~semoga mereka dirahmati Allah~

Dimulakan dengan....

Photobucket

Sunday, November 24, 2013

lAri!

|Bismillah...| Alhamdulillah, Wassola ala Rasulillah

Berlari aku,
Dalam setiap gerak langkah
Mencari erti sebuah mujahadah

Masih berlalri
Sedang yang lain sudah tamat dalam pelarian
aku masih berlari, masih!

Aku berlari bersama sebuah kekentalan
Mendalami erti kehidupan
Yang berwarna kadang-kadang misteri

Masih berlari
Tika yang lain sudah putus asa
Aku mesti lari, lari!

Berlari mencari Redha Allah
Biar ujian yang datang mendekatkan lagi
Aku dengan tuhanku

Oleh : Khalifah Allah Mar'atul Husna bt Roslan

Friday, November 15, 2013

lEmAh

|Bismillah...|
Alhamdulillah,
Wassola ala Rasulillah.

 Sabda Rasulullah: "Dua nikmat yang ramai orang yang tertipu di dalamnya iaitu kesihatan dan kelapangan waktu."Riwayat Bukhari

Aku terlupa, dalam kesibukan kononnya, terhenti kerana demam melanda.
Ujian yang Allah beri, buat aku sedar kembali.

Sihat VS Sakit
Dua term yang sangat berbeza,
Dua nikmat yang  Allah nak uji iman kita.

Di pagi yang hening itu,
Anak usrahku datang melawatku,
Alhamdulillah ku ambil semangat dari situ!

Aku memang lemah,
Allah maha gagah.

Moga dosa-dosa diampuni,
Moga mereka-mereka dirahmati.

Hidup perlu diteruskan,
Cakna dengan ujian,
Perlu faham hakikat dugaan!

Kuat, semangat, boleh!
Insyaallah, La hau la wala quwwata illa billah~

 Oleh : Khalifah Allah Mar'atul Husna bt Roslan

Monday, November 11, 2013

Isi Hati INI

|Bismillah...| Alhamdulillah, Wassola ala Rasulillah.

Khas untuk 'dia'

Bila kau berbicara pasti mengaitkan dengan sirah
Bila bertanya, pasti dia pemula,
Bila dikatakan siapa mahu?
Pasti dia dulu!

Kau yang ku kenal,
Harapnya bukan di kampus sekencang itu,
Tapi berpanjangan hingga ke kampung dan hulu,
Punya tekad mahu membantu,
anak-anak senegeri yang perlukanmu.

Aku yang kau kenal,
Pasti hanya anak pimpinan,
Yang aku tak pasti,
Belum tentu kau rasai apalah sangat nilai ini.

Aku yang kau kenal,
Mungkin hanya pada nama,
tidak pada dalamannya,
siapalah aku disisi matamu dan jiwa.

Kau yang ku kenal,
Setakat ini,
Hanya dalam perjumpaan dan pertemuan,
Hanya sekali terpaksa mengambil barang katanya 'hantaran'
haish

Aku masih panjang perjalanan dibumi ilmu ini,
Kau bakal menjejak alam lain,
Aku masih belajar erti berlari dengan lelah,
Kau bakal mendaki bumi kerjaya sudah.

Aku yang mengenalimu,
Dari lensa kaca,
Dari dua bingkai cermin mata,
Tidak nampak kelemahan-kelemahanmu,
Yang membuat aku tawar hati,
Istiharohku masih di sini, insyaallah.

Sedar diri ini,
Aku bukan layak dari mendekatimu
Aku bukan mereka-mereka yang punya aura populariti
Aku bukan itu!
Aku adalah aku!

Oleh : Khalifah Allah Mar'atul Husna bt Roslan
hanya DIA yang memahami puisi ini =)

::Halwa Telinga::

Bloggers Chat Room

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...