~semoga mereka dirahmati Allah~

Dimulakan dengan....

Photobucket

Wednesday, October 9, 2019

MOVE ON

Allah beri ujian untuk kita belajar sabar
Allah nak beri pahala lebih

Move ON
Cek balik VisiON
dan mesti ada passiON

Saturday, August 10, 2019

AIR DETOX

*Resepi Air detox*

Aisrkrim soda
Air batu
Lemon
Laici
Daun pudina 
Serai
Asam boi
Asam putih
Aiskrim

Thursday, May 9, 2019

ini jalan ku

Bisnes

Dulu masa sekolah rendah Cina selalu berangan akan habiskan belajar ke Negara China.
.
Nak jadi cerita di UIA Gombak ambil subjek tambahan Bahasa Cina sebab suka giler.Pensyarah offer sambung master ke Bei Jing dalam Bahasa Cina.huhu
.
Rezki Jodoh sampai dulu. Allah taqdirkan saya bukan melalui kehidupan di sana.
.
Saya di takdirkan menguruskan sebuah bisnes selepas berkahwin.
.
Allah lebih tahu apa yang kita tidak tahu.Serahkan pada Allah segala-Nya,
.
Ini jalanku. Ya Rabb bimbingi aku.
.
P/S: gambar kenangan masa masuk pidato bahasa Cina peringkat kebangsaan di UM.🤓
#DoakanSaya
#Memori

Saturday, April 27, 2019

Kelas SMH April 2019

1. Mind set kena betul bila kita buka bisnes, kita bekerja dengan manusia bukan haiwan, jadi kita kena tahu ilmu tentang HUMAN.
.
2. Pohon rezki adalah konsep kita sebagai bisnes owner hanyalah wasilah sahaja kepada tim kita untuk rezki lalu dan kita berkongsi rezki  yang melalui syarikat yang sama.
.
3. Bos yang sibuk buat, tak sempat nak fikir, bos yang sibuk fikir tak sempat buat

Thursday, April 11, 2019

aku dan cemburu

Kalau kita tak nak suami kita cemburu dengan kita

Jangan kita sakiti hatinya dengan berbual dengan lelaki lain dengan penuh mesra

Mungkin kita tidak rasa ia seperti disakiti namun ia sangat sakit

Syaitan pula mencucuk-cucuk mahu kita cemburu buta dan bagi kita jeles

Baca istiazah
Au zubillahi minasy syaiton nir rojim

Semoga kita menghargai pasangan kita sebaiknya

Sunday, April 7, 2019

KOS KE SABAH DARI TEMERLOH

Post kali ni saje nak share kos ke Sabah dari Temerloh

Kalau naik Flight dari Kuantan ke Kota Kinabalu dalam 500 pergi balik.

Kalau naik Bas Dari Temerloh 
Tambang Bas hanya 13.00 dari Temerloh ke TBS.

Lepas tu sampai TBS boleh cari jejantas ke Train Transit ERL

Dari jejantas turun ke Level 1 cari ke TRANSIT

Beli tiket kat kaunter atau self payment guna kad kredit dan kad debit pon boleh.

Lepas tu scan bar kode kat tiket tu masuk naik ke atas

Kalau nak ke KLIA ambil platform 3-4

Turun lift atau escalator tunggu train datang
Kalau kita beli tiket single duduk la kat tempat single
Jangan duduk kat tempat couple kesian la kat couple atau ibu bapa yang terpisah duk kerusi single
Hehe

Lepas tu dia akan lalu station Putrajaya/Cyberjaya
Lepas tu Salak Tinggi
Baru ke KLIA
Then ke KLIA 2

Tiket dia dari Bandar Tasik Selatan tu RM34.60 sahaja

Kalau boleh sebelum nak train beli air mineral atau makanan siap siap

Sebab kat KLIA nanti mahal la skit
Contoh air mineral kat luar biasa RM 1.00-RM 1.50.

Tapi bila dah sampai KLIA saya terkena RM 4.( satu btl
Huhu

Tiket flight ke Sabah RM 114 paling murah kalau pandai cari
Kalau ada promo lagi murah kan 
Hehe

OK RINGKASAN KOS
Bas 13.00
Train 34.60
Flight 114
Total 161.60

Itu sahaja
Moga membantu anda

AKU DAN KLIA

Sambung posting lepas

Bila travel sorang ni kita kene banyak tanya orang

Kalau tak sesat jalan haha

Alhamdulillah boleh hidup kalau tak malu bertanya

KLIA ni ada tempat menginap hotel sama sama nama dia dalam bangunanan ni juga tak perlu keluar
Cas sehari range 900 lebih

Ade hotel lain juga tapi kene keluar dari airport ni

Kalau nak selamat tidur aja di surau tingkat 5 ni
Selamat cuma sejuk amat
Bw la baju sejuk

Boleh print tiket start kul 4 pagi

Lepas tu kul 5.00 pagi boleh masuk ke departure dia belah belakang kiri anda

Insya allah saya doakan perjalanan ke mana mana selamat sampai

Saturday, April 6, 2019

KEMANA HALA TUJU

Dalam train ke KLIA ini

Kita boleh tengok macam-macam watak

Ada yang smart giler pakai baju balik Ofis agaknya

Ada yang baru nak ke tempat kerja make up masih belum cair

Ada yang tertidur kepenatan

Semua ini pengalaman hidup 
Kita hidup untuk apa
Apa misi kita?

Kalau hidup untuk Allah dengan Allah dan kerana Allah kita akan selamat dunia Akhirat

Kalau hidup untuk makan
Kera dihutan juga makan

Tanggungjawab melebihi masa yang ada
Jangan buang masa
Jalan terus!

TRAVEL JEPUN

Alhamdulillah Allah bagi peluang datang ke Jepun sempena Adik konvo

Day 1 sampai airport Haneda 

Kat situ adik saya tunggu dah
Dia tunjuk siap-siap macam mana kat airport tu

Ada surau kat depan kaunter K-L-M

Ade tulis situ prayer room

Tekan loceng kat pintu dia
Dia akan buka
Ucap tq
"Arigato"
Pastu masuk dalam tu
Ada tempat wudhu

Situ boleh solat je 
No tido tido
Hahah

Lepas tu adik tunjuk makan kat airport Haneda ni yang muslim

Naik tingkat tiga
Situ ada kedai kebab orang Islam

Dia siap tunjuk sijil halal lagi haha

Lepas tu 
Kami balik ke Matsumoto

Nanti sambung ya

Tiket Temerloh Ke TBS

Pengalaman hari ini

Asalnya nak bayar tiket cash kat kaunter terminal bas Temerloh di bandar Baru

Tetapi duit takde

Tanya kat kaunter dia kate belakang terminal ada seven E kat situ ada ATM

MAKA 
saya tengok jam
Eh nak kul 6.00petang dah

Deras deras dalam hati
Cepat cepat cari kaunter yang boleh terima kad kredit atau debit

Siapa jadi macam saya
nak cari kaunter yang memudahkan anda

Carilah kaunter no.7
La Hiloliday

Dia bagi guna transfer online
Alhamdulillah dpt la selesai beli tiket tanpa cash
Dia mudahkan urusan kita

Mg Allah mudahkan urusan dia

Macm tu la baru mesra pelanggan
Tahniah!
Moga bermanfaat buat yang terdesak macam saya.

Sunday, March 31, 2019

TB 6.0

Syukur Alhamdulillah selesai Team Building 6.0 Qalam Future Sdn Bhd di House Boat Tasik Kenyir,Terengganu.Team Building kali ini fokus kepada LEADERS syarikat sahaja.
.
Ada yang tenang sebenarnya berisi.Ada yang nampak biasa sebenarnya berbisa.Tak sangka yang pendiam rupanya sangatlah berilmu.Banyak soalan dan masalah dah selesai,mereka recas energi dan bina sinergi!
.
Semua ini tidak dapat dicungkil dengan hanya duduk dalam pejabat dan mesyuarat.
.
Pembinaan tim mesti konsisten, ianya proses yang panjang.Saya yakin saya tidak rugi apa-apa dengan pelaburan ilmu ini kerana saya percaya Pelaburan ilmu ini untuk melahirkan pemimpin syarikat yang SUPERSTAR dan PERMATA bukan arang batu atau kaca.
.
.
Alhamdulillah kali ini ada keunikan tersendiri dengan modul utamanya adalah permainan Archery Combat bersama Coach Jefri Saari dan Ust Mus.Memang sangat recommend pada mana-mana syarikat yang sedang mencari coach yang boleh selesaikan kekusutan anda membina legasi.
.
Doakan kami terus terbang tinggi memberi manfaat buat ummah.insya allah😊
#OneVisionOneSpiritv
#MemasyarakatkanAlQuran
#TeamBuilding6
#QalamFuture

Friday, March 29, 2019

Aura

|Bismillah...| Alhamdulillah, Wassola ala Rasulillah. Oleh : Khalifah Allah Mar'atul Husna bt Roslan


Bila kita jumpa orang
Kita tahu orang tu pembawa aura yang macam mana

Kalau orang tu negatif
Kita rasa 
Ya kita dapst rasa

Kalau orang tu positif
Kita dapat aura dia

Jadi kawanlah dengan orang yang positif
Dan doakanlah orang negatif tadi diberi aura positif sian dia ..huhu

Kembali

|Bismillah...| Alhamdulillah, Wassola ala Rasulillah. Oleh : Khalifah Allah Mar'atul Husna bt Roslan

Sudah lama bersarang blog ini

Dalam tulisan lepas yang terakhir adalah tahun 2016

Mungkinkah kita bertemu lagi?

Insya allah doakan saya kuat dan mampu untuk menulis lagi

::Halwa Telinga::

Bloggers Chat Room

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...