~semoga mereka dirahmati Allah~

Dimulakan dengan....

Photobucket
Showing posts with label cerpen. Show all posts
Showing posts with label cerpen. Show all posts

Sunday, June 4, 2023

Part 2: Zinnirah Mukminah

"Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.. perhatian kepada semua penumpang fligh ZM0808 adalah dimaklumkan bahawa waktu solat Zohor telah masuk jam 1.15 petang waktu Malaysia. Sekian dimaklumkan terima kasih." Lancar lantunan suara pramugara menyantuni para jemaah umrah.

Zinnirah memandang semua anak usrahnya sambil tersenyum. "Kak Zin, saya kali pertama solat di atas kapal terbang..saya tak sabar!" Ujar Jannah Yusra saat Kak Zin mereka memandang mereka.

"Jom, kita solat!". Ajak Zinnirah kepada Jannah Yusra. Mereka bergilir-gilir bangun ke tandas untuk berwuduk dan solat. Alhamdulillah kapal terbang ini menyediakan ruang dan tempat yang selesa untuk solat.

Bangun Khadeeja Safiyyah lantas menyebut: "Kak Zin, susah la tandas tu nak berwuduk, sempit kan?". Kak Zin tersenyum dan menghulurkan spray botol air yang mengandungi air. "Ini Khadeeja.. kamu masuk ke tandas, spray la anggota wuduk wajib, saat ini perkara sunat kita tak dapat buat dengan sempurna, yang wajib lebih utama. Jadi, wuduklah anggota wajib dengan spray semua anggota wajib wuduk, muka, tangan, rambut dan kaki." Panjang lebar penerangan Kak Zin buat Khadeeja sambil didengari oleh dua tiga orang sahabat usrah yang lain.

Mereka solat berjemaah berganti-ganti sambil yang lain menjaga barang-barang sahabat yang solat demi keselamatan bersama. Usai solat masing-masing mula membuka Quran dan memegang tasbih digital masing-masing, meneruskan tugasan khas yang Kak Zin berikan sebelum bertolak di lapangan terbang tadi.

Zinnirah Mukminah mula nampak tenang selepas solat. Tiba-tiba perutnya mula sakit. Dia merasa tidak selesa. Bingkas dia bangun untuk ke tandas bagi melepas hajat.

Saat bangun ke tandas itulah dia berselisih bahu dengan seorang lelaki. Berpakaian jubah hitam dan berkopiah. "Maaf ya, saya tak sengaja terlanggar.." Ujar Zinnirah. Lantas si lelaki itu menjawab:" Oh tidak mengapa." Namun lelaki itu memandang ke muka Zinnirah dengan tenungan yang agak lama dan tajam. "Awak Zinnirah Mukminah kan?".

Sambungan part 3..

Wednesday, May 31, 2023

Part 1: Zinnirah Mukminah

"Cepat, semua dapatkan beg masing-masing.."
Itu lontaran Zinnirah kepada anak buahnya.

Mereka mula melangkah ke dalam bahagian Kastam untuk melepasi ke platform stesen menunggu. Rencana yang tidak dirancang ini bukan mudah rupanya. Tau-tau dah jadi. Banyak juga cabaran dan halangan mereka lalui bersama.

"Alhamdulillah .. dapat jua kita satu usrah naik kapal terbang bersama!" Ujar Khadeeja Safiyyah kepada naqibah mereka yang digelar Kak Zin.

"Alhamdulillah ..tak semudah itu rupanya ya, namun Kak Zin bersyukur..kita berjaya kumpulkan semua untuk hadir.."tambah Zinnirah lagi.

Perjalanan yang menuju ke Bumi Mekah itu tidak dijangka. Umrah satu usrah! Cetus idea ini ketika Zinnirah melihat satu video syarikat yang membawa semua pekerjanya ke Mekah dan Madinah menunaikan umrah. Kini impian tersebut Zinnirah sendiri realisasikan untuk Usrahnya pula.

Sepanjang perjalanan Zinnirah telah memberi tugasan kepada semua ahli usrahnya yang berjumlah 10 orang itu dengan tugasan menghabiskan minima 3 juz Quran dibaca, istighfar minima 1000 kali dan selawat minima 3000 kali.

Zinnirah menatap satu persatu ahli usrahnya yang duduk sebaris dengannya. Maryam Huda, Khadeeja Safiyyah, Jannah Yusra, Fatihah Amani, Munajatul Izzah, Aisyah Zakiyyah, Nusaibah Ulya, Mardiyyah Hasanah, Wardah Rhadiyah dan Mukminah Barakah. Semuanya sedang fokus menyiapkan tugasan sepanjang perjalanan pergi ke Umrah kali ini.

Sambungan part 2..


::Halwa Telinga::

Bloggers Chat Room

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...