~semoga mereka dirahmati Allah~

Dimulakan dengan....

Photobucket

Monday, April 25, 2011

beban BUKAN alasan



ke mesyuart Nisa' tadi..

aku diberi amanah dalam organisasi sesi 2011..

Ya Allah jauhilah dari sifat culas dan khianat..sempurnakan amanah ini..

istiqomahkan lah kami semua.. lindungilah hati-hati ini dari cinta pangkat dan cinta dunia..
KERANA..


kecintaan pada dunia yang perlu dibatasi.. ketika turun wahyu untuk terus istiqomah dalam kebaikan, Rasulullah rasa tanggungjawab itu sangat berat sehingga wajah baginda nampak lebih tua dari usia. kekuatan itu hanya milik Allah.. selamanya KEKAL!!!

aku masih disini..memuhasabah diri..amanah yang kupikul...kian bertambah...dari hari ke hari...


kuharap jua...pahala mengiringi..dan ditetapkan Iman di hati ini..


ingatlah diriku...ramai lagi di luar sana...


berjuang habis-habisan untuk menegakkan syiar
Islam..ramai lagi yang tak pernah berhenti dari berjuang..
bagi menjulang kalimah LAILAHAILLALLAH..

subhanallah..hebatnya Allah..dia tak memberi sesuatu amanah dan beban itu jika kita tak mampu..surah Baqarah; tidak aku bebani sesorg itu jika dia tak mampu..

senyum dan teruskanlah perjuangan kita yang masih panjang..


Tersenyumlah kepada siapa saja nescaya anda akan mendapat cinta kasih mereka. Haluskan tutur kata anda nescaya mereka akan menyintaimu. Dan rendahkan hati kepada mereka, nescaya mereka akan menghormati anda :)

sesungguhnya sunnah berjuang terbentang duri dan omabak besar,
dalam kepayahan, ada terselit jutaan hikmah..







kata2 dari kak Senior ku..
Kak Mardiah:

Semakin masa berlalu, semakin bertambah beban dan tugasan. Liabiliti manusia tidak terhad.

Namun; "inna ma'al 'usri yusra"! Usah mengidamkan keselesaan, kerana sungguh!..tanggungjawab itu lebih banyak daripada masa yang ada. ~Adakah kita sedang 'selesa'?? cek smula hidup.. di mana portion untuk Allah, family, masyarakat dan diri~ ..



Ya Allah, matikanlah kami di atas jalanMU..

Doa saya sentiasa mengiriringi kejayaan semua sahabat sperjuangan di mana sahaja kalian berada.

go! go! go!. tebus kakalahan lalu, tapi jgan lupa niat tuk ALLAH dan ISLAM tercinta di sampingkan rapatkan ukhuwwah.. moga ALLAH hadiahkan kejayaan yang terbesar buat kalian..
kita berjuang kerana Allah..

sesungguhnya tanggungjawab kita banyak..tanggung di dunia dan jawab di akhirat..



dan
semoga syurga menjadi milik kita..amiin..




p/s: umur itu amanah sebenarnya..renungan bersama..






Sunday, April 24, 2011

redha GURU

kelmarin

ibu bercerita kepada ku tentang

seorang anak didiknya yang melakukan aksi kurang baik terhadapnya..

dia seorang pengawas
juga seorang pelajar yang cukup rapat dengan cikgu yang juga IBUKU

suatu hari sport check telah dilakukan
handsetnya turut dirampas

ibuku yang juga seorng guru disiplin memegang barang-barang rampasan

pelajar itu berjumpa ibuku dan men"sound" dengan 'sound' yang cukup dahsyat

TERSENTAP hati ibuku

guru-guru yang berada dalam bilik guru itu juga bagai terkena sentuhan ais di kutub utara
mereka ter'pana'
buat seketika..


pilu,hancur,hiba.sedih hati ibuku...


bila pelajar itu keluar dari bilik guru itu

semua guru yang melihat kejadian itu menyumapah-nyumpah dan memarahi dia..

kita lucut jawatan dia..

mulut tak beradab..

itulah ucapan guru-guru itu

ibuku hanya berdiam


tenaga pendidik (guru2 itu) melakonkan balik watak2 yang terjadi sebentar tadi kepada guru2 yang baru tiba ke bilik guru setelah habis sesi belajar.

panas bilik guru itu dengan isu pelajar yang masih belum 'membaiki' akhlaknya tadi..sudah tidak meminta maaf..pergi dengan sombongnya..

ibuku masih bersabar..
berdoa kalau betul cikgu yang salah tunjuk kan lah..


kalau marah pun jangan lah begitu dengan guru kamu..
bila malam menjelma barulah pelajar itu menelefon ibuku
meminta maaf
sambil menangis


YA Allah, sungguh cepat tuhan memakbulkan doa..
palajar itu rasa tidak tenang kerana semua guru tidak senang dengannya..

jangan buat guru kamu memarahi kamu..

redha guru sangat penting..barulah ilmu itu ada berkat dan rahmah..



esok..kita belum tentu hidup..maafkanlah semua..dan mohon maaflah..



Monday, April 18, 2011

PEMERGIANMU




PEMERGIANMU

Sedih dengan pemergian seorang insan yang cukup baik akhlaknya..

umur baru 17 tahun TAHUN INI..Presiden Badan Dakwah SMA Al-Khairiah,Temerloh..

M. Faiz b Jamaludin..


terlibat dengan kemalangan jalan raya..

al fatihah buat dirinya...




kata2 darinya- "kita ini berkongsi ilmu..bukan menunjuk ilmu"

berjuang dia dengan segala kelebihan yang Allah beri untuk Islam yang dicintai..

pergi seorang pejuang Islam..
insyallah diganti dengan beratus-ratus lagi yang berjuang dengan Ikhlas..








moga rohnya dicucuri rahmat dan kasih sayang Allah dan ditempatkan di kalangan para syuhada'...amiin.....


p/s: kematian datang tiba-tiba..mari kita bersedia..


your sincerely:-zinnirah

hari lahir DAN SAAT ITU...


Photobucket
HARI LAHIR

semalam genap sudah usiaku 19 tahun

ALHAMDULILLAH..bersyukurlah atas nikmat-NYA..



Iman dan Islam..




sedar tak sedar sebenarnya kita ini bukan bertambah usia...tetapi berkurang usia..

eh betul ke ayat tu 'berkurang'??


maksudnya usia kita telah di tetapkan Allah sampai satu masa sampai situ je la umur kita



contohnya, umur dia sampai 17 tahun sahaja..
maka Allah tak kurang kan walau setahun dan tak tambahkan walau setahun umurnya..



so, kalau kita dah naik umur dah tambah umur sebenarnya kita dah nak dekat dengan saat itu

KEMATIAN


dan ingatlah selepas itu kita akan dikembalikan..bertemu untuk dihisab di HARI AKHIRAT..


p/s:APA persiapan kita untuk alam barzakh?dihisab?meniti titian sirat??syurga?

Sunday, April 17, 2011

MUET










ALHMDULILAH..
ALLAHUMMA SOLLI ALA MUHAMMAD..
berlalu sudah test Muet(Malaysian University English Test)

Ujian tersebut mengandungi;-
*Speaking
*reading

*listening

*writing

perlu kepada persediaan yang rapi dan baik..

walaupun dah habis kita SEBENARNYA akan terus MELALUI test2 atau ujian2 atau mehnah atau cabaran2...

juga perlu kepada persediaan Iman yang mendalam..
dalam kita mencari Redha nya..


UJIAN IMAN
Dengan hadirnya ujian itu ALLAH berkehendak mengorek apa yang tersembunyi dalam hati hamba Nya, sebagaimana yang tertera dalam hadist Qudsi:

“ALLAH berfirman kepada malaikat malaikat NYA: pergilah kepada hamba-KU.lalu,timpahkanlah bermacam macam ujian karena aku ingin mendengar suaranya”(HR.Thabrani).

Iman manusia turun naik...so, sama2 kita teguhkan Iman dalam diri dan ajaklah orang lain..

kadang ujian yang datang mencabar kekuatan Iman kita..
semua ini tak lain dan tak bukan adalah bertujuan untuk menguji kita ini seorang hamba yang layak atau tidak mendapat SYURGA Allah yang cukup mahal.....


Hal ini ditegaskan ALLAH dalam AL-QUR’AN surat Al-Ankabut Ayat 2-3 : “Apakah Manusia mengira bahwa mereka dibiarkan mengatakan,kami telah beriman,sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang
orang sebelum mereka,dan benar benar ALLAH mengetahui orang orang yang benar dan mengetahui pula orang orang yang dusta”.

kadang ujian datang ketika kita senang atau selesa dengan nikmat yang diberi...
sedar tak sedar IMAN mula terhakis...
Perlu diketahui, ujian yang datang tidak semata berwujud kesusahan dan kesakitan,



SEMOGA KITA TETAP DENGAN JALAN NYA
Ya Allah pimpinlah kami ke jalan MU..

tetapkanlah hati kami dijalan MU...

TarbiaHlah diri kami ini...

AMIIN..

WALAU apapun kita...kita still hamba Allah...teruskan hidup dalam IMAN dan Islam bersyukurlah kita masih berada dalam dua nikmt terbesar itu..masih ada manusia yang tak mendapat Hidayah ITU........


Wednesday, April 13, 2011

muhasabah

di sini saya ingin berkongsi beberapa cara untuk bermuhasabah, semoga dapat memberi manfaat.


01.Mengingati mati. Ini cara terbaik untuk bermuhasabah. Mengingatkan diri tentang kematian yang pasti terjadi membantu kita mengkoreksi diri. Secara tidak langsung menjadi pendorong untuk kita menambah amal kebaikan.

02.Mengingati kelemahan diri. Dengan kita menilai kelemahan diri kita secara tidak langsung membantu dalam memperbaiki kelemahan diri. Cara lain ialah dengan menukar kelemahan itu menjadi kekuatan. Sebagai contoh kita cuba kurangkan sifat suka berkata perkara-perkara lagha dengan berzikir, mungkin nampak jauh sangat perbezaannya, namun andai cuba diamalkan, InsyaAllah akan jadi kekuatan akhirnya.

03.Tidak membesarkan kekurangan orang lain. Janganlah dibesar-besarkan kekurangan orang lain kerana hakikatnya Allah menutup-nutup kekurangan kita. Andai kita menutup kelemahan orang lain, Allah akan melindungkan kelemahan kita.

04.Menjadikan kebaikan orang sebagai kayu ukur untuk kita. Dalam hal amalan kebaikan, amatlah wajar untuk kita meniru orang lain. Jadikan ia sebagai penanda aras untuk kita dan letakkan sasaran untuk menjadi yang lebih baik dari orang lain.

05.Menjadikan Rasulullah SAW sebagai ikutan utama. Sangat jelas bahawa Nabi junjungan mulia contoh terbaik buat kita. Mulakan dengan mengamalkan perkara-perkara yang menjadi sunnah baginda.

06.Berdoa sebanyak-banyaknya agar Allah mudahkan kita untuk berubah dan memperbaiki diri. Allah yang memegang hati kita dan Dia jugalah mampu membuka hati kita untuk suka kepada kebaikan dan membenci kejahatan. Hidayah itu milik-Nya jua.

Sahabat-sahabatku, Marilah kita sama-sama bergerak dan bertindak ke arah perubahan yang InsyaAllah mengundang redha Allah, biiznillah.

Doakan moga kita berjaya bermujahadah ke arah kebaikan dan kekal istiqamah dalam beramal..ameen. Wallahualam...

Monday, April 11, 2011

Raihan - Syukur


bersyukurlah...atas segalanya....

betapa banyak nikmat yang Allah kurniakan kepada kita

tak terkata lagi.......


syukur...........

ALHAMDULILLAH...



:-zinnirah

accident ngeri+pengalaman baru


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini) no-repeat;">

ambil ikhtibar dan hikmah yang tersurat lg tersirat............



mula2 nak naik kereta jiran sebelah,tapi setelah difikirkan ada urusan lain..kami bertiga pun berjalan kaki ...

memang rumah dalam taman perumahan yang kami "hinggapi' sebentar ini tak jauh pun dari destinasi yang kami ingin tuju sebentar lagi...Multaqa Nuqaba'...........................


menuju bumi SMA AL-KHAIRIAH tercinta...


sepanjang perjalanan kami rancak berbual...maklumlah, akan bertemu dengan adik-adik yang dahagakan tarbiah dan nasihat..







IMABAS KEMBALI:



malam tu kami tidur jam 1 pagi..

hal ini kerana Ummu belum lagi menyiapkan slide nya untuk pembentangn pd hr esok..

huh, nama sahaja MULTAQA NUQABA'-kalau tidak merancang dengan baik penyampai akan berterabur...



puaslah Sakienah Hasnun...membantu kami menyiapkan slide2...memg cantik lg menarik..

terima kasih tak terhingga buat Sakienah...moga Allah membalas jasa mu..



esok,ana di amanahkan bersama Ummu untuk memberi ceramah/penerangan/nasihat untuk bakal2 naqib dan naqibah..


Slot 1-Rukun Usrah(UMMU)

Slot 2-Penerangan Perlaksanaan Usrah(ana)

memg nampak simple..tapi kalau tak ada persediaan mahu tak sampai objektif penganjur..yg mereka mahu A kami bagi Z..kan berbeza..

jadi malam itu kami pulun habis...nak siapkan jugak persiapan yang terbaik buat adik-adik naqib dan naqibah nanti...


sambungan............





lokasi: depan bus stop sekolah ABS,Temerloh

sedang kami rancak berbual..dan sedang dalam perjalanan ke Khairiah dengan kaki kami...

ada sebuah kereta gen 2 sedang menurunkan anaknya yang ingin ke sekolah di seberang sana..oh ye, ABS sekolah hari Sabtu ni sebab mereka ada gotong royong....


tiba2.............




satu dentuman kuat terdengar...

aku nampak dengan mata kepala ku sebuah kereta Iswara yang cukup laju....melanggar kereta gen 2 itu......

di bahagian belakang gen 2 itu habis renyuk.......

aku terus terpana...aduh..........

bagaimana,dengan keselamatan Ummu dan Sakienah kerana mereka betul2 berada dekat dengan Iswara itu.................


bukan 'dekat' biasa-biasa...kerana Ummu kata dekat je bumper kereta iswara yang dah terburai tu dengan kepala lututnya..

Imbas:

saat itu hanya tuhan yang tahu, kulihat kaca2 dari kera Iswara itu terpelanting ke arah sahabatku Ummu dan Sakienah..

aku berjalan di belakang mereka,aku saksikan segalanya...




dalam masa satu saat: perkara ini berlaku serentak...........

aku nampak BIRU pucat habis bibir pemandu Iswara itu............terhantuk pada stereng kereta.

aku lihat dengan mata kepalaku penumpang di sebelah pemandu kereta Iswara itu terhantuk ke cermin hadapan kereta dengan dentuman yang cukup kuat........sehingga.......retak cermin kereta Iswara itu...apa dah jadi dengan kepala dia...


inilah akibat tidak memakai tali pinggang...

aku saksikan kereta gen 2 yang dilanggar belakang itu berjalan sendiri..

aku lihat Ummu dan Sakienah terkejut hingga terhenti kaki mereka...





betul2 disebelah kaki Ummu kereta itu terbabas...

sian nya...

lalu ku saksikan pemandu kereta gen2 itu pun keluar...
menyelesaiakan apa yang patut

ramai orang datang...
segalanya
sekelip
mata

tak sampai satu minit...

ramai pelajar2 mengelilingi pagar sekolah mereka ingin melihat kejadian itu...aduh
sianya mereka berdua(kereta Iswara)


nampak
kedutan2
didahi mereka...


2 anak muda lelaki itu pucat lesu mereka...mungkin kereta ayahnya..kataku dalam hati...

habis hancur bahagian hadapan kereta Iswara itu......

alhmdulillah
aku sangat bersyukur pada Allah sangka ku Ummu dan Sakienah akan disapu oleh Iswara laju itu..

mungkin pada hari itu tujuan kami baik, Allah tunjuk kan kekuasaanya pada kami...selamat kami...alhmdllh..

alhmdlh juga kerana tiada kematian yang berlaku...

cuma kami masih trauma...

kerana kejadian itu berlaku di depan mata kami...eh bukan depan sebelah kami...=)


sujud syukur.......


memg tak terkata kami...dengan kejadian itu..

jam sudah menunjukkan pukul 7.30pagi...

slot Ummu pukul 8 pagi
ana 9.oopagi

ketar lutut Ummu menyaksikan segalanya..puas Sakienah memeluk Ummu yang tiba2 hilang semangat...

lalu kami terpaksa meninggalkan kejadian ngeri itu ....

kerana ada destinasi yang belum tiba lagi...


gambar ini hanya gambaran semata-mata

sampai di khairiah: kami bertiga duduk di kerusi2 yang disediakan di hadapan bilik komputer...

masing2 menelefon ibu bapa masing2 menceritakan kejadian accident yang nyaris meragut nyawa...



setelah itu kami pun menyambung amanah yang diberikan pada kami iaitu 2 slot untuk adik2..............


Ummu yang pada mulanya cuak+trauma dengan kemalangan itu ...kata Ummu inilah kali pertama dia memberi ceramah......
ku lihat,
petah pula kata2 nya...terpukau hadirin mendengar dengan unsur2 humor yang di bawa UStazah Ummu...


insya allah bakal lahir lg ramai pendakwah lepasan Khairiah bumi Waqafan ini...




alhmdlh..........

selesai sudah Multaqa Nuqaba' kali ini...adik2 yang dihimpun sebagai naqib dan naqibah sudah pun mempraktikkan apa yang kami sampaikan pagi itu pada jam 11.00pagi...setelah kehadiran ahli usrah mereka..

tahun ini nampak bagus. sebab mereka menubuhkan 3 sekali usrah iaitu form 1,2, and 3...


semoga kalian terus berusaha ...istiqamahlah usrah kali ini........





dikesempatan ini ku ingin berkongsi sedikit luahan hati 2 kejadian pada hari itu
(accident dan Multaqa Nuqaba')


1. Bersyukurlah dengan dua nikmat terbesar iaitu Iman dan Islam..alhmdlh....
bersyukurlah selalu....


2. Bila Allah nak tarik nyawa seseorang dia kan tarik bila samapai ajalnya..tak dilambatkan walau sesaat,tak dicepatkan walau sesaat..

3. bertaubat lah selalu atas segala dosa2 yang kita tak sedar atau tak sedar..kerana kita tak tahu bila kita mati..

4. bersedialah untuk menjadi kuat dan tabah..di saat kejadian sedih dan terkejut berlaku pada anda..

5. rebutlah 5 perkara sebelum datang 5 perkara

6. manfaatkan usia yang ada dengan kebaikan

7. Istiqamahlah dalam melakukan sesuatu sunnah

8. belajar untuk menghadapi perkara luar jangka.. Ambillah peluang untuk terus belajar dan mengajar..
9. tolong lah orang lain- nescaya Allah akan membantu kamu-surah muhammad ayt 7pertolongan Allah sangat dekat
10.kemahiran komunikasi sangat penting dalam menyampaikan sesuatu,contoh unsur humor dll.

inilah sedikit kenangan pada hari itu 9 April 2011, Sabtu jam 7.00pagi hingga 1 petang..

alhamdulillah tarbiah yang terbaik adalah dari Allah

kita diciptakan ada tujuan..bukan sia2..

rebut peluang dan ruang yang ada..

manfaatkan ilmu yang dipelajari.......

berjuang demi Islam...

min ana: zin












::Halwa Telinga::

Bloggers Chat Room

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...