~semoga mereka dirahmati Allah~

Dimulakan dengan....

Photobucket

Tuesday, August 6, 2013

..::Melentur buluh biarlah dari rebungnya::..


Masyaallah, hebat anak ini
kecil-kecil di didik
dengan bacaan Al-Quran.
subhana allah~

bercita-cita ^^
insya allah~

Ramadhan ....


|Bismillah...|
Alhamdulillah,
Wassola ala Rasulillah.

Bersyukur kepada Allah kerana masih di berikan kepada kita merasai Ramadhan tahun ini, ALHAMDULILLAH. Sedar  tak sedar, hari ini sudah 28 Ramadhan. Masyallah.

Mungkinkah kita bertemu lagi dengan Ramadhan akan datang? Kesibukan dengan persiapan raya bakal melupakan Ramadhan yang bakal pergi. Sedih dan pilu hati-hati mereka yang amat rindukan bulan ini.

Berjumpa Ramadhan kali ini merupakan nikmat yang bernilai lagi berharga. Mana mungkin kita sisa-sisakan. Kedengaran lagu-lagu raya di corong-corong radio dan di deretan-deretan kedai. Malah sebenarnya sudah terdengar di sebuah kedai dari hari pertama puasa Ramadhan lagi!

Pernah dengar dari sahabat yang berada di Mesir bahawa mereka tidak mendengar satu pun berkenaan RAYA. Allahurabbi, berbeza sangat dengan negaraku.

Makna Aidilfitri hanya bermakna buat mereka yang betul-betul memanfaatkan Ramadhan mereka. Apakah kita merasa sudah cukup amalan di bulan Ramadhan ini? Apakah kita merasa berpuas hati?

Ayuh, audit diri:
1) Sabar
2) jujur dan Amanah
3) Berdisiplin
4) Infaq
5) Istighfar

Muhasabah! Mungkin  ini Ramadhan terakhir kita.
Update dan Upgrade IMAN kita!

Monday, August 5, 2013

taHAjud ciNta

Pagi yang indah
tahajud cinta
nikmat tak terkata

Beruntunglah mereka
Dipilih dalam kalangan terpilih
bangkit beribadah pada-Nya

Pagi hening itu
rasa tenang
rasa punya kekuatan

Rupanya Allah nak
hadiah taklifan
Amanah bukan dibanggakan

Gelap masih lagi nampak
di ufuk awan
renungan demi muhasabah

Allah ciptakan langit tanpa tiang
melihat ciptaan-Nya
berzikir tanpa henti
memuji dan membesarkan-Nya

pinta kekuatan pada-Nya
maha pemberi cinta
semua hanyalah kerana DIA.

[Maka nikmat Tuhan MU yang manakah engkau dustakan?]
Subahanallah..

nukilan:
Mar'atul Husna Roslan
Darul Amin Sungai Gau.

Sunday, August 4, 2013

bakTI

Bakti buat ibu bapa
sudah pulang ke gagang
terus berjasa pada mereka

Jejak demi jejak
turunan ilmu memasak dari si ibu
nasihat demi nasihat dari sang ayah

buatlah kebaikan dengan menurut kata mereka
taat dan setia
jua amanahlah!

hargai susah senang
mereka dalam membesarkan kita
sayangi dan kasihilah

solat jemaah, tazkirah, 
usrah dan ma'thurat
berjemaahlaah

Kenali watak mereka
ceria dan bahagiakan 
moga menjadi penyejuk mata
ayahbonda.

moga dalam usrah mawaddah
wa rahmah <3 b="">




tersentap!
dengan satu post di fb:

|Bismillah...|
Bahagiakan dulu ibumu.
Jangan mimpi dapat membahagiakan Hawa lain sebelum membahagiakan ibumu. 

Sabar.

Hawa itu akan datang bila ibumu bahagia.






begitu juga dengan aku!
nak ustaz Adam kena
usaha jadi ustazah hawa
nak imam muda
kena jadi makmum setia
nak jadi ibu mithali
turuti langkah ibu sendiri 

tak gitu? =)



Tuesday, July 30, 2013

Pahit Manis Sang Pencari Ilmu-Part 7

Ketika kakinya melangkah ke bilir air, sekali lagi dia terdengar bunyi, "ting.. ting.. ting" Misteri sungguh! getus Zinnirah.Melajukan langkah membuatkan darah dan jantung Zinnirah mula makin racak berdegup. Dia kuatkan hati sambil membaca ayat kursi. "ting .. ting.. ting.. ting.." bunyi itu dalam bilik air telah kedengaran dari luar lagi. Zinnirah mula memikirkan yang bukan-bukan. Dia terbayang-bayang yang sahabat-sahabatnya pernah cerita ada peneman bagi sesiapa yang bangun tengah malam. Tiba-tiba tika  Zinnirah masuk ke dalam bilik air dengan  kaki langkah pertama itu, keluar seekor kucing yang berwarna hitam bulunya dengan loceng berkalung di leher berdeting " ting.. ting.. ting.."Kucing rupanya!
astaghfirallahalazim... berderau darah naik bulu roma  Zinnirah terkejut. Disangka bunyi apa, rupanya si kucing yang keluar dari bilik air.Mungkin diakah yang menunggu bilik air ini? Mungkinkah dia yang dikatakan peneman itu? Alhamdulillah Allah, terkejut masih ada.  Zinnirah menuju ke tempat mengambil wuduk dan memulakan dengan Bismillah. Malam-malam begini memang menguju iman, nak bangun beribadah? atau menarik kembali selimut dan tidur kembali! Perkuatkanlah diri mencari redha rabbi!


"Ya Allah permudahkan urusan ku, kuatkanlah aku bagi melaksanakan amanah dan taklifan ini, berilah kekuatan kepada ku bagi melaksanakan ibadah kepada mu.." Amiin Ya Rabb. Selesai berdoa.  Zinnirah mula menyelak halaman buku Syarah Ibnu Aqil. Kitab yang zaman berzaman menjadi turun temurun di medan ilmu khususnya dalam bidang Bahasa Arab. " Ustazah mahu kalian menjadi mereka yang berkualiti dalam menguasai bahasa Syurga ini, sebab itu ustazah mahu kalian buka kitab Turas yang sangat mencabar ini, belajar menghargainya bila susah nak faham, bila mula rasa lelah, kerana kamu tahu bernilainya buku ini bila kamu sudah bergraduat nanti"  Zinnirah teringat kata-kata Ustazah Syakirah saat kelas Nahu bermula pada awal sem lalu. Pesanan itu dititip pada anak didiknya bagi memberi cabaran bersedia untuk melalui kesusahan menerokai buku ini!


Teringat masa ' berbulatan gembira ' dengan ibu, ada kata-kata yang menarik bagi Zinnirah cukup menarik. Kata ibu:
" Dimana ada pejuang Islam, di situ ada penentang Islam " Jadi tak pelik la kalau ada orang yang tak suka dan nak menentang perjuangan Islam. Kata-kata itu terlintas ketika Zinnirah membuka laman berita dilaptopnya. Banyak sungguh usaha-usaha nak jatuhkan Islam. Menyerang para pemimpin Islam sama ada peribadi mahupun luaran. Moga Allah bantu pejuag Islam ini!

Menyelak tajuk Idofah sering kali dilakukan oleh  Zinnirah bagi memantapkan kefahaman dan ingatannya. Kerana tajuk Idofah yang beerti sandaran itu punya 15 tajuk-tajuk kecil. Zinnirah mencari nota-nota di sekolah dulu. Alhamdulillah, nota-nota dari KISAS yang dia pelajari ketika STAM dulu banyak membantu. Pesan Ustaz Fuad "Susah dan payah ketika belajar ini perlu dilalui, bayarannya kamu semua akan terima nanti insyaallah! sabar dan cekallah!"

Pagi Jumaat yang indah. penuh dengan kicauan burung sungguh cantik Subuh hari ini. Kabus pagi masih belum habis turunnya. Pokok-pokok yang daunnya hijau mula bersiap memberi tenaga oksigen. Udara yang segar masuk ke dalam tingkap-tingkap yang di buka pada awal pagi.Teringat ayah di kampung, awal-awal pagi lagi pasti ayahnya membuka semua tingkapdi rumahnya sambil mulutnya terkumat-kamit membaca Mathurat penguat jiwa. Kata ayah udara segar memberi kita kesegaran ketika belajar. Ayah mahu anak-anak ayah jadi pelajar cemerlang!

Setelah menunaikan solat Dhuha Zinnirah bersiap pergi mengedar risalah-risalah yang diberi taklifan untuk diedarkan. risalah-risalah yang memuatkan artikel tentang persiapan menyambut Ramadhan. Di tampal pada papan kenyataan dan di edar dari bilik ke bilik. Di siapkan dengan segera pagi-pagi lagi kerana dia mahu sambung kerja yang masih tertangguh.
Sambil bersarapan roti dan air kopi pegaga kegemarannya dia bersiap ke untuk bekerja.Zinnirah mula menjejakkan kaki ke pejabat Mahallah Khalid Al-Walid. Tempat dia menambah duit poket walaupun sudah mendapat tawaran biasiswa JPA. Dia tidak mahu lupa daratan, mahu juga merasa kesusahan dan keperitan seperti orang lain yang tidak dapat apa-apa bantuan belajar. Niat di hati mahu menambah pengalaman baru setelah ditawarkan kerja kosong oleh kawan baiknya Amirul Mukminin. Alhamdulillah sampai juga aku ke pejabat hari ini,getus Zinnirah sendiri. Kelihatan yang lain masih belum sampai. Sebuah kad ucapan sampai di atas mejanya. Penuh dengan bunga-bunga dia mula teringat hari ini hari lahirnya. tak disangka ada yang ingat padaku, senyum Zinnirah seorang diri.


Bila di buka kad tersebut alangkah terkejutnya dia rupa-rupanya Amirul yang bagi. Tak di sangka dalam diam dia menyimpan rasa.Mungkin ini ujian hati buat aku.getus Zinnirah sendirian.
Setelah menyemak baki fail-fail yang ada yang sudah disiapkan.Tugas menyusun surat menyurat dan menyemak status pelajar di mahallah itu adalah suatu tugas yang mudah dan senang bagi mereka yang ada rasa mahu dan berminat dengan kerja-kerja seperti ini.leka dengan kerja, akhirnya Zinnirah duduk di sebelah Kak Fieda, seorang staf jua merangkap kakak angkatnya. Mereka sudah saling mengenali antara satu sama lain. 


Kak Fieda punya watak yang sangat penyayang, bergelar ibu kepada 3 orang cahaya mata. Sangat mengambil berat dengan kebajikan staf-staf lain yang masih bergelar mahasiswa. Memberi sokongan dan doa buat semua pekerja separuh masa di pejabat mahallah ini. Jam menunjukkan pukul 12 tengahari, masuk kak Lina yang merupakan tukang sapu di pejabat itu. Kak Lina juga seorang pekerja yang tekun, setiap kali sebelum memulakan kerja pasti dia solar Dhuha di bawah tangga tempat biliknya yang kecil untuk berehat, kemudian dia menyambung dengan bacaan Quran beberapa helai muka surat sebelum meneruskan kerja-kerja menyapu dan membersih.
Setelah hampir jam 5.15 petang Zinnirah pulang ke kamarnya. Dia sendiri memandu kereta dalam kepanasan terik matahari. Mungkin mahu hujan, agak panas sekali hari ini. Kain di ampaian di angkat dan dilipat selepas menunaikan solat Asar.




Petang itu juga UIA hujan lebat, angin ribut, panahan petir sambar menyambar, kilat sabung menyabung. sangat dahsyat sekali. menakutkan. Serius takut. Apabila habis hujan,kelihatan banyak pokok yang tumbang. yang tumbang pula semuanya pokok yang besar-besar yang punya akar yang kuat dan besar. Tetapi,itulah kuasa ALLAH. Tiada siapa yang mampu menghalang. Pokok-pokok besar yang kalau dilhat, macam mustahil untuk tumbang, nampak kukuh dan kuat. tapi lagi KUAT KUASA ALLAH. Itu lah kebesaran ALLAH. pokok-pokok besar banyak yang tumbang. Pokok yang kecil, masih kekal berdiri, utuh nampaknya.SUBHANALLAH. ITU KUASA ALLAH. 
Bila dibuka halaman Facebook dan Twitter, ramai pelajar UIA yang post keadaan petang tadi yang agak mencemaskan, simpati dengan kenderaan pelajar-pelajar yang terlibat dalam situasi petang tadi. semoga segala urusannya dipermudahkan oleh ALLAH.Tidak mengapa, ada hikmahnya disitu.


Sejurus itu Zinnirah membuka laman sesawangnya. Deretan ucapan hari lahir  masuk ke akaun facebooknya.
Satu ucapan khas dari seorang pensyarahnya yang dia cukup kagumi iaitu Ustazah Solehah yang cukup memberi kesan buat dirinya.
"Selamat hari lahir buar srikandi Islam Zinnirah Solehah.
Perjalanan seorang hamba kepada ALLAH pasti kadang kala terjatuh dengan hawa nafsunya. Beratus kali tersungkur dan bangun kembali menuju robbuljalil. Jangan berputus asa dengan rahmat ALLAH. Jangan cepat melatah ketika kita lemah sabar dan terus kembali kepada ALLAH.

ما لا ينفع الغلب مثل غزلة كما فيما ميدان الفكرة

Satu ubat yang sangat mujarab iaitu dalam masa sehari sediakan satu masa untuk muhasabah diri dan jauhkan dari manusia supaya kita dapat menyusun kembali perjalan kita kepada robul jalil.Muhasabahkan ibadah kita, akhlak, ikhlas,hati, ilmu, hubungan dengan manusia dan hubungan dengan robul jalil. kata nabi ibadah ini ada saat lemahnya jika saat lemah itu kita kembali kepada ALLAH maka kita tergolong orang yang berjaya. Selamat memburu redhanya dengan berkat umur kamu yang masih muda! Allahuyusahlih"

Petang yang kian kelihatan mendung!Deringan petanda mesej masuk ke dalam telefon bimbitnya. Zinnirah membuka mesej itu.
`Jadi hantar ana ke Stesen Bas Greenwood petang ni?`
`Jadi insyaallah. Lepas Asar ye`
`ok roger`

Selamat sudah Zinnirah menghantar sahabatnya ke stesen bas itu, petanda minyak keretanya sudah habis mula menyalakan lampu merah. Dia sudah tak keruan, jauh lagi nak isi minyak.Saat itu tawakkal kepada Allah. Doa sahaja yang keluar dari mulutnya. "Mana pula stesen minyak terdekat ni" monolog Zinnirah sendirian.
tiba-tiba....


bakal bersambung =) insyaallah..
p/s: sesiapa yg terlepas PART lain klik link di bawah =)
mg ada mnfaat!

--part 1
--part 2
--part 3
--part 4
--part 5
--part 6

::Halwa Telinga::

Bloggers Chat Room

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...