~semoga mereka dirahmati Allah~

Dimulakan dengan....

Photobucket

Monday, November 5, 2012

Klang ke Putrajaya

بسم الله الرحمن الرحيم


Hari ini saya merancang memandu hidup ke destinasi yang bernama Klang. Sampai di Klang jam 6.15 petang. Saya menunggu adik saya Mujahidul Amin yang baru menghabiskan kelas tambahan di sekolah.
KISAS-Kolej Islam Sultan Alam Shah ialah sebuah sekolah yang mempunyai lima ciri yang sangat terkenal iaitu:

1. biah solehah yang bermaksud suasana atau keadaan yang baik dalam erti kata lain indahnya suasana yang dikelilingi dengan cara hidup Islam sepenuhnya.
2. disiplin yang tinggi diperkemaskan di sekolah ini ketika di sekolah mahupun di asrama.
3. guru yang dedikasi lagi terbilang, sebenarnya ramai dari kalangan guru di sekolah ini adalah ketua pemeriksa kertas di peringkat SPM, STAM dan STPM.
4. Badan Dakwah yang mantap! Jika saya perhatikan kebanyakan sekolah yang punya badan dakwah yang bergerak aktif dengan program-program akan membentuk sekolah tersebut dengan  BIAH SOLEHAH.
5. surau yang hidup dengan aktiviti-aktiviti yang melahirkan seorang muslim yang mukmin.

Sementara merenung suasana sekolah tempat adik saya belajar ini, saya mula memasang angan-angan akan mengajar di sekolah ini suatu hari nanti, mahu berbakti juga!

Amin pun datang dengan membawa buku-buku yang akan diajari oleh saya nanti. Kami tiba disebuah tempat yang menyediakan tempat belajar yang berhawa dingin di daerah Klang itu.

------------------------------------------
Jam menunjukkan sudah pukul 9.00 malam.
"Amin, kakak kena gerak dah ni."
"Em jom la malam-malam macam ni bahaya juga."

---------------------------------------------------------
Setelah mengajar adik saya yang seorang ini Bahasa Arab, saya pun menghantar Amin yang dipinjam dari KISAS itu ke tempat asalnya. Alhamdulillah selesai amanah ini!

Pulang ke rumah acik di Putrajaya. Perjalanan yang tidak pernah saya lalui. Tidak langsung saya terfikir akan ke rumah acik ini!

Ya, saya sudah menerima mesej dari acik : ikut lebuhraya KESAS-KLANG-SHAH ALAM-PUCHONG-PUTRAJAYA.

Saya berasa amat gementar ketika melihat kereta-kereta di sekeliling yang laju ibarat mengejar sesuatu di hujung jalan. Saya mula memecutkan sedikit kelajuan kereta sambil mencari papan tanda PUTRAJAYA.

Gelagat manusia yang pelbagai ragam, memotong tanpa signal, memecut di lorong bas dan lori, mendekati dari belakang kereta kita dengan lampu tinggi dan pelbagai perangai manusia akhir zaman ini yang sangat memeningkan kepala. Saya yang keseorangan terfikir sendiri, analoginya kita di dunia ini punya perjalanan atau trek yang Allah susunkan untuk kita, perlulah berakhlak dalam semua perkara. Usah menyangka bila kita memotong orang lain kita lah juara segala-galanya. Usah juga merasa kitalah yang paling hebat di atas jalan raya memotong dengan lajunya. Dunia ini hanya pinjaman! untuk menguji keimanan!

Alhamdulillah Putrajaya Persint 14. Saya tiba dengan selamatnya ke rumah acik yang sudah lama tidak dikunjungi.

Hidup ini perlu berani
saya tidak yakin pada mulanya akan memandu sendiri, tetapi menerima mesej restu dari ibu, maka saya gagahkan kaki!

Hidup ini perlu berisiko
kalau tidak sanggup menerima risiko mana mungkin kita dapat menempuh pengalaman baru

Hidup ini mesti mencuba
Mencuba dan mengkaji jalan-jalan yang banyak disediakan di atas lebuhraya yang punya puluhan simpang

p/s: mood perjalanan seorang diri dengan ditemani lamunan jua ilusi!

Friday, October 26, 2012

KAHWIN VS KEMATIAN


perkahwinan
VS 
kematian



‎~✿ Kita tidak sabar-sabar nak KAHWIN kerana dapat bayangkan betapa indahnya SYURGA DUNIA yang tidak pasti kekal sampai bila..Tapi orang di Palestine tidak sabar-sabar nak MATI SYAHID kerana dapat bayangkan betapa indahnya SYURGA ALLAH yang kekal abadi sampai bila-bila..Renung-renungkan..Adakah menggapai syurga dunia adalah MATLAMAT terakhir kita?SOLEH ATAU SOLEHAHKAH pasangan kita yang mampu menjanjikan SYURGA DUNIA dan SYURGA ALLAH?Kalau TIDAK YAKIN, berusaha terlebih dahulu untuk bawa diri kita ke SYURGA ALLAH sebelum kita dibimbing atau membimbing orang lain..KURANGKAN BICARA SOAL HATI..BANYAKKAN BERFIKIR SOAL MATI..✿✿ :)

Ayuh sahabat2, mari kita buat perubahan demi persiapan menghadapi kematian..

~✿>> Tanda awal PERUBAHAN DAN KESOLEHAN seseorang :1) SOLAT di awal waktu..2) Jika mendengar NASIHAT, segera menerimanya..3) Jika bercakap dan bersikap RENDAH HATI..4) Senangnya BELAJAR dengan siapa pun..5) Dengan SABAR memeriksa lawan bicara yang awam..6) Selalu mengambil HIKMAH dari semua peristiwa yang dialami dan semua peristiwa yang terjadi..7) SEMANGAT pada kebaikan..8) Bicaranya MENYENANGKAN..9) PEMAAF dan suka minta maaf (menyedari kesalahan)..10) Kesibukannya asyik MEMPERBAIKI DIRI dan tidak tertarik membicarakan apalagi mencari AIB (kesalahan) orang lain..

>> Individu yang bersedia MENGUBAH DIRINYA adalah yang PALING BERSEDIA sebenarnya..♥♥

p/s: di mana tahap diri kita?tepuk dada tanyalah IMAN anda!

Wednesday, October 24, 2012

CARA-CARA SEMAK SAMAN AES ( AUTOMATED ENDFORCEMENT SYSTEM)


ASSALAMUALAIKUM..
  
Sistem Penguatkuasa Automatik atau dalam nama singkatannya adalah AES (Automated  Endforcement System) . AES adalah sistem pengesanan dan merakam secara automatik kesalahan lalu lintas mengunakan alat pengesan yang dipasang di atas jalan raya di kawasan tertentu.. Semak saman boleh di buat melalui SMS dan Online...
.


Hari ni nak kongsi kat korang macam mana korang nak check saman AES dengan cara mudah dan pantas... 

Melalui SMS

1.  Cara semak saman Trafik, Saman JPJ atau Polis adalah dengan menaip 
      POLIS SAMAN ( NO. Plat kenderaan dan hantar ke 32728 .Caj rm0.50 akan dikenakan

Melalui online
  1. FREE service direct by Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), but please be aware that the database is not up to date
  2. You can check you saman free at RILEK website. RILEK stands for rangkaian Interaktif Laman Elektronik Kerajaan

p/s: BARU CHECK THRU SMS...MMG KENA!!s2 saman kot..RM400..sedih eden..saya bukan jenis bawak laju...cuma klu 90km..paling tinggi saya bawak 100...


Wednesday, October 3, 2012

muslimah

WANITA yang BAIK :
~Solat fardhu cukup 5 waktu.
~Menutup aurat dengan sempurna.
~Pandai menjaga tuturkata daripada perkataan yang keji seperti mengumpat, cakap kasar, tinggi suara dsb.
~Mempunyai sifat keibuan dan penyayang.
~Boleh melahirkan ramai zuriat.
~Mahar perkahwinan yang rendah.
~Pandai menjaga adab pergaulan dan kehormatan diri.
~Mempunyai sifat malu dan lemah lembut.
~Pandai memasak.
~Menghormati ibubapa.
~Sentiasa berusaha menjadi solehah dari sehari ke sehari walaupun dia jenis biasa-biasa saja..❤

:)

Friday, August 17, 2012

Pahit Manis Sang Pencari Ilmu-Part 1



Pagi Jumaat yang cerah, kicauan burung yang selalu menyanyikan suara merdu mereka menceriakan suasana alam. Zinnirah bergegas ke Court tempat berkumpul usrah mereka sempena Ramadhan yang mulia ini. Mereka lakukan Solat Subuh berjemaah dan tadarus sejak awal Ramadhan lagi di Court yang bernama Nasyitah yang beerti aktif. Semoga Court ini bukan sahaja aktif dengan sukan sahaja tetapi juag dengan aktiviti dakwah seperti hari ini, bisik Zinnirah seorang diri.


"Ya Allah, semoga tadarus ini dapat kami teruskan walaupun bulan Ramadhan bulan Quran ini berlalu..ye la, kalau dilihat masyarakat kita hari ini khususnya masyarakat Malaysia ramai yang hanya bertadarus atau mengaji hanya ketika Ramadhan menjelang..bila Ramadhan berlalu, habis luput dan liat untuk mengaji lagi..nauzubillah.." tazkirah pendek dari kakak Afifah ketika selesai tadarus mereka di pagi yang indah itu. dan mereka bersalam dan bersurai menuju ke bilik masing-masing untuk khidmat diri kerana mereka ada kelas selepas ini.


---------------------------------------------------------------------------

Selesai membaca Ma'hurat dan Surah Kahfi di pagi Jumaat yang barakah, gadis itu  menaip emel untuk sahabat yang dirinduinya yang berada di Mesir bumi Anbiya'..panjang berjela-jela seperti menulis sebuah cerpen..namun itulah yang dilakukan dua sahabat karib ini walaupun jauh terpisah antara dua benua..mereka sahabat baik sejak dari Sekolah Rendah lagi..

Ukhwah yang di bina atas dasar kerana Allah akan merasai kemanisannya, walau jauh dimata tetapi dekat di hati hakikatnya..oh Khaulah Al-Azwar..aku merinduimu..bisik Zinnirah ketika menghantar emel itu..semoga kau disana bisa istiqamah menjadi seperti namamu 'Khaulah al-Azwar' yang bersemangat tinggi untuk berjuang demi Islam.

"Solat Dhuha ini satu amalan yang baik, perlu dilakukan selalu, supaya kita dimurahkan rezeki dan dimudahkan urusan. tetapi sebenarnya kalau kita hamba yang ikhlas kita bukan mengharap pada ganjaran yang Allah beri sahaja, kita mahu mencari keredhaan Allah, nak jadi hamba yang taat kepada-Nya." terngiang-ngiang tazkirah pendek dari kakak Naqibahnya suatu ketika di sekolah Menengah dahulu.

Alhamdulillah ya Allah, aku masih berkesempatan menunaikan solat Dhuha pada hari ini.
Doa Dhuha melantun dimulutnya:


Doa sesudah sholat dhuha

“Wahai Tuhanku, sesungguhnya waktu dhuha adalah waktu dhuha-Mu, keagungan adalah keagunan-Mu, keindahan adalah keindahan-Mu, kekuatan adalah kekuatan-Mu, penjagaan adalah penjagaan-Mu, Wahai Tuhanku, apabila rezekiku berada di atas langit maka turunkanlah, apabila berada di dalam bumi maka keluarkanlah, apabila sukar mudahkanlah, apabila haram sucikanlah, apabila jauh dekatkanlah dengan kebenaran dhuha-Mu, kekuasaan-Mu (Wahai Tuhanku), datangkanlah padaku apa yang Engkau datangkan kepada hamba-hambaMu yang soleh”.


Selepas itu, dia melangkah ke kelas Nahu yang bakal bermula sebentar lagi. pensyarah yang mengajar Nahu kali ini sangat profesional dan celik IT. Sudah pasti dia mahu assignment yang dihantar juga bertaraf profesional..perlu bersabar dan tekun menyiapkan kerja yang diberi oleh pensyarah..ya Allah, permudahkanlah urusan dunia dan Akhiratku..

 Zinnirah sebenarnya punya tujuan lain selepas kelas ini..dia mahu berjumpa dengan ustazah Azizah, guru yang sangat dia sayangi dan  yang selalu memberi semangat kepada dirinya untuk teruskan pengajian kos dalam bahasa Arab ini..

---------------------------------------------------------------------------

seusai kelas habis dia mula menaip mesej

-Assalamualaikum ustzah, maaf mengganggu, ustazah free ke sekarang?
-waalaikummussalam, alhamdulillah free..mai la tempat biasa kiter..
-ok.insya allah. saya hadir ke bilik ustazah segera..

masa itu berharga, ayuh ayunkan langkah dengan pantas!

terus kakinya melangkah ke bilik lecturer yang selalu dia pergi bersama Sakinah..sampai sahaja di bilik itu, ustzah sudah sedia menunggu..

hampir 3 jam mereka saling berbincang dalam sub-sub tajuk bahasa Arab..yang sangat penting difahami kerana pesan ustazah belajar bahasa Arab jangan hanya menunggu dan menadah ilmu di bilik Kuliah sahaja...topup lagi dengan mencari di luar bilik Kuliyyah...carilah ilmu di mana sahaja...insya allah akan ku semat di dalam dada! kata Zinnirah penuh semangat bila teringatkan kata-kata ustzah Azizah itu.


ketika mereka bersalam dengan ustazah untuk pulang, tiba-tiba ustazah Azizah sempat berpesan supaya  Zinnirah membuka emel, katanya penting.kenapa ustzah? rahsia..


 Em, emel apa ye? kenapa ustazah tiba-tiba suruh awak melihat emel? tanya Sakinah ketika keluar dari bilik ustazah Azizah. ish, biarlah dulu..kita pergi ke forum ni dulu ye, jawab Zinnirah kembali..cetus rasa pelik dihati Zinnirah, namun dibiarkan sahaja..ada majlis ilmu ni..ini lagi penting..monolognya sendirian..selepas pulang dari berjumpa ustazah tadi Zinnirah terus ke Forum Ihya' Ramadhan.. mengambil point-point penting untuk dijadikan ingatan buat diri dan juga orang lain.


---------------------------------------------------------------------------
hari minggu yang sepi, sebahagian mahasiswa pulang ke kampung halaman, terutama mereka yang punya kenderaan sendiri. 

Di waktu lapang ini Zinnirah menyusun jadual belajar dan melihat berita-berita secara online, ketika membuka emelnya dia baru teringat pesan ustzah Azizah yang mahu dia melihat emel segera! astaghfirullahal azim....sudah terlupa aku, bisik Zinnirah.


Allah! terlepas perkataan itu dari muluntnya, terkejut Zinnirah ketika membaca emel yang diterima... apakah ini ujian untuk Iman ku yang lemah ini ya rabb...
bakal bersambung...



lihat part lain =)
moga ada manfaat buat ummat!
-->part 1

-->part 2
-->part 3
-->part 4
-->part 5
-->part 6

::Halwa Telinga::

Bloggers Chat Room

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...