gerak gempur ari esok....

memg bnyk penduduk di sini dlm 2000 lebh...

sampai ke mlm kami bekerja.........

moga mndpt pahala.....

9.00mlm

taklimat sistem daftar pemilih di pasti hasanah

oleh En. Abdullah Atan selaku ketua IT di PAS pusat...

Isnin24-08-09

9.00pagi

gerak gempur secara besar-basaran yg mane semua ahli kariah seperti imam,bilal dan petugas2 pilihanraya terlibat untuk pergi ke rumah setiap penduduk bg merayu undi..........

SELASA

25-08-09

pukul 6.30pagi

bersiap untuk ke rumah org PAS yg berhampiran dgn sekolah tmpt mengundi...

kami ditempatkan di dalam rumah tersebut untuk PACA yg bermksud Polling agent Counting agent...

ana,kak miera dan kak aziah bersama2 membantu ckgu Fauzi..selaku ketua PACA...

pukul 8.00pagi-6.00ptg

tugas kami bermula dgn memasukkan nombor siri ke dlm sistem semakan daftar pemilih...

tujuannye adalah untuk memastikan berape org pengundi yg sudah keluar mengundi sama ada PAS atau mr.UMNO

pukul 6.45 ptg

pulg ke rumah

ramai muslimat PAhang dah yg balik

mlm

keputusan PAS meng di Permatang Pasir dgn majoriti 4551

Rabu 26-08-09

balik kmpung RAwang

sempt lg pergi ke bukit Bendera,p.p

dan diberi kesempatan untuk menaiki feri dgn kereta2 sekali naik..

itulah sedikit catatn daripd ana sebagai ank dua org pejuang PAS (ibu dan ayah)

sedikit kesimpulan drpd ana:

1)pemuda2 di P.Pasir semuanye semgt2 belaka...kempen,keselamatan,tampal poster,merayu undi..nmpk kekuatan ukhwah diorang...mantop!hrp2 pemuda di Pahang lbh bagus dr itu...

2)nisa' P.pinang semua berkualiti! siap pggil Nik NUr Madihah buat prog mase tu...hrp2 nisa' Pahang lg baik dari itu.....

3) strategi merupakan satu kekuatan dlm jemaah

4)kekuatan akar umbi perlu untk menguatkan jemaah

5)bersatu kita utuh,bercerai kita jatuh..

sekurg2 nye kita mesti terlibat dgn jemaah,

seperti kata Nik Aziz nanti di Akhirat semua insan akan di tanye akan amanah masing2...

firman Allah: brg siapa membantu agama Allah, nescaya Allah akn membantunye dan meneguhkan kedudukannye...surah muhammad...


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

your sincerely:-
zinnirah

Friday, August 14, 2009

KASIH SAYANG-RAIHAN



Kasih sayang itu titi
Kasih sayang penghubung hati
Kasih sayang itu tali
Kasih sayang pengikat diri

Dari kasih timbul simpati
Dengan sayang ada persaudaraan
Kerana kasih ingin berbakti
Saling sayang ma'af mema'afkan

Kasih sayang itu baja
Kasih sayang penyubur jiwa
Kasih sayang itu penawar
Penguat cinta penghapus duka

Kasih manusia sering bermusim
Sayang manusia tiada abadi
Kasih TUHAN tiada bertepi
Sayang TUHAN janji-NYA pasti

Tanpa kasih sayang TUHAN
Tiada simpati tiada persaudaraan
Tanpa kasih sayang TUHAN
Tiada bakti tiada kema'afan

Kasih sayang pada semua
Kasih sayang sesama kita
Kasih sayang dunia
Moga selamat di Akhirat sana


p0st by kak Lang....

Thursday, August 13, 2009

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK...

Hayatilah LIRIK lagu ini..




Bulan Ramadhan bulan yg berkat
Bulan rahmat dan bulan utama
Pahala digandakan, doa diterima
Bulan Lailatul Qadar yg istimewa

Isilah bulan ini, banyakkan amalan
Beribadah malam, siang berpuasa
Banyakkanlah sedekah jgn dikira
Moga ia menjadi penebus dosa
Membaca Al-Quran jgn dilupakan
Zikir dan Tasbih elok disertakan
Meriahkan Ramadhan dgn bermacam cara
Agar Ramadhan tidak sia-sia...
#
Hindarkanlah dosa di setiap anggota
Kalau boleh dosa hati jua
Kerna dosa itu merosakkan pahala
Agar kita tidak mensiakan Ramadhan
Isilah Ramadhan dgn sebaiknya
Kerna ia datang setahun sekali
Tahun hadapan belum tentu jumpa
Kerna kita mati bila-bila masa

********************************


your sincerely:-
zinnirah

Wednesday, August 12, 2009

DEMAM..

Assalamua'laikum..

harini ana tak gi sekolah...demam,panas la jugak...

semalm gi jmpe doktor...
suhu 37.8
dpt cuti empat hari..
em...sakit ni pon salah satu cara Allah nk hapuskan dosa kan..

bosan gak duk umah sorang2 ni...
adik2 sumer gi sekolah mesti seronok..
kawan2 pon mesti dpt bnyk ilmu kan...
tak mcm ana ni mesti bnyk dah tertinggl...
ish...rugi ni...
tak pe lepas ni kene cover balik sumer...
pepe pon ana doakan semua dalam rahmatNye...
doakan kejayaan bersame..
demi islam tercinta...

ni ana nk share video yg ana dah tengok mase ngah bosan2 kat rumah ni
SATU PRKONGSIAN...
RENUNGAN DAN IKTIBAR




ARABIC NASHEED




ANTARA BIDADARI DAN PENGHUNI SYURGA



JIKA AKU JATUH HATI


BICARA CINTA



PALESTINA TERCINTA


BANTULAH MEREKA DI SANA....


MERAH SAGA


INGATLAH RAMAI LG YG MENDERITA DI SANA...



PENGADUAN KEPADA ALLAH




your sincerely:-
zinnirah

Monday, August 10, 2009

Monday, August 3, 2009

PERINGATAN BUAT KAUM HAWA!

Duhai Muslimah,
Ketahuilah tanpa kau sedari,
Keremajaanmu bisa menakluki dunia,
Walau dalam lalai atau leka,
Berkatalah dalam diri,
Kau bukan dilahirkan sebagai penggoda yang melekakan dunia,
Kesegaran dan kejelitaanmu sebenarnya adalah fana belaka,
Salutilah dirimu dengan iman dan takwa,
Kerana ia sebenarnya sangat manis,
Pada pandangan dan jua perhiasan,
Duhai muslimah terpuji,
Berfikirlah untuk menjadi insan yang berguna,
Agar seisi dunia merasakan rahmat kehadiranmu.


JADILAH MUSLIMAH SOLEHAH....
your sincerely:-
zinnirah

'UCAPAN OBAMA' = PERUBAHAN ATAU RETORIK?

Pada 4 Jun lalu, sejarah telah tercipta apabila Presiden USA, Barack Obama berucap di Universiti Kaherah. Saya memuji tindakan beliau yang ingin berbaik-baik dengan umat Islam. Beliau yang mendapat tepukan gemuruh ketika berucap sehinggakan ada yang menjerit 'saya cinta kamu' menjelaskan misi utamanya ialah untuk memulihkan imej USA yg tercalar di mata 1.5 bilion umat Islam di seluruh dunia.

Usahanya seperti yang kita sedia maklum, diterima baik oleh masyarakat seluruh dunia. Tetapi, sejauh mana misi tersebut bakal digerakkan oleh Obama selepas ini bagi memulihkan hubungan USA dengan Islam yang dilihat terlalu tegang? Untuk berbaik-baik dengan umat Islam, Obama perlu melakukan usaha yang amat besar setelah banyak kekejaman dan misi USA sebelum ini menindas dan menimbulkan keberangan umat Islam.

Dengan melihat apa yang dilakukan oleh Obama sekarang, ia masih belum menunjukkan tanda perubahan akan berlaku. Jikalau setakat berucap dan memberi harapan tidak akan mengubah apa-apa. Mesej yang disampaikan Obama disanggah pemimpin tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khomeini yang menyifatkan USA amat dibenci dan HANYA TINDAKAN BUKANNYA SLOGAN DAPAT MENGUBAHNYA.







Walaubagaimanapun, jika kita meneliti ucapan beliau, ia menunjukkan yang Obama masih menyebelahi Israel dan hubungan USA dengan Israel tidak mungkin dapat diputuskan. Obama masih komited kepada hubungan berterusan dengan rejim Zionis walaupun kata-kata manis disampaikan beliau kepada negara Arab dan umat Islam.

Jadi, kita tunggu dan lihat sahajalah apa yang akan dilakukan beliau selepas ini. Samada ucapan beliau satu retorik atau tidak, akan terjawab dengan usaha beliau selepas ini. Dengan perkembangan terkini, saya melihat nasib umat Islam seperti berada dalam tangan kuasa-kuasa besar seperti USA, dan bukannya ditentukan oleh usaha umat Islam itu sendiri. Jika kuasa-kuasa ini melanyak kita, hancurlah kita; jika tidak, selamat dan bersyukurlah kita. Setakat itu sahaja yang umat Islam mampu lakukan. Tiada usaha daripada umat Islam sendiri untuk melepaskan diri daripada genggaman kuasa-kuasa besar laknatullah itu. Lihatlah, terlalu lemah kita ini sehinggakan nasib kita ditentukan oleh musuh. UMAT ISLAM.. AYUH! BANGKITLAH DARIPADA LENA KITA!! MARUAH KITA TERLALU HINA KETIKA INI!! AYUH LAKUKAN SESUATU!!





your sincerely:-
zinnirah

Sunday, August 2, 2009

BADIB08-MINGGU PENGENALAN ORGANISASI DAKWAH(MIPOD)

BADAN DAKWAH DAN IBADAH(BADIB)TELAH MENGANJURKAN MINGGU PENGENALAN ORGANISASI DAKWAH(MIPOD) UNTUK TAHUN 2008





your sincerely:-
zinnirah

MASISUPA 09




your sincerely:-
zinnirah

::Halwa Telinga::

Bloggers Chat Room

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...