~semoga mereka dirahmati Allah~

Dimulakan dengan....

Photobucket

Saturday, December 7, 2013

U @ Me

|Bismillah...| 
Alhamdulillah, 
Wassola ala Rasulillah.

Kisah hidup insani
diselubungi dalam misteri
sekian kali itu mungkin rahmat dari ilahi
buat hambanya supaya insafi diri
ada hikmah dalam setiap saat ujian musibah Allah beri

Bermula sebuah langkah
dengan tekad yang baru
menjejak kaki ke kampus ini
Aku dan dia tidak kenal mengenali
asing dalam dunia asing
Bila namanya disebut aku seakan mahu tahu
siapakah pemilik nama itu
'menjaga pandangan' itu yang ku dengar 
dari si kawan-kawan senegeriku
mahu tahu, sungguh!
kenapa? 
aku jua tidak pasti


Maka hari berganti hari
tempat dan destinasi kami tujui
menjadi saksi aku semakin mengenali dirimu
kenal lebih dekat
bukan bermakna kenal segalanya
mungkin bagai melihat air dari gelas kaca
lihat diluar sahaja
aku tidak berani
kerana pernah kecewa
aku bukan pengecut
tetapi pernah dah ku bertanya
ibarat menjauhi diri dari sampan yang binasa

Aku bukan sehebat Khadijah melamar nabi kita
aku menjadi trauma dengan kisah lalu
kisah sedih lagi pilu
orang yang kurasai 
bakal menjadi tiang seri hidupku!

Allahurabbi,
engkau mungkin tidak sedar semua ini
kerana aku mungkin bertepuk sebelah tangan sahaja
tak pernah kau bertanya?
oh mungkin berjiwa besar, 
kau punya azam yang banyak
mahu itu mahu ini
semangat yang ada ku hargai

Aku tak pasti di mana semua ini akan berakhir
namun ku tahu
Allah yang merancang
Allah memberi dengan adil
aku sedia berkorban 
andai ada yang terbaik 
Allah beri buatmu dan aku!

Biarlah Allah sahaja menjadi saksi
atas segala apa yang aku rasai
aku tak mengharap
tapi aku menghormati rasa dalam jiwa ku ini
Allah kau campakkan semua ini 
aku nak lari dari rasa ini
tapi,jauh sekali
semakin jauh, semakin ku diuji
semakin lari semakin dekat
bagai mengejar bayang-bayang sendiri

Ujian buat ku
kau kuatkan aku ya Allah
supaya aku tak lalai dan leka
aku mahu jadi sesoleh dia
aku mahu menjadi mukminah
ibu buat anak-anakku nanti

Namun,tiba-tiba rasa dalam diri ini
aku pasti kau juga merasai apa yang ku rasa
kau sudah ada pendirian
katanya selepas bergelar graduan
saat ku bertanya hari itu
maka berbahagialah mereka yang sudah berbahagia
yang belum itu pasti bahagia juga
walaupun bukan dengan orang yang dia pernah cintai

Setiap masa yang sampai bukan kebetulan
aku hari-hari berdoa
mohon Allah tetapkan yang terbaik
mungkin kau sudah dimiliki
kerana agama yang ada dalam dirimu
aku setia  di sini, dalam istiharoh ini
masih di sini mengharap kau tidak pergi
menjadi penggerak sama-sama di bumi tarbiah ini.


 Oleh : Khalifah Allah Mar'atul Husna bt Roslan
(5.28am M. Safiyah)

Thursday, December 5, 2013

Ujian

|Bismillah...| Alhamdulillah, Wassola ala Rasulillah.

Jatuh bangun dalam hidup
tak semudah mendengar kalimat sabar
Bila ujian itu kena pada diri
Nilailah imanmu

Kemana kamu mengadu
Kemana kamu mohon pertolongan

terus positif dan yakin seyakinnya
kau di uji tanda Allah sayang

Adu, cerita, menangislah di hadapan DIA
ya Dia, Allah tuhan kita!

 Oleh : Khalifah Allah Mar'atul Husna bt Roslan

Sunday, November 24, 2013

lAri!

|Bismillah...| Alhamdulillah, Wassola ala Rasulillah

Berlari aku,
Dalam setiap gerak langkah
Mencari erti sebuah mujahadah

Masih berlalri
Sedang yang lain sudah tamat dalam pelarian
aku masih berlari, masih!

Aku berlari bersama sebuah kekentalan
Mendalami erti kehidupan
Yang berwarna kadang-kadang misteri

Masih berlari
Tika yang lain sudah putus asa
Aku mesti lari, lari!

Berlari mencari Redha Allah
Biar ujian yang datang mendekatkan lagi
Aku dengan tuhanku

Oleh : Khalifah Allah Mar'atul Husna bt Roslan

Friday, November 15, 2013

lEmAh

|Bismillah...|
Alhamdulillah,
Wassola ala Rasulillah.

 Sabda Rasulullah: "Dua nikmat yang ramai orang yang tertipu di dalamnya iaitu kesihatan dan kelapangan waktu."Riwayat Bukhari

Aku terlupa, dalam kesibukan kononnya, terhenti kerana demam melanda.
Ujian yang Allah beri, buat aku sedar kembali.

Sihat VS Sakit
Dua term yang sangat berbeza,
Dua nikmat yang  Allah nak uji iman kita.

Di pagi yang hening itu,
Anak usrahku datang melawatku,
Alhamdulillah ku ambil semangat dari situ!

Aku memang lemah,
Allah maha gagah.

Moga dosa-dosa diampuni,
Moga mereka-mereka dirahmati.

Hidup perlu diteruskan,
Cakna dengan ujian,
Perlu faham hakikat dugaan!

Kuat, semangat, boleh!
Insyaallah, La hau la wala quwwata illa billah~

 Oleh : Khalifah Allah Mar'atul Husna bt Roslan

Monday, November 11, 2013

Isi Hati INI

|Bismillah...| Alhamdulillah, Wassola ala Rasulillah.

Khas untuk 'dia'

Bila kau berbicara pasti mengaitkan dengan sirah
Bila bertanya, pasti dia pemula,
Bila dikatakan siapa mahu?
Pasti dia dulu!

Kau yang ku kenal,
Harapnya bukan di kampus sekencang itu,
Tapi berpanjangan hingga ke kampung dan hulu,
Punya tekad mahu membantu,
anak-anak senegeri yang perlukanmu.

Aku yang kau kenal,
Pasti hanya anak pimpinan,
Yang aku tak pasti,
Belum tentu kau rasai apalah sangat nilai ini.

Aku yang kau kenal,
Mungkin hanya pada nama,
tidak pada dalamannya,
siapalah aku disisi matamu dan jiwa.

Kau yang ku kenal,
Setakat ini,
Hanya dalam perjumpaan dan pertemuan,
Hanya sekali terpaksa mengambil barang katanya 'hantaran'
haish

Aku masih panjang perjalanan dibumi ilmu ini,
Kau bakal menjejak alam lain,
Aku masih belajar erti berlari dengan lelah,
Kau bakal mendaki bumi kerjaya sudah.

Aku yang mengenalimu,
Dari lensa kaca,
Dari dua bingkai cermin mata,
Tidak nampak kelemahan-kelemahanmu,
Yang membuat aku tawar hati,
Istiharohku masih di sini, insyaallah.

Sedar diri ini,
Aku bukan layak dari mendekatimu
Aku bukan mereka-mereka yang punya aura populariti
Aku bukan itu!
Aku adalah aku!

Oleh : Khalifah Allah Mar'atul Husna bt Roslan
hanya DIA yang memahami puisi ini =)

::Halwa Telinga::

Bloggers Chat Room

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...