~semoga mereka dirahmati Allah~

Dimulakan dengan....

Photobucket

Monday, December 25, 2023

KRABI-TERLEPAS FLIGHT

Pengalaman sungguh masa tu 2017!
22-25 Nov 2017 kami punya tiket ke KRABI THAILAND.

Ceritanya:…

1. Kami 4 beradik konon2 dah booking tiket awal masa murah.(Husna-Amin-Muhaimin-Hadi)
2. Sampai awal dah di KLIA.
3. Amin cakap jom makan dulu.
4. Nampak MCD,ajomm
5. Order sakan
6. Makan2
7. Tak sedar 30 minit lg
8. Berlari kami, tapi lama kat kastam sebab ada kes orang bawa dadah.
9. Lama sangat rasa 20 minit
10. Memang betul orang kata 4 jam awal tu Betul !! Sebab ada perkara luar jangka kita kena ready
11. Sampai je depan lane kami flight baru je jalan depan mata
12. Kami merayu sambil nangis nak kejar dengan staff situ
13. Dia kata tak sempat dah! Soriii guys
14. Ya Allah nak nangis😭😭memang nangis Dahh!
15. Kami ke kaunter semula konon nak reschedule
16. Boleh tapi kena denda
17. Korek duit sana sini kami pon dapat tiket kul 8pagi esoknya.
18. Tersadai la masing2 dgn mood down masa tu
19. Bertolak sampai Krabi dgn slmt pg tu
20. Sampai check in bilik,hambek naik tangga sampai tingkat 3, kurus kejap!
21. Sewa motor berbaloi
22. Try pancake dia
23. Cantik sangat laut dia
24. Kami amek pakej snorkling
25. First time tengok orang putih terjun dengan alat snorkling@ google selamba je
26. Pergi muzium dia
27. Banyak sangat bar, kuatkan iman
28. Cari kedai Islam
29. Alert masa ya jangan lambat dah lepas ni!!!

UMRAH HUSNA

Alhamdulillah 
1-17 Mac 2022 Allah izinkan saya ke Mekah dan Madinah saya buat checklist ni untuk yang mencari.

NOTA DAN CHECK LIST UMRAH

  • TARIKH BOOKED 3 MAC
  • TARIKH DIAWALKAN KE 1 MAC
  • PASSPORT POS 4 ORG
  • PASSPORT POS 2 ORG
  • BAYARAN UMI 670
  • BAYARAN ABI 1420
  • BAYARAN ABG DE 1420
  • BAYARAN CIK BIDAH 670
  • BAYARN SYADA 670
  • BEG BAGASI 6 ORG
  • LINK KURSUS
  • BOOSTER MIQDAD
  • BOOSTER SYADA
  • BOOSTER HUSNA
  • BOOSTER UMI
  • BOOSTER ABI
  • BOOSTER HABIDAH
  • GAMBAR DAN SIJIL VAKSIN EMEL
  • TEST PCR/RTK 48 JAM SBLM-POLIKLINIK ABI
  • TELEKUNG MINI  2-SHOPEE
  • IRON TRAVEL-SHOPEE
  • KASUT SKETCERS
  • TRACKING JNT
  • TEMPAH AIRBNB 
  • VAN KE KLIA
  • DRIVER SETTING UNTUK KE KLIA
  • SWEETER
  • SABUN BUKU
  • BEDAK SIKAT MINYAK DEODORAN
  • BERUS GIGI
  • DOBI
  • MAGGIE
  • SAMBAL
  • TELEKUNG COKLAT
  • POWER BANK
  • JUBAH
  • KAIN HITAM 3
  • TUDUNG HITAM 2
  • KURTA HUSNA
  • PAYUNG
  • STOKING
  • PAKAIAN DALAM
  • SARUNG TANGAN
  • TUKAR DUIT
  • EXTENSION
  • CHARGER
  • HANGER
  • KLIP
  • ALAT CUKUR
  • AIR COND
  • GERAK KUL 2
  • JNT CALL(PASSPORT PROB MASA NI)
  • FOLLOW UP JNT
  • CHECK IN HOMESTAY
  • CHECK OUT HOMESTAY
  • HANTAR BEG BAGASI
  • AKTIFKAN INTERNATIONAL MBB
  • RESIT REPRINT                                                                      
  • BAKI BELUM BAYAR
  • BANK RAKYAT KE CIMB
  • KOS 600+400
  • NAIK FLIGHT
  • PASSPORT UMI HOLD
  • SURAT UMMI
  • BUAT GROUP BANK DOA 
  • BANK DOA DLM FLIGHT PERGI
  • BANK DOA RAUDHAH
  • BANK DOA DEPAN KAABAH
  • BANK DOA DALAM MASJID MADINAH
  • BANK DOA DALAM TREN
  • BANK DOA DALAM FLIGHT BALIK
  • BANK DOA TAIF


BELI DI MADINAH

  • CETAPHILE
  • VESTLINE
  • TASBIH DIGITAL
  • BANTAL KEPALA
  • HEADPHONE
  • BERUS GIGI MEDIUM 


BELI UNTUK BUAH TANGAN

  • JUBAH UMI
  • JUBAH IBU
  • ADIK BERADIK GAU 10
  • ADIK BERADIK RAUB 13
  • TAMBHN READY 10-20,NISA, SRITIZM,PERAH OTAK


TARGET UNTUK UMRAH HUSNA

  • DOA UMRAH MABRURAH
  • QADA SOLAT
  • KHATAM QURAN -3 JUZ SEHARI
  • BANYAK ZIKIR , SELAWAT, DOA,SYUKUR, DOA MASUK SYURGA TANPA HISAB

Bawah ni pula format saya rekod duit keluar masuk saya, termasuk terpinjam atau bagi pinjam supaya tak pening kepala nanti nak cari.

REKOD KELUAR MASUK DUIT UMRAH HUSNA= JUMLAH TERKINI


FASA 0-KELUAR DUIT MALAYSIA

  • BAYAR TAMBAHAN BILIK 670
  • KOS POS PASSPORT 12.00
  • DUIT HUSNA DAHULUKAN 4180 
  • BAYAR MINYAK DAN HOMESTAY PERGI 150
  • BELANJA MAKAN 60
  • JAJAN 10
  • TIKET TRAIN 450
  • JUMLAH DUIT MY=RM 1352.00


FASA 1-KELUAR DUIT RIYAL 1.0

  • TUKAR RIYAL 1200
  • TASBIH 20 , VESTLINE 10, DOMPET 5, BOTOL AIR 35, GELANG 10=60 GOOD PRICE
  • SIMKAD 135
  • INFAQ KEPADA MUTAWIF 200
  • TASBIH DIGITAL BELI BANYAK 50
  • KURMA DAN COKLAT 700
  • INFAQ 55
  • BAKI TERKINI 0


FASA 2-KELUAR DUIT RIYAL 2.0

  • TUKAR RIYAL 1000
  • SELIPAR 98
  • JUBH ABG 86.50
  • JUBH IBU 76
  • JUBH UMI 76
  • JUBH HUSNA 76
  • BANTAL 42
  • BERUS GIGI 7
  • TASBIH 32.50
  • TAX 25.40
  • AISKRIM 10
  • BUKIT MAGNET 30
  • SEDEKAH 10*
  • BEKAS AIR 5
  • KOPI, COKLAT DAN KEPEK 30
  • SKUTER SAIE UMRAH WAJIB 115*
  • KFC 30
  • TEKSI PERGI AHAD ZOHOR 20
  • TEKSI BALIK 10
  • TEKSI BALIK AHAD ISYAK 10
  • AIS KIM 20*
  • SKUTER SAIE 58
  • SHAWARMA DAN AIR MANGGA 22
  • AIS KRIM JABAL RAHMAH 10
  • JUBAH AYAH 20
  • JUBAH PPUAN 60
  • AIR OREN 5
  • MINYAK WANGI 10
  • KOPIAH 10
  • SEDEKAH 0.20
  • INFAQ 5.40
  • BAKI 0


FASA 3-KELUAR RIYAL 800+500=1300

  • RANTAI 10 JENIS 10
  • SKUTER 60
  • TASBIH 45
  • TEKSI BALIK ISNIN ASAR 10
  • JUBAH TOLHAH 10
  • JUBAH MUSODDIQ 10
  • JUBAH ANGGUN 10
  • JUBAH AULIYA 10
  • JUBAH YUSRO 10
  • JUBAH ULYA 10
  • KEPEK 20
  • SKUTER UMRAH KE4 115
  • KEK 30
  • TEKSI  BALIK SELASA ASAR 10
  • TEKSI KE TRAIN MADINAH 35
  • KERUSI RODA ABI 70
  • SEDEKAH ORG BW KERUSI RODA 15
  • TEKSI PERGI RAUDHAH 100
  • TEKSI PERGI KE TREN STATION 50
  • KERUSI RODA ABI 200
  • BAKI TERKINI 0


FASA 4-ONLINE KELUAR 1247

  • TRAIN KE MEKAH HUSNA DAN ABI 575
  • TRAIN KE MADINAH HUSNA DAN ABI 345
  • CIK BIDAH PINJAM 230
  • MAKAN 1 : 58 SR
  • MAKAN 2 : 39 SR
  • BAKI 0


FASA 5-ONLINE KELUAR 

MASUK  

  • KAK DILA 100
  • ABG DE 50
  • TABUNG HAJI 2000
  • KURMA AJWA UMI UNA ANGAH 900
  • KURMA AJWA IBU 150
  • ABG 300
  • UT 2000
  • ABG 300
  • JUMLAH 5800
Tips dari saya:
1. Try naik tren baru, best!
2. Ambil Banyak PENGALAMAN 
3. Doa banyak2
4. Pakai simple2 je tau
5. Jubah/ blouse hitam bawa banyak2
6. Buat banyak kali umrah setiap hari
7. Cop masuk raudhah awal
8. Subuh di Madinah hari Jumaat lain macam
9. Beli buah tangan di Jabal Thur dan Jabal Rahmah-murah
10. Taif mcm Cameron
11. Beli aiskrim kat sana, lain mcm rasa
12. Abaya dan jubah beli sana, berbaloi
13. Naik skuter untuk saie
14. Kasut yang tahan lasak
15. Sandel pon ok, cari yang tahan



PENGALAMAN DI JEPUN

Nak ke Jepun!Jom saya telah pergi pada 21-24 Mac 2019 yang lalu. Di sini saya catatkan isi pentingnya ya,moga ada manfaat bersama!☺️

Nota/Ready/try;
1. Pakaian sweeter
2. Cari penginapan awal
3. Kedai Islam Melayu banyak
4. Cari tour guide yang berpangalaman
5. Sewa kereta berbaloi
6. Naik tren laju best!
7. Naik kapal dia! Pulau Nami
8.  Kampung ninja best jugak!
9. Try naik Gunung Fuji
10. Skywalk
11. Try sushi
12. Budaya dia bersih dan hormat orang
13. Rasa selamat walaupun bukan negara Islam
14. Sopan santun
15. Pakaian mereka tak menjolok mata
16. Orang2 tua ramai kerja lagi, termasuk di seven E
17. Sebab anak2 x mampu nak tanggung kos hidup tinggi
18. Adik bgthu orang Jepun ada 3 watak, watak dengan diri sendiri, watak dengan keluarga & watak di tempat kerja.
19. Tandas dia Semua bersih, berkilat dan kering(boleh tidur huhu)
20. Jalan mall2 dia
21. Pantai dia cantik
22. Aiskrim Strawbery dia sedap!
23. Try makan salmon dia ya!

Sunday, June 4, 2023

Part 2: Zinnirah Mukminah

"Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.. perhatian kepada semua penumpang fligh ZM0808 adalah dimaklumkan bahawa waktu solat Zohor telah masuk jam 1.15 petang waktu Malaysia. Sekian dimaklumkan terima kasih." Lancar lantunan suara pramugara menyantuni para jemaah umrah.

Zinnirah memandang semua anak usrahnya sambil tersenyum. "Kak Zin, saya kali pertama solat di atas kapal terbang..saya tak sabar!" Ujar Jannah Yusra saat Kak Zin mereka memandang mereka.

"Jom, kita solat!". Ajak Zinnirah kepada Jannah Yusra. Mereka bergilir-gilir bangun ke tandas untuk berwuduk dan solat. Alhamdulillah kapal terbang ini menyediakan ruang dan tempat yang selesa untuk solat.

Bangun Khadeeja Safiyyah lantas menyebut: "Kak Zin, susah la tandas tu nak berwuduk, sempit kan?". Kak Zin tersenyum dan menghulurkan spray botol air yang mengandungi air. "Ini Khadeeja.. kamu masuk ke tandas, spray la anggota wuduk wajib, saat ini perkara sunat kita tak dapat buat dengan sempurna, yang wajib lebih utama. Jadi, wuduklah anggota wajib dengan spray semua anggota wajib wuduk, muka, tangan, rambut dan kaki." Panjang lebar penerangan Kak Zin buat Khadeeja sambil didengari oleh dua tiga orang sahabat usrah yang lain.

Mereka solat berjemaah berganti-ganti sambil yang lain menjaga barang-barang sahabat yang solat demi keselamatan bersama. Usai solat masing-masing mula membuka Quran dan memegang tasbih digital masing-masing, meneruskan tugasan khas yang Kak Zin berikan sebelum bertolak di lapangan terbang tadi.

Zinnirah Mukminah mula nampak tenang selepas solat. Tiba-tiba perutnya mula sakit. Dia merasa tidak selesa. Bingkas dia bangun untuk ke tandas bagi melepas hajat.

Saat bangun ke tandas itulah dia berselisih bahu dengan seorang lelaki. Berpakaian jubah hitam dan berkopiah. "Maaf ya, saya tak sengaja terlanggar.." Ujar Zinnirah. Lantas si lelaki itu menjawab:" Oh tidak mengapa." Namun lelaki itu memandang ke muka Zinnirah dengan tenungan yang agak lama dan tajam. "Awak Zinnirah Mukminah kan?".

Sambungan part 3..

Wednesday, May 31, 2023

Part 1: Zinnirah Mukminah

"Cepat, semua dapatkan beg masing-masing.."
Itu lontaran Zinnirah kepada anak buahnya.

Mereka mula melangkah ke dalam bahagian Kastam untuk melepasi ke platform stesen menunggu. Rencana yang tidak dirancang ini bukan mudah rupanya. Tau-tau dah jadi. Banyak juga cabaran dan halangan mereka lalui bersama.

"Alhamdulillah .. dapat jua kita satu usrah naik kapal terbang bersama!" Ujar Khadeeja Safiyyah kepada naqibah mereka yang digelar Kak Zin.

"Alhamdulillah ..tak semudah itu rupanya ya, namun Kak Zin bersyukur..kita berjaya kumpulkan semua untuk hadir.."tambah Zinnirah lagi.

Perjalanan yang menuju ke Bumi Mekah itu tidak dijangka. Umrah satu usrah! Cetus idea ini ketika Zinnirah melihat satu video syarikat yang membawa semua pekerjanya ke Mekah dan Madinah menunaikan umrah. Kini impian tersebut Zinnirah sendiri realisasikan untuk Usrahnya pula.

Sepanjang perjalanan Zinnirah telah memberi tugasan kepada semua ahli usrahnya yang berjumlah 10 orang itu dengan tugasan menghabiskan minima 3 juz Quran dibaca, istighfar minima 1000 kali dan selawat minima 3000 kali.

Zinnirah menatap satu persatu ahli usrahnya yang duduk sebaris dengannya. Maryam Huda, Khadeeja Safiyyah, Jannah Yusra, Fatihah Amani, Munajatul Izzah, Aisyah Zakiyyah, Nusaibah Ulya, Mardiyyah Hasanah, Wardah Rhadiyah dan Mukminah Barakah. Semuanya sedang fokus menyiapkan tugasan sepanjang perjalanan pergi ke Umrah kali ini.

Sambungan part 2..


::Halwa Telinga::

Bloggers Chat Room

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...