~semoga mereka dirahmati Allah~

Dimulakan dengan....

Photobucket

Sunday, January 4, 2015

Cerpen Diari Muslimah

|Bismillah...| Alhamdulillah, Wassola ala Rasulillah.


Kisah ini di ambil dari pengalaman penulis bersama beberapa orang sahabatnya

Angin bayu senja mengimbau kembali kenangan buat dia, Zahirah yang aktif menyertai pelbagai jenis aktiviti dalam kelab di kampusnya. Memori bersama sahabat baiknya Khalilah yang juga jiran paling dekat dengan rumahnya.

" Duit syiling je tinggal Zahirah.." luah Khalilah.
" Kita guna je la duit yang ada..." balas Zahirah

Memang itulah satu-satunya kenangan yang paling tak boleh dilupakan, bila duit mereka kehabisan untuk membayar tiket Bas Haji Awang, bas yang menghantar penumpang dari Temerloh ke Maran.

Zahirah dan Khalilah selalu pulang lewat petang kerana menyiapkan tugasan Badan Dakwah yang mereka sertai kadang-kadang mesyuarat tergempar dari jawatankuasa Badan Dakwah sekolah mereka.

Banyak kenangan mengingatkan dia bahawa semua itu satu pengalaman bermakna, yang tidak boleh di jual beli!

----------------
Selepas Solat Maghrib dan Isyak berjemaah bersama rakan sebilik di kampusnya, Zahirah mengaji dan menggosok bajunya. Dia mahu ke Perpustakaan UIA Gombak yang selalu dirinduinya itu.

Jam sudah menunjukkan pukul 9.15 malam segera kakinya melangkah menuju ke perpustakaan. Dilihat sudah ramai mahasiswa memenuhi ruang dan meja belajar masing-masing.

"Allahurabbi.. dah penuh" luah Zahirah.
"Sis, sis nak duduk kat tempat saya ni pon boleh, saya sedang menunggu kawan, selepas ni  saya akan beredar.." tegur seorang mahasiswi kepada Zahirah.
" Oh ye? boleh.. terima kasih sis.." balas Zahirah.
"Sama-sama.." balas mahasiswi itu kembali.

Setelah mengambil tempat duduknya Zahirah membelek Al-Quran, sudah menjadi amalannya setiap kali mahu membuka pelajaran, dia kan membuka Al-Quran kesayangannya dahulu.

'Sadaqallahul a'azim...' di akhiri dengan doa khatam Quran.
'Emm, ramai pulak belajar kali ni...' Zahirah bercakap seorang diri. 'Mungkin sebab musim peperiksaan ni...kalau tak memang tak de orang sangat dalam library ni..' monolognya seorang diri.

Namun semua itu mengingatkan dia kembali pada zaman sekolah, perpustakaan di sekolahnya selalu sahaja digunakan untuk kelas atau mesyuarat, kalau ada pelajar yang masuk pun itu pun yang memang ulat buku!

Jauh lagi budaya membaca di pupuk dalam kalangan pelajar di sekolah, perlu ada usaha yang berterusan untuk menggalakkan mereka banyak membaca, kerana dengan banyak membaca ilmu akan bertambah, pengetahuan semakin meluas.

-------------
Selesai menyiapkan tugasan dan notanya, Zahirah bingkas mengemas dan menyusun buku-bukunya. Dia mahu pulang sebelum jam 11 malam.


" Assalamualaikum cik adik manis...boleh saya bertemu dengan saudari sekejap?" sapa seorang lelaki ketika Zahirah melalui jalan pulang ke Mahallahnya.

"Maaf saya mahu segera.." balas Zahirah lantas mempercepatkan langkahnya.

"Cik adik manis nak kemana cepat-cepat ni?" tanya lelaki itu kembali.

Diperlajukan langkahnya kembali dan meninggalkan lelaki itu keseorangan tanpa jawapan. Banyak kalu sudah Zahirah di ganggu oleh lelaki itu, namun dia tidak pernah melayan sama sekali. Punya pendirian tidak masa untuk membuat dosa dan menghilangkan malu.

Kerana dalam diri Zahirah sudah persiapkan hanya untuk seorang lelaki yang bernama suami, bukan mana-mana lelaki yang suka mencari kesempatan.
----
TANGGUNGJAWAB LEBIH BANYAK DARI MASAYANG ADA

Itu kata-kata dari tokoh terkenal yang terlekat di pintu almarinya. Ya, kata-kata Imam Hassan Al-Banna itu membuatkan dirinya selalu beringat bahawa dia tidak boleh membuang masa begitu sahaja, banyak perkara kebaikan manfaat untuk diri atau semua orang dia perlu lakukan.

Tambahan pula Zahirah bukanlah seorang gadis yang pasif hanya duduk di bilik, pergi ke kelas dan ke kafe atau di panggil STUDENT 3K, Katil, Kafe dan Kelas.

Zahirah gadis lincah ini selalu menjadikan masanya untuk kebaikan dan kebenaran, banyak kerja dia buat bersama-sama sahabat seusrahnya, Sakina, Syakirah, Farihan, Mardiana, Diana, Musfirah, Atiqa, Huda, Fatihah, Afifah dan Naqibah kesayangannya Kak Mardhiah Hayati dan Kak Masyitah.
-----------------

Tutt.. tutt
tanda What'sApp nya ada menerima mesej peribadi dari seseorang.

"USRAH BOM-Best Of Muslimah"

Esok 4.1.2017
River side IIUM

bawa task yang di berikan oleh Naqibah kita hari tu ^^
------------------








Oleh : Khalifah Allah Mar'atul Husna bt Roslan

Saturday, January 3, 2015

POLISI

|Bismillah...| Alhamdulillah, Wassola ala Rasulillah.


assalamualaikum buat semua pembaca setia blog saya ini. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w serta para sahabat baginda. Alhamdulillah masih diberi kesempatan juga akhirnya untuk menulis di ruangan yang kecil ini.

Bulan Disember saya tidak menulis apa-apa, nampaknya saya telah memungkiri janji saya untuk menulis setiap bulan sekurang-kurangya satu tulisan setiap bulan, namun saya ada 'iqab' atau denda buat diri saya sendiri.

Bulan Januari ini telah pun tiba, memasuki bulan ini seolah-olah memberi sinar buat diri untuk menjadi lebih baik dari tahun sebelumnya. Maka beberapa polisi atau prinsip telah di garis.



POLISI MAR'ATUL HUSNA ROSLAN

1. Setiap 2 jam list kan amalan dan keje yg akan di buat, bakal di buat dan telah di buat.


2. Kena LAJU kan lagi gerakkerja tetapi bukan gopoh!

3. Say 'NO' to couple, bnde yang ajak kepada couple, zina hati dll

4. Fokus betol-betol pada taklifanS sekarang.

5. Mesti jaga masa, punctual dan isi sebaiknya, kalau kosong je, teruskan ia'dah!


doakan saya dapat laksanakan semua POLISI baru yang baru di upgrade ini..

NEXT LEVEL... TAHUN AKHIR..yang sangat mencabar!  =)

 Oleh : Khalifah Allah Mar'atul Husna bt Roslan

Thursday, November 13, 2014

Sila

|Bismillah...| Alhamdulillah, Wassola ala Rasulillah.

Sila
Ya sila bilang berapa ramai yang janji
kemudian menunaikannya dan menepati

sila
ya sila cakap berapa ramai buat kerja awal-awal
bukan saat akhir terkial-kial

ya sila beritahu saya berapa nisbah orang yang berkualiti
dari orang yang berpersonaliti sahaja

sila
ya sila maklum kepada kami berapa ramai yang sayang Allah
lebih dari sayang anak bini harta dan duniawi

sila
silakan masuk jika berani
buka cakap sembang kencang belakang diri

 Oleh : Khalifah Allah Mar'atul Husna bt Roslan

Monday, October 20, 2014

SerIK

|Bismillah...| Alhamdulillah, Wassola ala Rasulillah.


Serik
Serikku pada sebuah kekecewaan
Sebuah impian seharusnya ditunaikan

Namun
Kekadang kita lupa tuhan
Allah beri peringatan
Jangan cepat beri harapan
Pada perkara yang belum tahu kesudahan

Sabar dan solatlah
Moga-moga ada petunjuk
Kerana kita hanya tumpangan
Di negeri abadi bersoal jawab

Yakin dan optimis
Pada janjinya
Sekali kau kecewa
Berganda tuhan datang memujuk

Senyum dan bertabahlah! =)

08.31pm
20.10.2014
UIAM Gombak

 Oleh : Khalifah Allah Zinnirah Mukminah

Friday, September 5, 2014

Cerita Ogos Yang padat

|Bismillah...| Alhamdulillah, Wassola ala Rasulillah.

alhamdulillah masih di beri nikmat hidup dan masih dipinjam kekuatan untuk istiqamah. Jadual hari cuti saya sangat berbeza dengan apa yang saya plan sebelum cuti semester ini. Di suruh oleh ayah dan ibu menjadi guru sementara di PASTI AL AMIN. Kerana guru yang ada tidak mencukupi.

Alhamdulillah.. perancangan Allah sangat cantik. Setiap aturannya ada hikmah. Beroleh sedikit imbuhan untuk kemasukan sem yang baru ini.

Hari ini, hari terakhir di rumah. Sempat la belajar buat donat, masak asam pedas, masak paprik dan masak tomyam. Ibu banyak kali berpesan supaya setiap kali balik cuti mesti belajar sampai jadi masakan-masakan baru. Biarpun donat yang mula-mula menjadi cekodok donat!haha


HIDUP INI TEMPAT MENANAM
Ya, benar. Firman Allah s.w.t " Dan tidaklah aku ciptakn jin dan manusia itu melainkan untuk beribadah". Setiap perilaku kita dan gerak tindak mestilah di niatkan kerana Allah. Hari-hari kena tajdid niat( perbaharui niat). Supaya kita tidak menyimpang kepada matlamat lain.

Rebutlah peluang buat baik, setiap masa cuba isi dengan kebaikan yang bermanfaat. Kerana bumi ini sementara. Kita menuju alam lain, alam akhirat yang kekal abadi, ayuhlah merebut ladang ini untuk kita menanam sebaiknya padi, tebu dan getah dengan cara yang baik supaya hasilnya nanti juga yang terbaik!


OGOS BULAN MERDEKA
Ketika kaki melangkah ke bulan ini pasti teringat satu peristiwa setahun lalu, sahabat baik senegeri dengan ku telah bernikah pada 31 Ogos tahun lalu. Dia kini menjadi ayah kepada seorang mujahidah puteri sulungnya alhamdulillah. Diri masih merdeka dari status isteri orang atau ibu kepada anak-anak. Merdeka di sini bermaksud belum ditakdirkan. Alhamdulillah penyusunan dari Allah itu yang terbaik!

kisah lain, ketika keputusan short sem dah keluar, tiada lain yang diharapkan melainkan keputusan yang cemerlang. Alhamdulillah, syukur lagi kerana diberi nikmat merasai nikmat kejayaan.

Perjalanan masih pnjang, diri, jangan cepat puas hati, ada lagi 3 sem yang mencabar dengan subjek berat. Allah: pinjamkan kami kekuatan.

Tiada lain yang ku doa pada bulan ini , melainkan diberi kebebesan dari segala perasaan yang menyapa. bebas dari rasa mahu bercinta! bebaskan aku ya rabb dari segala RASA yang belum pada masanya!

sangat mencabar, kerana sahabat baik merangkap jiran aku juga turut bernikah pada bulan ini, Allah.Namun aku yang di jemput menjadi mak andak bidan terjun ini hanya mampu senyum dan berkata sabar! sabar!


ANAK-ANAK ITU BERSIH
Ku sangka cuti sem ini mahu berehat atau Qada' segala kerja-kerja yang tertangguh, namun takdir mengatasi segalanya. Allah susunkan yang terbaik, alhamdulillah.MENGAJAR! Ya .. di pinta menjadi ustajaH!

Pada hari pertama lagi mereka mula manja dan bertanya bermacam-macam soalan. boleh bayangkan adik-adik yang berumur 4 tahun, celoteh dengan mulut yang baru pandai bercakap, tak terlayan!

Mereka ini bersih tiada dosa apa-apa ye la. sekali mengajar terus masuk. subhanallah

hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: Setiap anak yang dilahirkan itu adalah umpama kain putih (fitrah), ibu bapalah yang bertanggungjawab mewamakan dan mencorakkannya, sama ada menjadi Yahudi, Nasrani dan Majusi ... (riwayat Bukhari dan Muslim)

benar, dari hadis ini dapat kita ambil iktibar bahawa mereka(anak-anak) itu perlulah di corak dengan baik, didiklah dengan baik, kita(guru/ibubapa) mendapat saham kebaikan itu. insha allah.

Sempena mengajar di sini, dapatlah di kongsikan bagaimana ibu bapa yang baik menghasilkan nak yang baik, bak kata pepatah Melayu: benih yang baik, jatuh ke laut menjadi pulau, jatuh ke tanah menjadi pokok( entah, tak ingt, betol ke)

bukti: ibu bapa yang ambil berat pasal solat, pakaian, buku2 anak mereka, biasanya anakna bijak dan cepat tangkap apa yang di ajar guru. Mungkin ibu ayahnya bersih dari dosa-dosa berat.

namun berbeza dengan ibu ayah yang datang ambil anak-anaknya pakai seluar pendek, tak tutup aurat dan sebagainya...biasanya anak mereka degil dan tak dengar kata.astaghfirullah...


Padat bulan ini kerana paginya aku mengajar pasti, petangnya aku mengajar Kafa. malam gi usrah atau ceramah, penat la juga, tetapi apa la sangat jika nak di bandingkan dengan orng lain. Allah istiqamahkan kami dalam jalan juang ini.amin 40x! allahuakbar!!

KESIMPULAN:

Pengajaran bulan ini:
1. Jangan rasa apa yang kita rancang yang terbaik, tapi mesti rasa dan yakin perancangan Allah terbaik!

2. Belajar buat banyak benda dalam satu masa.

3. Merdekakan diri dari segala RASA yang belum patut di rasa =)

4. Azam: mahu didik anak-anak dengan asuhan penuh kasih sayang insya allah.


 Oleh : Khalifah Allah Zinnirah Mukminah

::Halwa Telinga::

Bloggers Chat Room

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...