|Bismillah...|
Alhamdulillah,
Wassola ala Rasulillah.
Ceritanya dia pengayun
gerabak Dakwah
Ceritanya dia pendodoi
jiwa haus Tarbiyah
Ceritanya dia
perjuangkan hak Pemilik dirinya
Hari-hari dia
bermatian menjaga iman
Sosok itu selalu cuba
menutup hatinya daripada liar
Cuba teguh menjadi
qudwah
Tidak putus asa
mengajar dirinya mengejar kasih abadi Tuhan
Jiwa-jiwa lain
sentiasa dekat walau bukan sekaki jaraknya
Kerana cintanya kepada
Ukhuwwah ini tak pernah dirasa mereka jauh
Bersatu dalam balasan
bedilan doa
Rasa-rasa dia selalu
tenang
Berjemaah ini bagai
bangunan kokoh
Jitu selalu mahu
dilihat
Maka dia pun sentiasa mengukir
senyuman Pembina ruh kepada semua
Segala masalah muncul
Dia panah kembali
dengan keyakinan kepada Yang Maha Merancang
Sakit, perih yang
menyergah dia cuba benteng dengan rasa kehambaan
Muncul ujian sebesar
mana
Makin kuat
pergantungannya kepada Tempat Kembalinya
Ya, sore- sore mengata
yang indah-indah
Dia jatuh juga ada
masanya
Rasa lumpuh kerana
kecewa
Rasa tidak mahu lagi
mengangkat muka
Kerana semua jari
menuding keaibannya
Pernah juga hatinya
menjerit perit dikhianati
Pernah juga dia ingin
memilih putus asa
Sampai satu ketikanya
dia mahu berhenti
Satu dua tiga
Buka mata semula
Buka dengan makna
Sedar kembali
perjuangan ini bukan untuk dunia
Kerna Allah tidak buta
Maka dia bangkit dari
rebah lama
Sohabiah semua wujud
untuk hadir memberi erti hati kepada hati
Nafsu jangan didik
Lama-lama tinggalkan
perjuangan seorang Khalifah
Kerna perjuangan daie
itu benar-benar bukan mainan
Dia bangun terus untuk
menusuk tajam tohor Jahiliyyah
Dia susun kembali
rentak tarian Mutaba’ah Amal
Kembali mujahadah yang
lain di ajak sama merasai
Hati-hati kusam karat
Disua vitamin Kitab
Allah
Terus-terusan menjalin
cinta dengan Yang Mencintai tanpa cuba mengalah
Dia kini masih istiqamah
kerana restu Dia
Harapan untuk tanpa
cantas di jalan ini tak pernah berkubur
Kerana pengakhirannya
kelam atau tidak itu
Mencabar dia untuk
kuat dalam payah
Cuba dan cuba
Lari dan lari
Moga-moga Allah tidak
mahu lepaskannya
Pergi dari kasih
sayang-Nya
Dan moga-moga dakapan
hangat Tuhan itu
Selalu menjaga setiap
langkahnya
Bersama-sama
kepimpinan lainnya juga
Setiap butir bicara
Dan setiap titipan
jari mencoret murni
Selalu ada kemudahan
Selalu ada!
Nukilan,
Khalifah Allah
Mar'atul Husna bt Roslan