~semoga mereka dirahmati Allah~

Dimulakan dengan....

Photobucket

Tuesday, October 18, 2022

INSAF

Sedar diri
Jelas tujuan hidup
Banyak kelemahan
Masih belajar

Itulah antara kata kunci untuk orang yang insaf diri
Mereka sangat rendah diri
Tak suka menunjuk
Bah kan sanggup menurunkan ego

Subhanallah  moga kita jadi seperti mereka'

Tuesday, October 4, 2022

PASRAH PADA ALLAH

Kita berusaha sebaik mungkin
Nanti Allah tentukan hasilnya

Syaratnya mesti bersungguh-sungguh
Susun strategi
Dan perancangan 

Jangan biar ianya bagai hangat-hangat tahi ayam
Jangan hanya manis dibibir bagai menanam tebu di bibir
Tapi buatlah sehabis baik
"Genggam bara api biar sampai jadi arang"

Sebagaimana hadis Nabi:
  • Daripada Aisyah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

 

إِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ يُحِبُّ إِذَا عَمِلَ أَحَدُكُمْ عَمَلًا أَنْ يُتْقِنَهُ

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah ‘Azza Wa Jal kasih apabila seseorang daripada kamu melakukan sesuatu amalan hendaklah buat secara tekun.”


Jalan terus

GBTTNPKS 

ISU KN

HUSNA BOLEH!


Monday, September 26, 2022

PAKSA

Kita boleh ajak orang datang
Tapi kita tak boleh paksa orang dapat hidayah
Hidayah milik Allah

Amanah nak tak nak kena buat
Jangan beri alasan

Buat yang terbaik
Usaha
Konsisten

Tuesday, September 13, 2022

LANGKAH ITU

Memulakan itu susah pada asalnya
Namun jika dibuat
Bersungguh
Tekun

Maka hasilnya indah
Sabar
Konsisten
Terus semangat 
Itu kunci utama

Coretan
13/9/2022

Wednesday, November 3, 2021

BERHABUK

Assalamualaikum lama tidak menulis, hari ini baru berkesempatan. Banyak perkara nak di tulis. Cuma sempat coret sedikit sajak di bawah.

Perjuangan
Dalam kita melalui ranjau
Pasti ada duri dan onak
Lalui dengan tenang
Solat dan sabar
Allah pasti bersamamu

Tidak ada perjuangan yang mudah
Ada tika diuji dengan diri sendiri
Mujahadah
Diuji dengan keluarga
Sabarlah
Diuji dengan rakan sekerja
Teruslah
Diuji dengan munafik yang berpura-pura
Bertabahlah
Diuji dengan berbagai apa pun
Mestilah terus melangkah

Sabar dan solat
Solat istiharoh 
Solat taubat 
Solat hajat
Gandakan amalanmu

Moga pertolongan Allah bersama.
Husna
3.11.2021
9.03pagi

::Halwa Telinga::

Bloggers Chat Room

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...