~semoga mereka dirahmati Allah~

Dimulakan dengan....

Photobucket

Monday, August 4, 2014

oh IBU~

|Bismillah...| Alhamdulillah, Wassola ala Rasulillah.
 
Kisah semalam, balik dari Pahang, sebab Isnin sudah mula kelas bagi yang mengambil 'Short Sem'. Bersiap selepas solat Subuh di imamkan oleh ibu kerana yang lelaki telah ke masjid. Seusai solat ibu melangkah sambil berlari-lari anak ke dapur.

"kakak, tunggu jap tau, ibu masak ikan patin nih"
Ya Allah itulah ibu, pantang sangat kalau anaknya balik dengan tangan kosong, dipastikan kami siap sedia dengan bekalan ikan patin atau makanan dari masakannya sendiri.

Ibu,
kau ratu hatiku


lirik lagu yang kedengaran.. tak ingat apa sambungannya.

sesibuk mana pun ibuku ini, tetap akan menyediakan makanan buat kami, sungguh, air tangan ibu satu nikmat tak terhingga, susah dilupai sentiasa dirindui.

tak terbalas jasamu ibu,
semoga ibuku masuk ke syurga . amiiinn

 Oleh : Khalifah Allah Zinnirah Mukminah

Tuesday, July 22, 2014

Malam yang D Tunggu!

|Bismillah...| Alhamdulillah, Wassola ala Rasulillah.

Tanda malam al-Qadr ialah :

 àMalam itu tenang, tidak dingin dan tidak panas;

 àSiangnya cahaya matahari warnanya pucat;

àPada malam itu malaikat Jibril akan menyalami orang yang beribadat pada malam itu dan tandanya ialah kita tiba-tiba rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak secara tiba-tiba.

p/s; Marilah kita beramai-ramai memeriahkan suasana 10 malam terakhir ramadhan dengan beribadat kepada allah swt dengan ikhlas dan penuh keimanan, mudah-mudahan kita dapat kurniaan allah yang kelebihannya pahalanya melebihi – 1000 bulan atau 83 tahun umur kita. 5 Hari LAGI!! AYUH!



 
Oleh : Khalifah Allah Zinnirah Mukminah

Monday, June 30, 2014

Ramadhan Kareem

|Bismillah...| Alhamdulillah, Wassola ala Rasulillah.

Ramadhan datang sebulan setahun
Apakah kita merasainya sepenuh hati
Atau hanya adat
Bukan ibadat

Azamku
Moga Ramadhan ini membawa keberkatan
Dalam urusan harian
Selepas ini
11 bulan mendatang

Doaku buat semua
Agar kita istiqaamah dalam kebaikan
Insya Allah

 Oleh : Khalifah Allah Mar'atul Husna bt Roslan

Monday, May 19, 2014

lAmAr

|Bismillah...| Alhamdulillah, Wassola ala Rasulillah.



Apabila perempuan yang anda lamar itu meminta supaya disampaikan kepada walinya, atau supaya digunakan orang tengah untuk berhubung, itu bukan bermakna dia tidak menghargai atau mempercayai anda. Bahkan, kerana menghargailah dia memilih untuk menjaga, agar sebuah lamaran yang mulia kekal tinggi nilainya.
Anda perlu percaya bahawa anda seorang yang baik dan terhormat di pandangannya, kerana itu dia mahu menerima lamaran anda atau mahu mempertimbangkan lamaran anda. Jika anda tidak baik, tentulah ditolak dari mula.
Soal baik atau tidak, bukan soal anda dan dia, tetapi soalnya syaitan itu memang tidak baik, dan syaitan itu sentiasa pula mahu jadi yang ketiga. Dia mahu merosak yang elok, mencarik yang indah, mencemar yang mulia. Justeru ingat, siapa yang lebih tegas sebelum nikah, dialah sebenarnya yang lebih menyayangi dan lebih menghargai!

 Oleh : Khalifah Allah Mar'atul Husna bt Roslan

Tuesday, April 22, 2014

exam oh exam

|Bismillah...| Alhamdulillah, Wassola ala Rasulillah. 

Salam Imtihan buat semua yang sedang bertarung dan akan bertarung dalam Final Exam di kampus masing-masing. Disini ingin saya kongsikan Tips untuk Exam.

1. Mula ulangkaji dari awal
Ya, kenapa? kerana apabila kita sudah mengulang kaji kita akan mengingat dengan mudah, elakkan study last minute.

2.Ketahui apa kelemahan
Kena tahu kita lemah di mana, kelemahan dalaman atau luaran, faktor diri sendiri atau faktor orang lain. Kelemahan ini membuatkan kita tidak mengulangnya lagi. ayuh kenal pasti, seperti, tidak berdisiplin, tidak fokus dalam kelas, tidak boleh urus masa dan sebagainya. Perbaiki!

3. Usaha dan fahami 
Usaha untuk faham sebelum kaki melangkah ke kelas, baca atau belek nota-nota yang ada. Semoga apa yang di baca menjana idea-idea nanti di dalam kelas.

4.Doa dan tawakkal
Solat hajat untuk mendapat jawab exa dengan baik, mohon ibu dan ayah kita doakan juga. Berserah kepada Allah setelah kita berusaha sehabis daya.



5. Istiqamah
Jadilah kita golongan yang istiqamah mengulang kaji atau rajin menyiapkan task dan sebagainya. Istiqamh juga mengulang. Ulangan yang banyak melekatkan ke dalm kepala, ulang lebih 60 kali, insya allah masuk!

6. Hafal
hafal nota yang telah kita siapkan, teknik menghafal adalah salah satu teknik berkesan susun ikut abjad dan akronim dan lain-lain.

7. Study Group
Study group adalah kaedah efektif yang mana kita dapat mendapat maklumat dengan cara yang paling cepat.




1. Doa masa study
“Wahai Tuhanku, kurniakanlah kami kefahaman para Nabi dan hafazan para Rasul, serta ilham daripada para Malaikat yang hampir dengan-Mu, kurniakanlah kami kesihatan wahai Tuhan yang Maha Pengasih”

2. Doa lepas study
“Ya Allah! Sesungguhnya aku menitip apa yang aku baca, faham dan hafal kepadaMu. Maka kembalikanlah ia kepadaku ketika aku memerlukannya. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala sesuatu”

3. Doa memohon kejayaan
“Ya Allah, kami memohon daripada-Mu kejayaan dalam setiap ketentuan, tempat para syuhada’, dan kehidupan mereka yang bahagia serta kemenangan ke atas musuh”

4. Doa masa nak jawab soalan exam
“Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku. Dan mudahkanlah bagiku tugasku. Dan lepaskanlah simpulan daripada lidahku, supaya mereka faham perkataanku.”



Tips untuk Exam lain klik sini


 Oleh : Zinnirah Mukminah

::Halwa Telinga::

Bloggers Chat Room

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...