“Sekalipun aku dibunuh, kepercayaanku masih tetap pada Allah yang Esa"
"Ini untukmu Ya Allah. Aku mengharungi kesengsaraan ini untuk mendapat kesenangan di akhirat kelak. Perjuangan ini sememangnya berat, selalu menderita dan sengsara kerana aku sedar untuk mendapat syurga. Aku terpaksa menagih ujian berat, sedangkan neraka itu dipagari oleh pelbagai kesenangan."
kata-kata Zinnirah-srikandi Rom
Istiqomah menurut bahasa ertinya
tetap teguh, terus menerus, konsisten atau teguh pendirian. Umar
al-Khattab menjelaskan tentang istiqamoh dengan berkata:
“Istiqomah itu tetap menurut perintah mengikuti perintah dan menjauhi larangan serta tidak menyimpang daripadanya”
Secara konseptual: Istiqamah adalah berterusan dijalan
yang betul dengan prinsip yang betul,walaupun orang dan masyarakat
sekeliling tidak sehaluan.
Belajar
Mungkin kita buat sesuatu itu dengan
berterusan akan menghasilkan kerja yang baik dan natijah yang
berkualiti. Sebagai contoh, jika kita berterusan mengulang kaji
pelajaran, kita akan bersiap sedia untuk menghadapi sebarang peperiksaan
atau apa jua risiko. Kita tidak menjadi ulat buku di saat saat akhir
kerana ketidakhabisan mengulang kaji semua yang perlu dibaca sebelum
ini! Nah, lihatlah hasil konsisten itu satu yang perlu ketika
belajar.Dengan mengulang kita ingat, ingat dan hafal, hafal dan amalkan,
amal dan sampaikan, insya allah jadi amal jariah.
Susah
Kenapa
Allah lahirkan nabi tiada ibu, tiada ayah? kenapa Allah tak lahirkan
nabi kita dengan kaya raya? Sebab semua ini adalah tarbiah-didikan, yang
mana diri itu akan menjadi lebih berdikari dan jiwanya menjadi jiwa
yang besar bukan pengecut terbuang.
Mesti lalu kesusahan. Kalau tidak 'dia' jadi orang yang gugur. Suka saya membawa perjuangan seorang mujahid Islam yang bernama Mohd Fadhil Nor Presiden PAS <<--klik
untuk baca,sebelum ini, beliau meninggal dunia dalam perjuangan Islam.
Subhanallah, indahnya bila kita mati dalam perjuangan Islam. Istiqamah
beliau dalam perjuangan Islam hingga akhir hayat. Berterusannya beliau
hingga dipenghujung usia masih terlibat menyambung rantai-rantai
perjuangan ISLAM.Tidakkah kita mahu hidup kita di dunia ini dinilai
dengan pahala yang banyak dan berakhir dengan baik?
Ibadah
“Daripada Aisyah r.ha., Nabi Muhammad
SAW bersabda: “Wahai manusia lakukanlah amalan mengikut keupayaan kamu.
Sesungguhnya Allah tidak jemu sehinggalah kamu jemu. Amalan yang paling
Allah sukai ialah amalan yang berterusan walaupun sedikit.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Menurut keterangan daripada Syarah Sahih Muslim:
“Amalan yang sedikit tetapi berterusan
adalah lebih baik daripada amalan yang banyak tapi terputus. Ini kerana
amalan berkenaan menyebabkan seseorang itu melakukan ketaatan, berzikir,
berwaspada dan mendampingkan diri kepada Allah secara berterusan.”
Ilmu tanpa amal adalah ibarat pokok yang tidak berbuah.
“Ilmu tanpa amal, gila dan amal tanpa ilmu, sia-sia.” (Al-Ghazali)
Kaitan Istiqomah dengan Niat.
عن أمِيْرِ المُؤْمِنِيْنَ أبِيْ حَفْصٍ عُمَرَ بْنِ الخَطَّاب رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: سَمِعْتُ رَسُولَ ا للهِ صلى الله عليه وسلم یَقُولُ: إِنَّمَا الأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى فَمَنْ كانت هِجْرَتُهُ إِلىَ اللهِ وَرَسُولِهِ فَهِجْرَتُهُ إلى اللهِ ورَسُولِهِ
وَمَنْ كانَتْ هِجْرَتُهُ لِدُنْيَا یُصِيْبُهَا أَوِ امْرَأَ ةٍ یَنْكِحُهَا فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْه
Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin ‘Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
“Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu
bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa
yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan
RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang
hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana
seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah
perkara yang ditujuinya itu.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
عن أبي عمرو وقيل أبي عمرة سفيان بن عبد الله قال: قلت یا رسول الله! قل لي في الإسلام قولا لا أسأل عنه أحد غيرك. قال : قل آمنت بالله ثم استقم
Daripada Abu `Amru atau digelar juga Abu `Amrah Sufian ibn Abdullah r.a. beliau berkata: Aku berkata: Wahai Rasulullah! Ajarkan untukku dalam lslam suatu ucapan
yang aku tidak perlu lagi bertanya kepada orang lain selainmu. Baginda
bersabda: Ucapkanlah: Aku beriman kepada Allah. Kemudian hendaklah
engkau beristiqamah. (Riwayat Muslim)
Cara-cara memupuk sikap Istiqomah.
Terdapat beberapa faktor lain yang dapat menjana sikap istiqamah dalam beribadat:
Ilmu yang mantap tentang ibadah tersebut.
Bersahabat dengan orang yang istiqamah
Menghayati sirah orang-orang yang istiqamah
Mujahadah melawan nafsu
Doa memohon pertolongan Allah SWT
p/s:
Semoga kita menjadi orang yang ISTIQAMAH dalam semua kebaikan yang kita
usahakan untuk menjawab semua amanah yang diberi oleh Allah dengan baik
di Akhirat nanti.
• Nama: Muhammad bin 'Abdullah bin 'Abdul Muttalib bin Hashim
• Tarikh lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (dikenali sebagai tahun gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Ka'abah)
• Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah
• Nama bapa:'Abdullah bin 'Abdul Muttalib bin Hashim
• Nama ibu: Aminah binti Wahab bin 'Abdul Manaf
• Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) • Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)
• Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Sa'diah (lebih dikenali Halimah As-Sa'diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah) USIA 5 TAHUN
• Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalamnya. USIA 6 TAHUN
• Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa' (sebuah kampung yang terletak di antara Mekah dan Madinah)
• Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya 'Abdul Muttalib. USIA 8 TAHUN
• Datuknya, 'Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
• Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib. USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).
• Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan.
• Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu. USIA 20 TAHUN
• Terlibat dalam peperangan Fijar. Ibnu Hisyam di dalam kitab 'Sirah' , jilid 1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
• Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul'; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Mekah. USIA 25 TAHUN
• Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.
• Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah..
• Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
• Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham. USIA 35 TAHUN
• Banjir besar melanda Mekah dan meruntuhkan dinding Ka'abah.
• Pembinaan semula Ka'abah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Mekah.
• Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan 'Hajarul-Aswad' ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut. USIA 40 TAHUN
• Menerima wahyu di gua Hira' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman. USIA 53 TAHUN
• Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.
• Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M. USIA 63 TAHUN
• Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12Rabiulawal tahun 11H/ 8 Jun 632M.
Aku berlindung dengan mu ya Allah dari syaitan yang direjam..amin..
Nama sebenar : IBLIS LAKNATULLAH. Nama glamour : hantu,syaitan,pelesit,jembalang,langsui dll Kelahiran : Bermula dari keengganannya sujud kepada Nabi Adam a.s Status diri : Fasik kelas pertama Agama : Kufur Tempat Tinggal : Di hati-hati mereka yang lalai Alamat Tetap : Neraka jahanam Kawasan : Di Setiap penjuru yang di dalamnya tiada usaha lansung untuk mengingati Allah Arah perjalanan : Tiada haluan dan bengkang bengkok Isteri : Setiap wanita yang tidak menutup aurat, tidak mentaati Allah,Rasul dan suaminya Kaum kerabat : Semua golongan yang menentang dan memusuhi Allah Modal pusingan : Angan angan kosong dan tipu daya yg halus
Tempat pertemuan : Konsert-konsert hiburan,Pasar-pasar dan di semua tempat jual beli Musuh ketat : Setiap orang Islam yang beriman dan bertakwa Sahabat karib : Anak-anak Adam Motto kerja : 'Hipokrasi asas akhlak' Hobi : Melalaikan orang dari mengingati Allah, menggoda manusia lalu menyesatkannya Cita cita : Supaya semua makhluk di muka bumi ini menjadi kafir Sukan (yg tidak digemari) : Acara Langkah seribu (Semasa Malaikat Maut ingin mencabut nyawa) Kelemahan diri : Bila Manusia membaca istighfar Mentor yg dikagumi : Manusia yg mempunyai berkelebihan lebih dari dirinya Logo : Sebarang tatu Pejabat operasi : Tandas,bilik air, tempat yang bernajis dan kotor serta tempat-tempat maksiat Rakan kongsi : Golongan munafik serta syaitan-syaitan dari kalangan jin dan manusia Sumber pendapatan : Segala harta yang diperoleh dengan jalan haram dan riba Jenis perkhidmatan : Menggalakkan manusia mengerjakan kemungkaran dan derhaka terhadap Allah SWT
Tempoh perkhidmatan : Sehingga hari khiamat Matlamat Sebenar : Membawa Anak cucu Adam bersama-sama ke Neraka Jahanam Teman sejawat : Orang yang suka mendiamkan dirinya dari menyatakan kebenaran Ganjaran : Dosa-dosa kecil/besar dan kemurkaan Allah Pembantu setia : Orang yang suka mengumpat, mencaci, memaki hamun, menghasut, pendengki dan pendendam Peristiwa yg tak dapat dilupakan : Semasa Allah menjadikan Nabi Adam a.s Kenangan manis : Di waktu manusia diambang shakratulmaut, mati dalam kekafiran Kenangan pahit : Manusia yg digodanya mati dalam keimanan Makanan kegemaran : Daging orang mati, segala najis dan kotoran Minuman yg digemari : Wiski,brandi,taqila,todi,wine,arak dan semua minuman yg memabukkan Yang paling ditakuti : Orang mukmin yang bertakwa Yang paling dibenci : Orang yang sentiasa berzikir dan mengingati Allah
Alat perangkap : Wanita-wanita cantik,model,pelacur,pragawati,dan sebagainya Saat ajal : Bila tiba waktu yang ditentukan Allah di hari kiamat kelak Yg paling membosankan : Bila tiada lagi manusia yg mahu mengikuti kemahuannya Tugas yg paling meletihkan : Menganggu manusia kearah kebaikkan kerana Allah Taala Tugas yang paling disukai : Mengajak melakukan Homoseks,lesbian dan berzina Janji kepada manusia : Janji janji kosong,angan angan dan tipu daya Yang membuatnya gembira : Manusia yg mengikut jejak langkahnya Saat yg mendukacitakannya : Manusia yg mempunyai cita cita untuk bertaubat Yang membuatnya menangis : Bila Manusia yg disayanginya sujud kepada Allah SWT
Aku berlindung dengan mu ya Allah dari syaitan yang direjam..amin..