~semoga mereka dirahmati Allah~

Dimulakan dengan....

Photobucket

Friday, January 13, 2012

~kisah saya di sekolah Cina~

Sedikit komen tentang soalan yang saya terima sebelum ini.

Jika ditanya kepada saya, bagaimana kamu menulis? 
Jawabnya, saya menulis berdasarkan pengalaman dan ilmu yang saya ada. 

Mungkin orang lain lebih gemar menulis untuk penulisan berbentuk fakta dan ilmiah 
atau berbentuk dakwah serta nasihat..
Namun bagi saya menulis itu seni, seni itu berbagai rupa...
dan bukan semua orang punya cita rasa yang sama, saya lebih gemar menulis dengan rasa dari hati dan juga dari pengalaman saya sendiri.

Saya bebas memberi idea tanpa melanggar hukum syariat, tak perlu sampai saya nak hipokrit ketika menulis..Biarlah tulisan ini memberi pahala kepada yang menulis dan yang membaca.. insya allah.

oh, kenapa pengalaman? Kerana bagi saya pengalaman itulah yang membentuk manusia menjadi lebih baik. Dari sudut pandang sisi lain, mungkin pengalaman saya boleh dijadikan iktibar dan diambil ibrahnya oleh orang yang membaca dari penulisan saya.

saya kod kan kata-kata Imam yang terkenal ini!
“Apapun alasan yang ada, saya memang suka menulis dan saya akan tetap memenuhi keinginan saya untuk tetap menulis. Jika apa yang saya tulis adalah sesuatu yang benar, Alhamdulillah. Namun jika tidak, maka Astaghfirullah. Tetapi, saya yakin bahawa kalaupun tulisan ini tidak bermanfaat, insya Allah tetap tidak mendatangkan mudharat. Namun, kebaikanlah yang saya inginkan, dan Allah sajalah yang dapat memberi taufiq,” -(Imam As-Syahid Hassan Al Banna)

___________________________________________________

Hari ini saya terkenang sekolah lama saya.
.
Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Mentakab 2
Sebelum ini hampir semua tak percaya saya dari sekolah Rendah Cina...Mungkin perkara ini jarang didengari. tapi benarlah kata ibu satu kelebihan buat saya untuk orang lain dapat sesuatu yang berharga..


Ya , hampir sahaja saya tergelak bila seorang kakak menegur saya mengatakan bahawa makanan di sekolah Cina macamana? Dalam situasi lain,saya disapa oleh seorang kakak yang bernama Izati Hamzah... mahu bertanya topik sekolah Cina..Sebelum ini,sebenarnya ada juga kawan-kawan ayah dan ibu yang bercadang mahu menghantar anak-anaknya ke sekolah Cina...bertanya dari PENGALAMAN saya sendiri.
Bertanya, bertanya, bertanya dan bertanya..
Ada belajar Agama ke? macamana sesi pembelajarannya? Guru-gurunya bagaimana? Ada tak surau? Apa lagi yang kita dapat selain belajar bahasa di sana? Boleh pakai tudung tak? Ada diskriminasi?dan... banyak lagi soalan yang akan di jawab disini.

Sebelum itu, saya lahir dari keluarga yang bukan keturunan cina..tapi ayah saya dari keturunan Baba Nyonya di Melaka..Mungkin atas sedikit faktor ini saya dan adik-adik cenderung untuk dihantar kesekolah Cina...dan juga faktor "dakwah"!
 

 DARJAH 1
  • Agama
Pertama saya ingin menegaskan bahawa menghantar anak-anak ke sekolah Cina tidak seperti menghantar anak-anak ke sekolah Melayu. Hal ini kerana, pertama kali saya masuk ke sekolah Cina itu, sayalah orang pertama yang memakai tudung ke sekolah, sedangkan anak-anak Melayu lain tidak memakainya atas alasan sebelum ini belum ada yang memakainya..
Alhamdulillah, berkat kesabaran ibu dan ayah serta tolak ansur guru-guru Cina saya diterima baik untuk belajar dengan memakai tudung berbaju kurung lengkap....kebiasaannya anak-anak Melayu yang bersekolah disini hanya memakai baju kurung sekolah tanpa tudung..malah ada juga yang memakai skirt seperti anak perempuan Cina lain..

Ya, tak sama dengan sekolah Melayu! kerana apa? Kerana mereka bukan sama agama dengan kita.. =) ok,jawapan ini perlu kepada huraian, suatu hari, saya dipaksa menanggalkan tudung kerana kata guru kelas saya..saya asing dan saya sorang saje yang pelik (dalam bahasa Cina la).. ketika ibu menjemput saya pulang...saya mengadu kepada ibu...saya tak mahu ke sekolah Cina lagi....saya didesak beberapa kali oleh guru kelas dan beberapa orang guru Cina lain untuk menanggalkan HIJAB saya ini...
Sejak dari peristiwa itu, saya trauma kerana saya seperti 'diserang mental' oleh 'mereka-mereka' yang memusuhi HIJAB saya ini.....lalu, suatu hari ibu dipanggil oleh guru kelas saya yang 'garang' itu!

Saya disuruh menanggalkan tudung di hadapan ibu dan guru itu! Ya Allah, dalam hati saya yang baru darjah satu itu hanya rasa geram sahaja!(eee, geramnya).Namun mungkin kekuatan ibu dari solat hajatnya yang tak henti-henti  kerana jangkaan ibu bahawa akan ada ujian di sekolah CINA ini nanti..... ibu mengatakan : "Ini perintah AGAMA, Agama Islam suruh penganutnya memakai pakaian seperti ini" Jelas sekali penerangan ibu kepada guru-guru yang menyerang saya itu..


Mereka terdiam, mungkin terkelu, mungkin juga sudah patah hujah!
Ya, pada mereka yang ada rasa untuk menghantar anak-anak ke sekolah Cina, anda perlu ada kekuatan.. perlu tahu cabaran-cabaran yang bakal ditempuh.

Akhirnya, mereka diam kerana mereka takut bila disebut pasal Agama..
Tips:Barulah saya tahu mereka 'kecut' bila disebut tentang AGAMA! Saya meneruskan pembelajaran saya seperti biasa....Selepas itu, bermulalah generasi seterusnya ~~ yang memakai tudung ke sekolah~~dimulakan dengan saya..heheh
  • Makanan
Setiap pagi ibu lah yang membekalkan saya dengan roti atau nasi lemak atau sarapan pagi yang dibuat dari rumah. Saya tidak dibenarkan ibu untuk pergi ke gerai di kantin sekolah Cina untuk membeli makanan di sana. Sejak dari darjah satu hingga enam saya makan bekal yang dibawakan ibu untuk saya.

Peringatan: Di kantin sekolah Cina itu ada jual macam-macam, termasuk B... saya jamin kalau anda ibu bapa yang bertanggungjawab dengan anak-anak anda, anda pasti mengharamkan mereka dari menyentuh makanan seperti itu.......................Tips: sayang anak anda seperti anda sayang diri anda juga!-tibe je =)


 DARJAH 2
  • Suasana
Suasana dikutuk itu perkara biasa..Saya dihantar oleh ibu ke sekolah...sekolah ibu dekat dengan sekolah saya...kerana ibu mengajar di sekolah Menengah yang juga sekolah Cina. Ibu dikutuk dan diumpat kerana memakai tudung labuh dan berjubah, lalu ibu tekad menghantar saya dan adik-adik ke sekolah Cina untuk memahami dan menegur balik apa yang dibuat oleh mereka-mereka itu..

Alhamdulillah, hasil saya belajar dari sekolah Cina itu selama enam tahun, ibu pula belajar dengan saya dan boleh bertutur dengan baik untuk berbual dengan anak-anak Cina itu..Mereka jadi baik pula dengan ibu =)
Mereka ini kalau kita faham apa yang mereka cakap mereka akan respect dan hormat gila kat kita, sebab kita faham bahasa mereka, sejak itu, ibu tidak lagi dihina dan dikeji..

Suasana dalam kelas disini sangat seronok, saya hanya menganga dan mendengar sahaja dari darjah satu hingga darjah dua kerana saya tak tahu apa-apa tentang bahasa Cina, dan saya juga bukan bertadika di sekolah Cina, saya anak didik PASTI! ...tibe je =)

Disebabkan saya tak faham sangat,saya ikut je orang ..Orang hantar buku saya hantar buku..orang berehat saya berehat.. orang menyanyi saya menyanyi..orang mengeja saya mengeja... orang bertepuk saya bertepuk..orang membaca saya membaca... sampaikan orang kena rotan nasib baik saya tak kena rotan. Sebab saya siapkan kerja =)

Suasana kepala Mate. Saya jadi minat dengan matematik sejak dari sekolah Cina, kerana kami diWAJIBKAN mengulang sifir 1 hingga 12 sebelum guru tiba ke kelas, jadi kepala kami dah ada sifir! Mate itu subjek senang je bagi mereka (BANGSA CINA) tapi subjek killer bagi kita(BANGSA MELAYU) aduh, macamna ni? em, sampaikan kawan sebelah saya ini masa darjah enam, dia asyik dapat 99% atau 100% je markah Mate dia! Memang teror ar!


Suasana diskriminasi ada, tetapi jarang.bergantung kepada guru.Tetapi jangan risau mereka tetap ada hati dan perasaan, mereka takut juga akan didakwa! oleh itu, saya cadangkan anak-anak yang dihantar ke sekolah Cina perlu bergaul dengan semua anak-anak Cina yang lain agar kita ada backup bila kita tak tahu nak buat ape kalau kita salah =)

Suasana persaingan sangatlah sengit, saya selalu mendapat tempat yang corot didalam kelas seperti nombor 25 dari 35 orang pelajar..kerana bahasa Cina saya sangatlah lemah. Mesti dapat D sekali sekala dapat C. Tetapi saya bersyukur kerana saya masih boleh belajar dalam subjek lain seperti Sains dan MAte yang juga dalam bahasa Cina.
DARJAH 3

  • Ujian
Ibu ayah saya diuji lagi, kata guru kelas saya darjah 3 ni saya tidak boleh meneruskan belajar disekolah ini kerana bahasa Cina saya lemah!

Aduh, ibu menangis (saya dapat rasakan, walaupun saya tak nampak air mata ibu)bagaimana ni? Lalu ibu berhujjah mengatakan bahawa " saya mahu anak saya pandai bercakap Cina pun jadilah dari tak pandai menulis" Guru kelas saya pun bersetuju dengan syarat saya mesti berusaha untuk tingkatkan prestasi Bahasa Cina saya.

Memang makbul doa ibu ini, sekarang 2012 saya hanya boleh bercakap sahaja...menulis saya banyak lupa..kalau baca tu boleh la sikit2...tak mengapa dakwah dengan bercakap..doa ibu itu makbul!

Sejak dari peristiwa itu saya dihantar setiap malam ke rumah Pakcik Halim. Pak cik ini pandai dalam bahasa Cina, kawan ayah juga.
Pukul 1 pagi saya baru pulang kerumah dengan ayah. setelah lama menyiapkan kerja sekolah bersama-sama pakcik itu.

Keputusan Ujian pertengahan tahun menunjukkan saya lebih meningkat dalam Bahasa Cina saya! naik jadi C dan saya dapat nombor 10 dalam kelas yang ada 29 orang tu!Alhamdulillah.
 

DARJAH 4

  • Kerja Sekolah
Wahai mereka yang nak menghantar anak-anak ke sekolah Cina. Ini lagi satu perkara yang perlu diingatkan, bahawa bersekolah disekolah Cina punya homework yang banyak..berbeza dengan sekolah Melayu-kadang-kadang tak ada kerja sekolah pun sebab tu jadi pemalas. 

Setiap hari, saya dan kawan-kawan mesti menyiapkan kerja sekolah lebih dari 20. Bayangkan beg dah la berat, kerja bertambun-tambun, petang ada tuesyen sekolah, malam saya pergi rumah Pakcik Halim, balik tidur dengan tak cukup, esoknya kena hantar kerja semua tu pada ketua kumpulan kami!

Pada mulanya, setiap malam saya menangis, setiap malam saya tidur dengan air mata kerana saya tak tahu nak siapkan macamana! Ialah ibu dengan ayah mana ada basic CINA! Saya hanya buat apa yang saya tahu macam Mate atau BM..tetapi yang bahasa Cina saya tak tahu! saya menangis......Dengan menangis inilah membentuk diri saya dan menjadikan saya lebih tekun,teratur dan berdisiplin ketika buat kerja sekolah..kononnya la =)

Hasil tindakan proaktif ayah saya diperkenalkan dengan Pakcik Halim itu. Alhamdulillah saya belajar membuka kamus, saya belajar buat ayat,  saya diajar mengira cara Cina, saya dididik dengan grammar-grammar bahasa Cina....banyak ilmu baru saya dapat dari pakcik yang baik itu...terima kasih pakcik Halim..

satu lagi subjek yang cukup berat ialah, subjek CHONGKAI: subjek khat la kita dalam subjek bahasa Arab.....menulis tu kena tulis dengan dakwat yang hitam lihat gambar tepi tu, nampak cantikkan, sebab usaha nya cukup susah...=(


Berkat kesabaran semua saya masih boleh meneruskan pelajaran disini..Sedangkan biasanya guru kelas akan memanggil murid-murid yang lemah dalam bahasa Cina(biasanya murid Melayu) untuk ditukarkan ke sekolah Melayu pula, kalau boleh mereka tidak mahu kita menguasai bahasa mereka...kata-kata yang masih saya ingat...orang-orang Cina ramai yang menghantar anak-anak mereka masuk ke sekolah Melayu untuk berbahasa MELAYU,dapat menguasai BISNES, namun yang belajar di sekolah Cina ramai orang Melayu..kalau boleh mereka mahu anak-anak Melayu tidak mendapat tempat dalam Bahasa Cina..


satu lagi, cikgu-cikgu di sekolah cina akan menggalakkan kita buat dulu buku latihan tu di rumah, kalau boleh esok datang sekolah bincang je.. sebab tu la, mereka lebih ke hadapan ...bersiap sedia dalam semua perkara. ...kawan saya tu, ada yang sangat rajin, kami baru muka surat 9 dia dah siapkan latihan menulis tu sampai muka surat 24 ...huuh,memang cara kerja yang baik..Tips: siapkan dulu kerja yang boleh buat sendiri, tak perlu tunggu cikgu suruh, itu tip orang berjaya!
DARJAH  5

  • Iqra' dn Fardhu Ain
Ya, saya masih belajar agama. kami ada waktu belajar agama iaitu waktu pendidikan moral, mereka yang beragama Islam akan masuk ke suarau sekolah dan murid yang lain akan belajar pendidikan moral. Begitulah jawapan dari soalan mereka yang takut anak-anak mereka diracuni dengan ideologi CINA! Jangan risau anak-anak anda dapat menguasai dengan baik Iqra' dan bacaan Quran serta ilmu Fardhu ain  kerana ada ustazah yang mengajar...kami diajar dengan baik oleh ustzah Maisarah dari darjah 1 hingga 6!

Bukan semua guru disekolah Cina itu Cina...ada je, cikgu Melayu yang mengajar bahasa Melayu dan ada juga cikgu-cikgu India.. berbilang bangsa!

Alhamdulillah, Allah itu maha adil, segala kesusahan Allah balas dengan kesenangan saya lulus 7 subjek dalam peperiksaan akhir tahun darjah 5. Saya mendapat tempat ke 7 dari 33 orang pelajar. Satu-satunya anak Melayu yang dapat top 10! (Ya allah,jauhiku dari riak, sekadar berkongsi).


DARJAH 6

  • Berguna
Sedar tak sedar saya sudah darjah enam, punya beberapa  bulan lagi untuk habiskan pelajaran disini. Suatu hari, saya pergi ke kedai dengan ibu serta adik-adik. Kami mahu beli jam loceng,saya lah tu bangun lambat!

Kedai Cina kami singgah, harga jam tu RM 20.00 setelah ibu tawar menawar dengan tauke Cina itu... dia tetap tidak mahu menurunkan harga. Saya pun mencuba bercakap dalam bahasa Cina agar harga diberi kurang sedikit, tauke tue terkejut beruk!(terkejut sangat) dia tanpa banyak cakap mengurangkan harga RM 15.00, saya hanya tersenyum pada ibu, tauke Cina itu mula berborak dengan saya... dia mengatakan jarang orang Melayu yang menguasai bahasa Cina dengan baik, memang la, bahasa Melayu pun diaorang tak dapat kuasai!Akirnya harga yang diberi kepada kami hanya RM 5.00 setelah dia menguji saya supaya memberi satu pepatah dalam Bahasa Cina.Saya lulus!Tips: cakap Cina dapat murah!

Sangat berguna ilmu bahasa Cina ini, setiap kali kekedai saya bercakap dalam bahasa Cina.Pasti saya mendapat harga lebih murah..seperti satu kelebihan pula..jimat duit =).
Exam akhir tahun saya dapat no. 1 dalam kelas bahasa Cina saya dapat A,semua cikgu terkejut, mana taknya mereka yang dulu mengumpat dah mula memuji saya kerana kejayaan saya,huh itulah manusia..macam-macam perangainya!

Rahsia: saya dah dapat buktikan bahawa anak orang ISLAM juga boleh berjaya seperti mereka. No. 1 dalam kelas sangat lah menggembirakan ibu dan ayah saya, tak kurang juga ada yang mula cemburu dengan saya(terutama mereka yang top dulu2 dalam kelas tu). sebenarnya Allah nak tunjukkan bahawa kejayaan itu milik mereka yang berusaha bersunguh-sungguh.

Bila dah akhir tahun ni saya dah rasa sedih nak habiskan darjah enam disini, saya rindu kenangan di sekolah Cina..banyak pahit manis yang saya tempuh.. banyak pengalaman yang mematangkan saya.

subjek-subjek UPSR dalam sekolah Cina
1. Bahasa Melayu Pemahaman
2. Bahasa Melayu Penulisan
3. Bahasa Cina Pemahaman
4. Bahasa Cina Penulisan
5. Sains- dalam Bahasa Cina
6. Matematik-dalam Bahasa Cina
7. Bahasa Inggeris

Kesimpulan:
 pengalaman lalu 1
 Saya menaiki LRT dari KL central ke UKM ada bengkel Add Mate disana. Dalam perjalanan itu, kami ditemani orang-orang Cina...mereka mengumpat kami kerana tidak dapat duduk..merek berdiri..saya hanya tergelak, ialah diorang ingat diaorang tak tahu ke yang kami ni ada spy bahasa la! sedap-sedap je mulut tu nak mengumpat...
 
Pengalaman lalu 2

Saya menaiki teksi dengan maksu ke Cheras sewa pergi balik -harga- maksu kata biasanya RM 70 hingga RM 80 namun disebabkan kesyokkan saya berbual guna bahasa Cina dengan driver Cina itu dia memberi kami hanya RM 40 sahaja..separuh harga tu, untung2! =)


Pengalaman lalu 3
Saya pergi ke sebuah kedai Cina, membeli alat-alat tulis, tauke Cina apa lagi, saya bedal la cakap Cina, habis ternganga semua orang Melayu yang menjadi pembantu dalam kedai tu, tauke tu kate: kalau pandai cakap je pun kita dah dapat jadi orang tengah untuk syarikat Cina dan syarikat Melayu. tak pun jadi orang penting dalam syarikat Cina...em, kepala bisnes ni.....insya allah, ada juga azam dalam diri untuk terjun dalam dunia bisnes sambil berdakwah kepada CINA2!
 

Pengalaman lalu 4

Saya dan team mengedar risalah disekitar daerah Temerloh..

Berborak dan berbual bersama tauke2 Cina.

Semua mengadu mahukan perubahan dalam pilihanraya akan datang,mereka sangat peka dengan isu semasa sekarang..sepertinya saya menjadi wartawan...mendengar luahan hati mereka! terkejut saya, nampaknya orang Melayu kena ubah pemikiran seperti orang Cina, minda mereka sangat matang dalam membaca masalah-masalah negara.....dakwah-dakwah-dakwah...

Itulah kelebihan yang saya dapat dari sekolah Cina, bukan tidak untung ke sekolah Melayu. tapi untung lagi ke sekolah Cina..saya belajar banyak benda dari sekolah ini!
 -belajar budaya menjaga masa.
-belajar jadi kepala Mate
-belajar jadi lebih cepat buat kerja
-belajar suasana berdisiplin
-belajar teknik mengajar orang Cina
-saya guna handphone language Chinese
-mendengar radio Cina atau lagu2 Cina
-Saya boleh membaca majalah atau surat khabar Cina(bukan semua)
-saya masih boleh berhubung dengan kawan-kawan lama dengan bahasa Cina

ALHAMDULILLAH..


nasihat saya:
1. Ibu bapa kena kuat dan ada pendirian, jangan cepat putus asa.
2. Cari guru Melayu diluar yang faham bahasa Cina.
3. kutip ilmu orang-orang Cina yang sepatutnya ada dalam diri setiap MUSLIM


Semoga perkongsian ini bermanfaat,yang baik jadikan teladan yang buruk jadikan sempadan...Banyak benda kita dapat dari belajar di sekolah Cina, 

Saya sebenarnya mahu menunaikan hasrat ibu supaya dapat berdakwah dengan mereka-mereka yang masih lagi bukan Islam terutama orang-orang Cina..doakan saya berjaya menunaikan harapan ibu ini..dengan Bahasa juga kita boleh berdakwah..insya allah.... jom belajar bahasa cina (klik disini) dan sini juga.

-pengalaman sebenar hamba Allah, Mar'atul Husna Roslan..

Tuesday, January 10, 2012

analisa sedalam-dalamnya


correct see diri,
kembali lah pada RABBI,
muhasabah diri,
carilah jalan menuju ILAHI..


jom analisa diri
(sila klik link ini-dengar bait lirik ini dengan baik,hayati!)


siapa kita 
rasa dah hebat

sipa kita 
rasa dah tahu semua

siapa kita
rasa tak perlu diperbetulkan

siapa kita  
untuk rasa ego

siapa kita
rasa dah perfect

siapa kita 
rasa dah baik

siapa kita
rasa tak perlu dinasihati

siapa kita 
untuk rasa takabbur

 siapa kita
 rasa dah cukup ilmu

siapa kita
 rasa tak ada perasaan bila Islam ditindas


siapa kita
rasa kita je yang betul


buanglah rasa-rasa-rasa-rasa yang BURUK itu...gantikan lah dengan rasa yang lebih BAIK...tak guna nya kita rasa dah betul sorang2...tak boleh nak ditegur, tak boleh dinasihati...relax la, bukak minda, bukak hati tu! asal keras sangat!



Ya, itulah bila minda dah digelapi
hati dah dikerasi
aduh, susah sekali
nak diajak kembali
kepada ISLAM hakiki
lagi diredhai..




muhasabah lah, kenapa kita susah sangat nak terima 
ISLAM hakiki ini! 

mungkin hati kita sudah rosak,keras,hitam dan gelap!!



p/s: kita hidup dalam islam,ambillah islam secara syumul(secara menyeluruh) termasuk politik,ikutilah jejak langkah para nabi dan rasul..jadilah mereka yang membantu kemenangan ISLAM di akhir zaman ini..
tetapkanlah hati kami di jalan mu Ya Allah...amiin.
 maaf: mood negatif




Friday, January 6, 2012

untuk remaja

Alhamdulillah saya punya kekuatan untuk menulis hari ini, setelah kesibukan menolong ibu dan ayah mendaftar adik2 masuk sekolah..(sibuk la sangat)

hari first sekolah, saya menghantar adik-adik ke sekolah Menengah Agama Al-Khairiah, Temerloh..
jalan sesak dengan kereta, mula dah kedengaran adik-adik bising...kakak drive slow la..."kereta banyak la, kalau sikit kakak boleh la pecut 140 ke"...eee, sape suruh siap lambat...itulah ragam hari pertama mereka..

teringat pula saya pada hari pertama ku ke sekolah, ayah menghantar saya ke sekolah Agama ini..saya pada masa itu REDHA dan TAAT sahaja..(perasan). Saya mahu ke sekolah di KELANTAN sebenarnya..

mereka berhimpun.ada perhimpunan pagi..rindunya nak sekolah balik kata saya dalam hati.
tapi apakan daya, saya sudah tidak berpeluang lagi! kerana umur saya tidak layak berada disini.....tapi boleh je..

Ya, sebenarnya saya mahu bercerita tentang remaja.Mereka ini biasanya dalam lingkungan 13 hingga 19 tahun....(majoriti kata macam tu) oh tidak, saya sudah 20..(tak termasuk dah ni). ok tidak mengapa, saya masih boleh bercakap dan berdiskusi dengan anda tentang tajuk hari ini..anda mungkin lebih tua dari kami yang remaja ini..=)

kata bekas Presiden Indonesia: beri ku 10 pemuda akan ku goncang seluruh dunia!


  • ZAMAN PALING MENCABAR

Memang benar zaman remaja ini adalah zaman yang paling mencabar buat ibubapa mendidik anak-anak mereka..kerana itulah, ibu bapa disaran mendidik@mengasuh anak mereka sejak dari kecil lagi..
peribahasa Arab: Mengetuk besi biarlah ketika panas..Ya, sangat mencabar bila baru nak bentuk ketika sudah remaja.

Dan biasanya golongan remajalah yang terjebak dengan dunia percintaan.
Wahai remaja, cinta itu fitrah, setiap manusia ada naluri ingin disayangi..ingin menyayangi..ingin dikasihi.. ingin mengasihi...ingin dicintai...ingin mencintai..

Wahai remaja,
Allah mencipta manusia, sudah tentu Allah lebih mengetahui dari apa yang kita tahu..jadi, remaja sekalian,adakah kita mahu perasaan yang lahir itu kita biarkan dalam kelalaian...membuatkan kita lupa tanggungjawab kita sebagai seorang anak pada ibu bapa..lupa hakikat diri yang merupakan khalifah Allah!


 
sebenarnya Allah memberi kita pilihan..mahu ke jalan yang benar atau salah?




Lebih malang lagi, ada remaja yang kerana cinta...sanggup dibeli dengan harga sebuah handset sahaja...dan tak kurang juga banyak kes yang sanggup menggadaikan maruah diri..Ya Allah jauhi diri kami dari perkara ini!
Sangat mencabar! Ya, hadapilah zaman ini dengan menuntut/mencari ilmu..lalu dihayati dan diamalkan..dibimbing oleh ibubapa yang prihatin serta guru-guru yang dedikasi....buat remaja: fikirkanlah dosa pahala...takulah dengan azab dineraka..ingatlah hari kemudian yang bakal tiba!




  • ZAMAN MEMBENTUK JATIDIRI

Ya, mengapa saya kata begitu..kerana umur ketika itu sedang mengenal dan mencari identiti diri, ada yang baru mengenal apa itu solat  5 waktu, lalu diteruskan dengan istiqamah..ada juga yang baru mengenal apa itu ISLAM..ya diteruskan dengan mendalaminya..sungguh bagus sekali...perlu dipuji!


sedangkan dalam ISLAM..contoh terbaik kita adalah RASULULLAH, iutan sepanjang zaman! bongkarlah apa yang ada dalam diri beliau itu!!

emmm,satu lagi!
pernahkah kita merasa mereka yang tersesat jalan itu sebenarnya dalam hati mereka sangat memerlukan HIDAYAH.....mereka juga pernah terdetik mahu kembali ke pangkal jalan..tapi, merek tidak dibimbing malahan dicaci dihina oleh orang -orang disekeliling mereka....siapakah yang bersalah??


  • ZAMAN PENENTU KITA DIMASA TUA

Ramai anak muda hari ini yang menganggap zaman muda itu zaman untuk enjoy! Ya benar enjoy untuk beribadah kepada Allah,mencari cinta Allah...mencari REDHA ALLAH..sangat enjoy! indahnya bila zaman remaja anda,anda gunakan dengan sebaik mungkin kerana anda takkan menyesal di masa tua anda nanti...insyallah.
ibuku berkata: ramai nenek2 dan makcik2 yang menyesal dengan zaman remajanya! kerana tidak  berkesempatan mendidik diri dengan jalan TAQWA..Sesal dulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna! pintu taubat masih terbuka, marilah bertaubat dari dosa-dosa dengan taubat nasuha...jom la bertaubat..


  • ZAMAN MUDA ITU PELUANG

"biarla dulu, saya muda lagi.."

"tua nantilah saya bertaubat.."

sangat rugi bagi orang muda tidak berebur peluag zaman mudanya untuk bertaubat..kerana Allah suka orang yang bertaubat tetapi Allah lebih suka orang MUDA yang bertaubat...usahlah merasa diri itu tiada dosa, mohonlah taubat kepada Allah kerana kematian itu datang bila-bila masa..Alangan pohon kelapa yang muda pun jatuh ke bumi begitu juga buah kelapa yang belum cukup matangnya juga pernah jatuh ke tanah...inikan pula manusia..kematian tidak mengenal umur....

Rebutlah peluang menyuburkan ilmu dalam otak dan minda anda dengan ilmu-ilmu yang baik dan berguna.. Ilmu itu cahaya yang memandu ke jalan yang benar...

Rebutlah peluang menguasai kemahiran-kemahiran yang ada..seperti kemahiran berkomunikasi, berdakwah,dan kemahiran dalam dunia ICT(ini cadangan sahaja)...

Peluag ini datang dan tiba juga pada masa kita bukan lagi remaja..tetapi tidak sama! kerana kita sudah lemah dalam memfokuskan sesuatu perkara, keran aketika itu juga kita tak mampu lagi(faktor kesihtan) jadi, wahai remja manfaat masa yang ada dengan kebaikan!



As a conclusion =)

wahai anak muda, andalah penentu masa depan negara! andalah yang akan menjadi pemimpin!
ku rindukan AL_FATEH,ASBAHUL UHDUD, ASBAHUL KAHFI, SALAHUDIN ALAYYUBI, HASSAN AL_BANNA,...ku rindukan mereka--- anak muda yang berjuang dijalan Allah dengan ikhlas dan penuh ketaqwaan kerana mereka dambakan syahid dijalanNYA..YA Allah,temukan aku dengan nak muda itu..amiin..
ini pandangan saya, bagaimana pula pandangan kamu??


p/s: sebenarnya dah hafal karangan ni sebelum exam Arab skills,tengok2 keluar masa writing dan speaking...memang sedap la menghurainnya,apa apa pun  rezeki..alhamdulillah




::Halwa Telinga::

Bloggers Chat Room

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...