~semoga mereka dirahmati Allah~

Dimulakan dengan....

Photobucket

Saturday, September 24, 2016

Fokus

Assalamualaikum

Moga semua pembaca blog ini diberi kesihatan dan keimanan berpanjangan.

Nukilan ini ditulis untuk kita sama-sama merenung sejenak, apakah kita seorang yang fokus atau tidak.

Ciri-ciri orang fokus:
1. Pantas bertindak
2. Jelas matlamat
3. Selesai kerja pada masanya
4. Tidak bertangguh

Kita kena fokus pada masa yang kita sudah tetapkan. Jangan malas, jauhi bertangguh.

Lajukan tindakan, maka hasilnya juga laju.

Ca yok!

Monday, September 12, 2016

Sangka

Hidup jangan bersangka buruk
Nanti susah hati
Mudah resah

Sangka buruk tidak tenangkan jiwa
Malah merana

Jauhi menghukum
Dekati dan kaji

Bukan terus menerus
Dengan sangka-sangka yang hanya syok sendiri!

Sunday, August 21, 2016

Sedih

Sedih itu satu perasaan yang mesti kita raikan. Kadang-kadang sebab sedikit sahaja, habis terguris hati seseorang itu lalu sedihnya hati di kecai-kecai sehingga menjadi nanah dan barah.

Orang yang sedang bersedih kita perlu pujuk dan raikan dengan layanan yang baik. Jika kita terlebih reaksi, kemungkinan besar mereka itu akan menjauh lagi dengab kita.

Nabi kita pernah bersedih atas pemergian isteri tercinta , kisah sedih Nabi kehilangan anak lelakinya juga direkodkan dalam buku-buku tamadun dunia.

Itulah kisah sedikit sebanyak tentang sedih. Itulah putaran hidup. Kadang kita di atas, kadang kita di bawah.Kadang kita bergembira. Kadang kita bersedih.

Semoga kita mendapat kekuatan dan ketabahan hati tika kita sedih. Insya allah =)

"la tah zan innallaha maana"
Inilah trademark yang selalu kami di SMA AL-KHAIRIAH gunakan saat sahabat lain sedang bersedih kehilangan ibu ayah atau kalah dalam pertandingan.

Allah bersama kita maksud dari trademark tersebut. Sebenarnya ia juga dari sepotong ayat Al-Quran. Sekian entri untuk kali ini.

Semoga semua pembaca diberi ketabahan hati saat bersedih.

Thursday, August 11, 2016

Lagu Kematian

Bismillah...

Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana di beri kekuatan untuk menulis.

Saya sudah lama rindukan zaman blog dan blogger ni. Dahulu kami semua tidak ada Facebook. Malah Twitter pun tiada.

Maka ruang blog ini menjadi ruang penulisan para sahabat lain hingga tercipta jaringan yang ramai dan berkumpulan.

Aha..hari ini topik saya tidak berfokus mana-mana. Cuma saya mahu memberi peringatan bersama. Bahawa kita akan mati suatu hari nanti. Jadi kita sudah bersedia?

Kalau sudah maka beruntunglah, jika belum percepatkanlah.

Kerana
Orang kaya mati
Orang miskin mati
Rakyat biasa mati
Raja-raja mati

Serangkap lirik lagu ini mengingatkan saya tentang sebuah lagu. Jom kita dengar dan layan dulu. Sangat menusuk kalbu.

https://youtu.be/d7bSUxs2cKY

Moga ada manfaat bersama.Sekian. =)

Saturday, August 6, 2016

Laman ini kembali

|Bismillah...| Alhamdulillah, Wassola ala Rasulillah.
Assalamualaikum sahabat blog saya. Lama sungguh tidak menulis di laman sesawang yang dibina sejak Jun 2009 ini.

Hari ini hati terdetik, blog aku kena diselenggara.

Insya allah saya usahakan untuk selalu menjenguk laman ini.

Sudah bersawang malah semak sekali.
Maaf semua. Doakan saya rajin,dan tekun untuk menulis.

Bertemu lagi dalam pos akan datang insya allah.



 Oleh : Khalifah Allah Mar'atul Husna bt Roslan

::Halwa Telinga::

Bloggers Chat Room

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...