hari Jumaat yang lalu adalah hari dalam sejarah dalam kehidupanku..
yang mana saat itu hanya aku dan adik ku huda berada dirumah
aku dengan penuh debaran menunggu saat result UPU dikeluarkan bagi semua lepasan STPM dan setaraf dengannya termasuk diriku STAM.
bila klik link nak tengok resut upu tu,betapa terkejut nya aku...UIA-bahasa Arab...
alhamdulillah,rezeki. itu je luahan hatiku..huda juga gembira tak terkata(tengok muka dia je la)
mungkin berkat solat dhuha...
minat
bidang bahasa Arab ni memang idaman ku sejak belajar Nahu dengan Ustazah Rahmah(guru form 4) di SMA Al-Khairiah dulu..
memang itu juga impian ku...semasa FORM 5..duduk asrama jap semasa SPM dah dekat...mengajar sahabat-sahabat bahasa Arab memang menjadi kesukaan ku..
tapi, makin ku ajar makin banyak sebenarnya yang aku tidak tahu...aku juga perlu belajar untuk tahu..mahu mencetuskan tahu!!
sebenarnya, sejak tingkatan satu aku telah di hantar oleh ayah ke rumah seornag ustazah ni
nama ustzah tu USTAZAH MAISARAH ABD JALIL...belajar nahu..belajar mengenal feel, isim dan harf...
namun ustzah Maisarah telah meninggal dunia ketika aku di tingkatan 5..
alhmdlh...aku semat menutip mutiara2 dari ustzah ini..
dan insya allah akan ku dalami lg BAHASA ANTARABANGSA ini..
minat ku bertambah lagi... ketika di KULLIAH ,Pekan
memang tak terkata bertapa aku jatuh cinta dengan bahasa ahli syurga ini....
kalau boleh nak jumpa ustzah Junainah selalu..
guru subjek nahu dan sarf dikelas ku(fuqaha')KULLIAH..
sangat tabah dan sabar mengajar dan mendidik kami..
masih boleh tersenyum melihat ada di kalangan anak2 muridnya tertidur ketika dalam kelas..
namun beliau terus mengajar dan mengajar..nahu...-faa'il,na'at,hal... sarf-fiil sulasi mujarradan...itu yang masih ingat..
insya allah terus cuba mendalami ilmu ini..
terima kasih ustazah...
jasamu tidak terbalas...
tak lupa juga buat uzt RUZLAN..ustzh Pakitah..ust M. ZAIN...ustz Apidah dan semua guru2 yang pernah mengajar dan mendidik ku...syukran jazilan...
moga ilmu yang diberi bermanfaat buat diriku dan orang lain...
jom dengar lagu ARAB
rezeki
bila call kawan-kawan
"saya USIM-pegajian Quran Sunnah"
"dapat UUM....."
"saya dengan .....................dapat USIM"
"saya je sorang dapat UTM???"
itulah antara dialog yang didengar...
apa-apa pun kita telah ditakdirkan di situ..
dan ada hikmah yang besar..
bersyukurlah walau di mana kita berada...yang penting niat kena betul(peringatan untuk diri ini juga)
rezeki Allah itu dimana-mana..
Ya,Allah itu maha ADIL..
terus berjuang dalam menuntut ilmu! mogakita bermanfaat buat ummah...
em........
ada yang tak dapat U..mereka dah masuk kolej-kolej...
jangan sedih,jangan kecewa...kerana hidup bukan untuk gagal..
mungkin rezeki bukan masa sekarang..Insya allah ada yang terbaik dari Allah..
Dan boleh jadi kamu benci sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu sesuatu padahal ia buruk bagi kamu,dan (ingatlah) ALLAH jualah yang mengetahui (semuanya itu) sedang kamu tidak mengetahuinya. : Al-Baqarah (216)
kejayaan hakiki bila kita mendapat keredhaan dan SYURGANYA..
ya allah, ya haadi,yang maha pembimbing..
pimpinlah kami...
bimbinglah kami..
ke taman-taman ILMU MU..
ya aziz, ya qowwi, ya matin,
ya Allah yang maha mulia,
muliakanlah kami dengan ilmu MU
ya Allah ya qowwi yang maha Kuat,
kuatkanlah hati kami menghadai ujian yang mendatang..
ya Allah ya matin, yang maha teguh..
teguhkanlah perisip hidup kami berlandaskan islam..
amiin..
moga kami dijauhkan dari sifat mazmumah...yang menghalang cahaya ilmu itu masuk ke hati yang gelap itu.........na'uzubillah..
p/s: jom istiqamah dengan solat Dhuha!
REZEKI ALLAH yang bagi..